Wednesday, October 6, 2010

Apakah Itu Demo, Single, EP Dan LP?


Aku percaya ramai antara kita yang masih tak dapat bezakan antara demo, single, EP dan juga LP dan tak kurang juga yang tak tahu langsung apakah itu demo, single, EP dan LP. Okey kat sini aku akan berkongsi sedikit pengetahuan aku dengan korang pasal benda – benda ni. Actually aku sendiri pun tak dapat nak bezakan antara demo, single, EP dan juga LP. So aku buat la sedikit research and then ni la conclusion yang aku dapat:
Demo – Demo adalah singkatan dari perkataan “demonstration”. Selalunya band akan rekod demo untuk rujukan mereka. Contohnya, sebelum diorang masuk studio untuk rakamkan sesuatu lagu untuk single, EP ataupun album, diorang akan rekod demo untuk mereka dengar dan mungkin perbaiki lagu yang akan dirakamkan tu.
Single – Single selalunya mengandungi satu lagu utama dan dua atau tiga lagu yang orang selalu panggil B-side atau dengan lain perkataan lagu-lagu yang tak ada dalam album. Single ni selalunya akan release sebelum album dikeluarkan sebagai teaser. Lepas album dah keluar, single masih boleh dikeluarkan dan selalunya akan mengandungi lagu yang band nak putarkan di radio. Selalunya run-time untuk sebuah single tidak akan lebih dari 10 minit.
EP(Extended Play) – EP ni singkatan dari perkataan Extended Play dan selalunya mengandungi lebih banyak lagu, selalunya dalam tiga ke empat lagu dengan run-time sepanjang 10-28 minit.
LP @ Album – Album selalunya akan mengandungi 10 atau lebih lagu dengan run-time antara 30 ke 80 minit.

Saturday, September 4, 2010

Masalah - Demo Is Out

Ahli : Farhan(vokal), Palie(vocal/2nd guitar), Am Momo(guitar/keyboard/vokal), E(bass) dan Lano(drum)
Konsep : Powerpop/Pop Punk/Alternatif Grunge
Lagu : 1. Terbang Melayang
          2. Konflik 4 Jiwa
          3. Love Is Life
          4. Besday For Me
          5. Akatsuki Berdansa Syahdu
          6. Global Fantasi
          7. Be Blessed
          8. Boikot
          9. Give Me A Flower
Harga : RM10
Tempahan : http://www.myspace.com/masalahband

Friday, September 3, 2010

The Times - Ballad Of Jimi Acid Limited Edition E.P


Ahli : Naza(vokal,guitar), Mono(vokal,bass), Anwar(guitar) dan Azeezul(drum)
Konsep : Alternative/Rock/Pop/Psychedelic
Lagu : 1. Spektakular
          2. Wanita
          3. Ballad Of Jimi Acid
          4. Bonus Tracks
Harga : RM20(termasuk kos penghantaran)
Tempahan : Mr. Jimi (016-8932001)

Thursday, September 2, 2010

Trivia Negaraku


  • Akta Lagu Kebangsaan 1968 telah menjelaskan bahawa lagu “Negaraku” perlu dipelihara dan tidak boleh dipersendakan. Mereka yang melakukan kesalahan seperti yang termaktub dalam akta ni boleh dihukum.
  • Pada zaman 60′an, lagu “Negaraku” akan dimainkan di panggung wayang setiap kali filem tamat ditayangkan.
  • Lagu “Terang Bulan” pernah digunakan oleh Presiden Sukarno untuk memperlekehkan Malaysia ketika berlakunya Konfrantasi Indonesia-Malaysia 1962-1966.
  • Hattan dan Ning Baizura pernah dikritik hebat di Dewan Rakyat kerana dikatakan menyanyikan lagu “Negaraku” dengan sumbang dalam perlawanan bolasepak sedangkan  penonton yang berlari-lari ketika “Negaraku” berkumandang tak pulak dikata sumbang.
  • Radio Era pernah diberi amaran oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menghentikan spekulasi isu “Negaraku” tiru “Mamula Moon” pada 2005.
  • Pada 2007, seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Taiwan bernama Wee Meng Chee (atau dikenali sebagai Namewee di You Tube) telah menimbulkan kontroversi kerana lagu “Negaraku” versi rapnya yang tersiar di You Tube mengandungi lirik yang menhina negara, bangsa, agama dan kerajaan. Beliau kemudiannya dilaporkan meminta maaf kepada mereka yang rasa terhina kerana video tersebut dalam sebuah akhbar tempatan.
  • Jamaludin Alias merupakan orang pertama yang menyanyikan “Negaraku”. Selain lagu “Negaraku”, beliau turut menyanyikan lagu-lagu patriotik yang lain seperti “Perajurit Tanah Air” dan “Malaysia Berjaya”.

