Thursday, November 19, 2009

Through My Window Versi maddame...

Aku yakin suma dah dengarkan lagu TM Through My Window yang dinyanyikan oleh Bunkface? Tapi hangpa penah dengar tak lagu Through My Window yang dinyanyikan oleh band grunge maddame...? Nak dengar lagu ni versi maddame gi kat sini. Bagi aku, aku lebih suka versi yang dinyanyikan oleh band maddame...berbanding versi yang dinyanyikan oleh Bunkface coz versi yang dinyanyikan oleh maddame... ni soundnya lebih heavy dan yang penting bagi aku ianya lebih grunge. Aku suka jeritan yang dilontarkan oleh vokalis band ni iaitu Josiah coz ianya mengingatkan aku kat suara Kurt Cobain. So kepada suma peminat-peminat tegar grunge...ni merupakan sebuah band grunge yang wajib di beri perhatian oleh suma. Grunge Is Not Dead!!!

Vandalisme



Sapa kata muzik tu merosakkan kita? Dengan muzik kita mampu menyampai sesuatu mesej yang positif. So kepada sesapa yang suka merosakkan harta benda awam tu eloklah gi gig ni agar timbul sikit kesedaran kat diri hangpa tu. Huhu...

Sunday, November 15, 2009

Rock The World 9


Sesapa yang nak gi RTW9 nanti jangan lupa gitau aku coz aku nak pesan suruh beli t-shirt sehelai...haha.

Saturday, November 14, 2009

Etika Bermuzik


Apakah nilai yang menjadikan sesebuah atau sesuatu karya muzik indie itu menarik? Adakah persembahannya ataupun isinya? Satu persoalan yang cukup subjektif untuk dijawab tetapi bagi aku nilai universal yang sepatutnya ada pada setiap karya muzik indie itu mampu menarik dan menyentuh pendengar dan peminat muzik. Aku percaya bahawa nilai universal yang ada pada setiap karya muzik itu memerlukan nilai etika bermuzik yang tinggi. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan etika bermuzik itu? Etika merupakan nilai-nilai yang menjadi pegangan setiap individu mahupun sesebuah kumpulan, jadi etika bermuzik ialah nilai yang menjadi pegangan para pemuzik kita dimana ianya akan menjadi kayu pengukur tahap profesionalisme pemuzik kita. Profesionalkah pemuzik kita? Profesionalkah scene muzik kita? Adakah gig yang sepatutnya dijadualkan bermula pada pukul 2 tetapi dalam pukul 4 baru nak mula itu dikatakan profesional?