Saturday, November 14, 2009

Etika Bermuzik


Apakah nilai yang menjadikan sesebuah atau sesuatu karya muzik indie itu menarik? Adakah persembahannya ataupun isinya? Satu persoalan yang cukup subjektif untuk dijawab tetapi bagi aku nilai universal yang sepatutnya ada pada setiap karya muzik indie itu mampu menarik dan menyentuh pendengar dan peminat muzik. Aku percaya bahawa nilai universal yang ada pada setiap karya muzik itu memerlukan nilai etika bermuzik yang tinggi. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan etika bermuzik itu? Etika merupakan nilai-nilai yang menjadi pegangan setiap individu mahupun sesebuah kumpulan, jadi etika bermuzik ialah nilai yang menjadi pegangan para pemuzik kita dimana ianya akan menjadi kayu pengukur tahap profesionalisme pemuzik kita. Profesionalkah pemuzik kita? Profesionalkah scene muzik kita? Adakah gig yang sepatutnya dijadualkan bermula pada pukul 2 tetapi dalam pukul 4 baru nak mula itu dikatakan profesional?
Itulah antara persoalan-persoalan spontan yang terpacul dibenak setiap orang tatkala menyebut mengenai tahap profesionalisme pemuzik kita. Jika nak dibandingkan tahap profesionalisme pemuzik kita dengan pemuzik luar (tak payah pergi jauh kita ambil contoh pemuzik-pemuzik indie dari Thailand, Singapura dan Indonesia sudah) memang jauh berbeza walaupun scene muzik indie kita lagi hyper ataupun meriah.

Diluar kalau gig mula pukul 3, dalam pukul 2 dah ramai orang datang dengan venue dan band dah siap sedia. Kalau di Malaysia, hmmm…gig mula pukul 3 dalam pukul 4 baru nak mula. Dari sudut idea dan kualiti muzik, pemuzik indie kita dengan luar memang sama saja tetapi jika kita tengok equipment yang mereka gunakan untuk persembahan memang gempak. Gempak bukan bermaksud equipment yang digunakan tu mahal ataupun cantik tetapi equipment yang digunakan tu bagus dan berkeadaan baik. Di Malaysia setiap kali sesi sound check yang dibuat sebelum show akan ada saja masalah yang timbul. Yelah macam mana tak timbul masalah jika equipment yang nak digunakan dah macam barang tinggalan zaman noelitik yang hanya sesuai dijadikan bahan pameran di muzium saja. Dah tu, band pulak tak bawak eqiupment tambahan. Kalau diluar band akan bawak equipment tambahan sendiri, takut-takut instrument yang disediakan buat hal atau rosak…so tak payah nak gelabah nanti.

Scene muzik indie kita memang diakui meriah dan havoc, bila pergi show kita memang enjoy habis-habisan. Fesyen macam-macam style ada, punk, skinhead, hardcore, grunge dan metal dalam satu gig. Tapi jurang pemisah diantara kita iaitu peminat muzik indie semakin ketara, tak macam dulu lagi dah. Dulu kita tak kisah band dari genre apapun main kita akan enjoy dan stay sampai show habis. Tapi sekarang ni kalau band grunge main maka peminat-peminat dan pengikut-pengikut muzik grunge sajalah yang akan memenuhi ruang dihadapan stage, manakala peminat-peminat mahupun pengikut-pengikut muzik genre lain hanya akan tengok dari belakang sahaja dan tak kurang juga ada yang akan balik terus. Kalau scene muzik indie luar tu mereka masih bersatu lagi, gig buat sama-sama…band dan peminat muzik punk akan support band grunge, band dan pengikut muzik metal akan support band skinhead. Ianya adalah satu situasi yang normal dalam sesebuah scene itu untuk berkembang. Kalau dulu-dulu scene kita pun macam tu jugak, cuma sekarang ni saja dah berubah…setiap scene yang sedang berkembang akan mengalami perubahan.

Tetapi apakah perubahan sebegini yang kita mahukan? Adakah perubahan ini merupakan suatu perubahan yang positif? Apakah perubahan ini membuatkan tahap profesionalisme pemuzik dan juga scene kita menjadi lebih baik? Sesetengah orang fikir menjadi terbaik adalah penting, sebenarnya itu semua tidak perlu kerana apa yang perlu scene dan pemuzik indie lakukan adalah mencipta suasana gembira buat pendengar dan diri mereka sendiri. Bagaimana? Mudah sahaja, jaga etika bermuzik…secara tak langsung tahap profesianalisme kita juga akan meningkat.


Nota:Ni merupakan hasil penulisan pertama aku tuk indieact dan juga merupakan penulisan pertama aku diblog. Satu pengalaman yang indah...huhu.

No comments:

Post a Comment