Wednesday, September 1, 2010

Asal Usul Lagu Negaraku


Salam kemerdekaan dan salam Ramadhan kepada semua. Diam tak diam dah 53 tahun negara kita Malaysia merdeka dan sepanjang tempoh tu bermacam-macam sejarah telah tercatat. So sempena kemerdekaan ke-53 negara kita ni aku nak cerita sikit pasal sejarah lagu kebangsaan kita iaitu “Negaraku” dengan harapan semangat patriotik korang terhadap negara semakin menebal. Aku tengok budak-budak sekarang ni dah semakin terhakis la diaorang punya semangat patriotik tu coz terlalu taksub sangat dengan budaya luar. Aku dah bosan untuk melihat dan mendengar diaorang ni mempersenda serta mempermainkan  sesuatu yang dicipta untuk menaikkan semangat cintakan negara dimana simbol-simbol yang dicipta ni menjadi sumber perpaduan dan aspirasi bangsa Malaysia. So dengan penulisan aku ni aku harap dapat menyuburkan semangat patriotik didalam diri mereka dan juga diri kita supaya perjuangan nenek moyang kita lebih dihargai.
Menurut sumber, lagu “Negaraku” di ambil dari lagu negeri Perak yang berasal dari lagu “Terang Bulan” atau “La Rosalie” yang dibawa pulang oleh Sultan Abdullah dari Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri kerana didakwa bersubahat membunuh J.W.W Birch. Lagu “La Rosalie” ni telah dicipta oleh seorang komposer dari Perancis bernama Pierre Jean de Beranger(1780-1857). Lagu “La Rosalie” ini kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan “Allah Lanjutkan Usia Sultan” seterusnya dijadikan lagu rasmi negeri Perak. Sementara itu, satu produksi bangsawan Indonesia telah memperkenalkan “La Rosalie” kepada umum ketika mereka mengadakan persembahan di Singapura. Melodi asal lagu itu telah diberi sentuhan keroncong. Tajuknya ditukar kepada “Trang Boelan” dan liriknya pula bertemakan cinta. Walaupun asas melodinya sama dengan lagu rasmi negeri Perak, “Trang Boelan” juga menjadi siulan dan dimainkan di parti-parti di Indonesia dan Malaya sekitar tahun 20-an dan 30-an.
Sejurus selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu iaitu pada tahun 1948 dan setelah terciptanya bendera asas kepada Jalur Gemilang sehinggalah 1965, tiada usaha dijalankan untuk mencipta satu lagu kebangsaan yang diterima pakai sebagai lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk memilih lagu kebangsaan. Berdasarkan cadangan beliau, pertandingan antarabangsa telah diadakan dan sebanyak 514 penyertaan diterima dari seluruh pelusuk dunia. Jawatankuasa pemilihan mendapati 4 buah penyertaan yang layak untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan iaitu lagu-lagu hasil ciptaan Benjamin Britten, Sir William Walton, Carlo Minetti dan Zubir Said.
Walaubagaimanapun penyertaan terpilih ni masih tidak dapat memenuhi kehendak ahli-ahli jawatankuasa dalam pemilihan lagu kebangsaan. Pihak jawatankuasa mengambil keputusan untuk meneliti 11 lagu-lagu rasmi negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu untuk dipilih sebagai lagu kebangsaan. Akhirnya pihak jawatankuasa membuat keputusan pada 5 Ogos 1957 dan mengambil irama rasmi negeri Perak berdasarkan ciri-ciri tradisional yang ada pada irama lagu tersebut. Lagu rasmi negeri Perak telah diubahsuai dan lirik lagu kebangsaan ditulis oleh ahli-ahli panel jawatankuasa pemilihan dan Tunku Abdul Rahman sendiri.
Itulah serba sedikit sejarah ringkas lagu “Negaraku” yang dapat aku tulis. Aku ingin meminta maaf jika penulisan aku ni tersilap beberapa fakta. Namun begitu sepanjang penulisan ini aku terfikirkan sesuatu,”Alangkah baiknya jika lagu “Negaraku” ini datang dari idea yang asal atau asli.” Hmmm…??? Korang fikir la sindiri…

