▼
▼
▼
Thursday, October 31, 2013
Wednesday, October 30, 2013
Tuesday, October 29, 2013
Sunday, October 27, 2013
Saturday, October 26, 2013
Grunge Instake Yang Berisiko
Berikut adalah temubual MSLTW bersama vokalis merangkap gitaris Instake iaitu saudara Khairil. Hayatilah perjalanan muzik mereka...
Sejarah Instake
Instake ditubuhkan di Seremban pada tahun 2001, sebenarnya
band ni tak serius pun pada mulanya…cuma untuk mengisi masa lapang. Sebelum
Instake, aku dan adik aku Nazri selalu jamming disekitar Seremban. Masa tu
belom ada lagi line-up tetap, cuma aku dan Nazri ja. Masa pertengahan tahun
2001 aku berkenalan dengan Syukht di kolej…hujung tahun tu pula kolej kami nak
buat annual dinner dan mencari band dikalangan student untuk perform. Jadi
Instake pun ditubuhkan dengan aku diposisi vocal dan gitar, Syukht diposisi
bass dan Nazri diposisi drum. Line-up yang sekarang ni plak masih aku diposisi
vocal dan gitar, Nazri pula dah beralih ke posisi gitar kedua, Kabin sebagai
bassist dan Razlan pula mengambil alih posisi Nazri sebagai drummer.
Rahsia Disebalik Nama Instake
Aku dapat nama Instake ni sebelom Instake ditubuhkan
lagi…nama Instake itu diambil dari gabungan dua perkataan iaitu ‘IN’ dan
‘STAKE’. ‘IN’ itu berada dalam sesuatu…’STAKE’ pula membawa banyak maksud tapi
pada Instake perkataan ‘STAKE’ itu mewakili pertaruhan risiko. Jadi nama
Instake bermaksud berada dalam pertaruhan atau risiko. Semua orang sentiasa
berada dalam risiko…setiap hari dan setiap perkara yang kita lakukan ada
risikonya yang tersembunyi.
Genre Muzik Dan Rujukan
Genre kami lebih ke arah alternative rock…rujukan muzik tu
banyak sebenarnya, kami dengar semua jenis muzik. Line-up Instake pun ada minat
dan band kegemaran masing-masing. Misalnya aku, aku lebih kepada Black Sabbath,
AC/DC, stoner rock, rock ‘n’ roll dan blues. Nazri pula banyak dengar Foo
Fighters, Arch Enemy dan campuran dari alternative hingga ke metal. Kabin lebih
kearah punk manakala Razlan adalah universal, tapi band kegemaran dia adalah
Lamb Of God. Jadi kesimpulannya kami dengar semua jenis muzik. There’s no
limitation or restriction to our musical references.
Penglibatan Dalam Band Lain
Sebelum ni ada la juga…banyak projek band la. Bassist kami
Kabin main dengan Subculture, yang lain-lain ada la projek suka-suka ja.
Material Dan Merchandise
Selain dari ‘Sanekit’, kami pernah keluarkan demo ‘Smile -
After Fever Demo’ pada 2001 dan juga single ‘Indecisive’ pada tahun 2009.
Instake juga ada release t - shirt dan sticker. Semua item boleh refer kat
website kami.
Penghasilan Lagu
Lagu kami semua berkisar tentang pengalaman yang pernah kami
lalui. Tapi ada juga lagu yang dapat ilham dari movie dan buku. Setakat ini
semua lagu yang kami ada aku yang tulis.
Hala Tuju Dan Harapan
Hala tuju? Ke mana muzik membawa kami pergi, kami akan ikut.
Harapan kami semoga semua pendengar muzik Malaysia boleh support band dengan
membeli merchandise, material dan datang gig yang ada…sekarang scene agak
hambar sedikit bila kita pergi gig - gig yang ada jualan tiket. Nasihat untuk
band-band baru, teruskan berkarya dan cuba evolve stail anda. Idea ada di mana -
mana, kita kena pandai carilah. Hehe…
Interaksi Dua Hala
Semua updates kami akan post di Facebook atau boleh check
kat website kami untuk updates lain. Kami juga ada Twitter dan Instagram.
Youtube pun ada dan juga Soundcloud .
Thursday, October 24, 2013
Wednesday, October 23, 2013
Tuesday, October 22, 2013
Monday, October 21, 2013
Saturday, October 19, 2013
Friday, October 18, 2013
Thursday, October 17, 2013
Wednesday, October 16, 2013
Tuesday, October 15, 2013
I Lost The Plot - Fairytales & Fears
Ahli : Haziq ( vokal dan gitar), Zikri ( bass) dan Wish (drum)
Konsep : Alternative Rock
Lagu : 1. I'm Life. I Call The Shots
2. Hi, I'm Peter Pants-less, Wanna Go To Never-neverland?
3. Tristan And Iseult Without The Damsel
4. This Song Is Not A Western Song! Woof Woof
5. It's Waiting For Someone To Play Along : The Ghost
Harga : RM10
Tempahan : Hubungi Wish (0124248541) atau Zikri (0174504113)