Wednesday, August 18, 2010

Muzik Merubah Duniya

"Music can change the world because it can change people" - Bono,U2.

Wednesday, August 11, 2010

Lagu Bertemakan Ketuhanan

Masyarakat di duniya menggunakan muzik sebagai salah satu medium untuk pentaskan budaya masing-masing di samping menyampaikan ideologi-ideologi berteraskan kepercayaan ,apa yang tersirat dan pemahaman antara mereka. Contohnya di Jepun, popular ngan muzik J-popnya...di Jamaica dengan muzik reggae mereka, itu pilihan masing-masing. Di Malaysia pula masyarakat kita lebih memandang muzik tu sebagai sesuatu yang negatif...terutama skali genre muzik keras seperti muzik metal. Tak terkecuali gak jadi mangsa adalah muzik-muzik dari genre lain seperti grunge, dangdut, punk, rock dan pop...genre muzik yang positif di mata masyarakat kita hanya satu iaitu genre muzik nasyid.

Apabila kita menyebut tentang muzik nasyid, ianya akan lebih dikaitkan tentang lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan. Betol tak? Kita lupa bahawa genre-genre muzik lain seperti hip-hop dan punk ni gak ada yang membawakan lagu-lagu yang bertemakan ketuhanan. Misalnya kumpulan Too Phat dengan lagu 'Alhamdulillah' mereka, mereka ni bukanlah dalam kategori nasyid kerana mereka membawakan genre muzik hip-hop. Contoh lain adalah seperti kumpulan pop Indonesia Ungu, mereka membawakan lagu berteraskan ketuhanan melalui lagu 'Andaiku Tahu'.

So anda rasa bagaimana? Wajarkah genre-genre muzik selain dari nasyid ni terus dipandang sepi? Aku rasa tak kot...yela lagu-lagu nasyid ni pun bukannya suma berteraskan ketuhanan, ada gak lagu-lagu nasyid yang berteraskan cinta kan? Begitu gak la dengan genre-genre muzik lain ni...tak sumanya bersifat negatif. Jangan la kerna nila setitik, rosak abis susu sebelanga...tak patut sangat kan? Lagipun tuk mencipta lagu-lagu ketuhanan ni ianya memerlukan keikhlasan yang tinggi dari penciptan lagunya...kreativiti takkan terbatas disebabkan sesuatu genre muzik yang dibawakan oleh sesorang pemuzik tu. Yang penting niat tuk menyampaikan mesej ketuhanan tu kena la lahir dari hati...

Wednesday, July 21, 2010

Punk Is Freedom

"Punk is musical freedom. It's saying, doing and playing what you want. In Webster's terms, 'nirvana' means freedom from pain, suffering and the external world, and that's pretty close to my definition of Punk Rock"-Kurt Cobain.



Monday, May 10, 2010

Muzik Tak Menyakitkan

"One good thing about music, when it hits you, you feel no pain"-Bob Marley.



Friday, May 7, 2010

Under The Bridge-Red Hot Chili Peppers

Sometimes I feel like I don't have a partner
Sometimes I feel like my only friend
Is the city I live in, the city of angels
Lonely as I am, together we cry

I drive on her streets 'cause she's my companion
I walk through her hills 'cause she knows who I am
She sees my good deeds and she kisses the windy
Well, I never worry, now that is a lie

I don't ever wanna feel like I did that day
But take me to the place I love, take me all the way
I don't ever wanna feel like I did that day
But take me to the place I love, take me all the way, yeah, yeah, yeah

It's hard to believe that there's nobody out there
It's hard to believe that I'm all alone
At least I have her love, the city, she loves me
Lonely as I am, together we cry

I don't ever wanna feel like I did that day
But take me to the place I love, take me all the way
I don't ever wanna feel like I did that day
But take me to the place I love, take me all the way, yeah yeah yeah

Oh, no, no, no, yeah yeah
Love me, I say, yeah yeah

Under the bridge downtown
Is where I drew some blood
Under the bridge downtown
I could not get enough

Under the bridge downtown
Forgot about my love
Under the bridge downtown
I gave my life away

Yeah yeah yeah
Oh, no, no, no, yeah yeah

Where I stay




Kisah Disebalik Lagu 'Under The Bridge'


Lirik 'Under The Bridge' menceritakan tentang kesukaran Anthony Kiedis untuk sembuh semula dari ketagihan dadah iaitu heroin yang dialaminya. Pada akhir lagu iaitu pada bait lirik 'the bridge downtown' merujuk kepada kemana beliau akan pergi melepaskan emosinya dan layan high. Setelah berjaya melawan ketagihan dadahnya, Kiedis mengalami kesulitan tuk mengekalkan hubungan dengan rakan-rakannya kerna mereka suma still lagi menggunakan dadah. Kiedis merasakan bahawa beliau harus menjauhkan diri daripada mereka tuk melindungi hidupnya dari terjebak semula ngan dadah.


Bait lirik 'sometimes I feel like I don't have a partner' menggambarkan ingatan Kiedis kepada orang-orang yang pernah rapat dengannya (kawan-kawannya) yang menyebabkan beliau merasa kesorangan dan kesepian. Semasa sedang memandu Kiedis menyedari bahawa negerinya iaitu Los Angeles tidak akan meninggalkan dirinya berseorangan, bandar itu sangat stabil dan beliau berupaya tuk bergantung kepada bandar tu untuk menyokongnya. Kiedis merujuk bandar tu sebagai 'companion' iaitu temannya dan beliau tidak perlu menyembunyikan dirinya dari bandar itu kerna bandar tu telahpun mengetahui rahsia dirinya. Bait lirik 'I don't ever wanna feel like I did that day' menunjukkan perasaan kehilangan yang membawa Kiedis kepada masalah kemurungan.


Trivia Lagu 'Under The Bridge'

  1. Anthony Kiedis menulis lagu ni mengenai hari-harinya sebagai seorang penagih heroin dan kesepian yang dialaminya disepanjang tempoh itu. Jambatan yang disebutkan didalam lagu ini adalah tempat dimana beliau kadang-kadang pergi tuk membeli dadah dan berkhayal.
  2. Lagu ini merupakan hit terbesar Red Hot Chili Peppers, tetapi lagu ni bukanlah tipikal kepada sound sebenar mereka. Ini merupakan sebuah lagu ballad tetapi kebanyakkan lagu mereka adalah berasaskan sound funk. Ini sangat mencabar kewibawaan Kiedis tuk menyanyikannya di sepanjang tour Blood Sugar Sex Magic, lama-kelamaan mereka menjadi semakin selesa ngan sound yang sebegini dan ianya diikuti dengan lagu-lagu berentak ballad yang lain seperti 'Soul To Squeeze' dan 'Breaking The Girl'.
  3. Apabila lagu ini menjadi hit, mereka mendapat slot headlining tuk Lollapalooza Tour pada tahun 1992. Didalam persembahan ini mereka telah mengumpulkan golongan peminat yang besar dan mempamerkan kemahiran mereka sebagai sebuah band yang sangat energetik.
  4. Pada tahun 1990, selepas kematian sahabatnya dan Hillel Slovak, Kiedis secara tiba-tiba menjadi takut. Beliau kemudiannya duduk di tayar belakang keretanya dan mula menyanyikan, 'sometimes I feel like I don't have a partner'...Slovak yang memainkan gitar tuk band ni telah meninggal duniya kerna overdose dadah pada tahun 1988.
  5. Pada asalnya lagu ni hanyalah sebuah puisi yang ditulis Kiedis...ianya ditulis bukannya tuk Red Hot Chili Peppers, ianya merupakan sebuah puisi yang sangat peribadi buat Kiedis dan beliau merasakan ianya tidak sesuai tuk digunakan bagi tujuan yang lain. Producer Rick Rubin menjumpai puisi ni di salah satu buku nota Kiedis dan beliau memberitahu Kiedis bahawa puisi ni akan menjadi sebuah lagu yang meletup. Pada mulanya Kiedis enggan menyanyikannya dan berkongsi dengan sesiapa pun, tapi akhirnya beliau bersetuju jua.
  6. Ibu kepada John Frusciante iaitu gitaris band ni telah menjadi penyanyi latar tuk lagu ni bersama-sama 2 rakannya dari gereja. 
  7. Dalam bukunya yang bertajuk 'Scar Tissue', Kiedis menjelaskan bahawa beliau mendapat idea lirik tuk lagu ni ketika sedang memandu pulang dari sesi bersama bandnya iaitu Red Hot Chili Peppers. Beliau agak sedih kerna John Frusciante dan Flea menjadi semakin rapat sebagai kawan sedangkan dia semakin jauh dari mereka disebabkan beliau terlibat ngan dadah. Disebab itulah beliau menulis bait lirik yang berbunyi 'sometimes I feel like I don't have a partner'. Kiedis juga menulis lagu tuk 'Under The Bridge'..."I started freestyling some poetry in my car and putting the words to a melody and sang all the way down the freeway. When I got home, I got out my notebook and wrote the whole thing down in the song structure, even though it was meant to be a poem to deal with my own anguish".
  8. Lagu ni sebahagiannya terinspirasi dari 'Desperado' oleh Eagles.
  9. Video muzik lagu ni telah diarahkan oleh Gus Van Sant yang kemudiannya mengarahkan filem 'Good Will Hunting' dan 'Finding Forester'. Jambatan di dalam video muzik ni juga turut muncul didalam video muzik 'By The Way'.

Saturday, May 1, 2010

Muzik Dalam Teater Malaysia


Menurut Prof. Dr. Mohamed Ghouse Nasuruddin, bangsawan sudah mula menapak di Pulau Pinang pada lewat tahun 1870-an lagi. Bangsawan dibawa masuk oleh para pedagang India The East India Company. Kemunculan bangsawan dipercayai hasil daripada pengaruh wayang Parsi atau Mendu. Kehadiran bangsawan juga membawa bersama jenis muzik popular Malaysia apabila pemuzik bangsawan menjadi perintis dalam mempopularkan muzik gabungan elemen-elemen tradisi Malaysia.
Krishen Jit seorang guru, ikon dan aktivis dalam teater kontemporari di Malaysia selama ini pun berpendapat bahawa drama/teater purbawara dan bangsawan sudah pasti wujud pada zaman lama sebelum merdeka lagi dan merupakan teater yang pertama sekali wujud di Malaysia. Drama dan teater sebegini menceritakan kehebatan Kerajaan Melayu dan orang serta watak-watak kenamaan dalam sejarah Melayu. Muzik iringan dimainkan secara langsung untuk mengiringi lagu-lagu bangsawan dan juga sebagai muzik latar. Maka muzik dalam teater bangsawan adalah satu komponen utama dalam teater disamping para pemuzik dapat mencari rezeki sebagai pemuzik profesional ketika itu.
Institusi Malayan Arts Theatre Group (MATG) ditubuhkan pada tahun 1950-an oleh kaum orang putih dan kemudiannya bertukar tangan kepada orang Malaysia. Institusi ini ditutup pada tahun 1978. Teater dan drama Cina, India dan Melayu pun wujud dalam konteks bahasa masing-masing disamping teater Barat. Bagaimanapun, kebanyakan pemuzik yang melibatkan diri dalam kumpulan teater atau drama seperti ini pada zaman selepas zaman bangsawan tidak boleh dianggap sebagai pemuzik profesional kerana punca rezeki mereka tidaklah hanya daripada teater. Penglibatan mereka adalah lebih kerana minat disebabkan mereka mempunyai kerja atau karier lain.
Muzik teater ialah muzik yang mendukung pementasan dalam petunjukan teater baik yang bersifat instrumen mahupun lagu yang menghidupkan suasana di beberapa adegan dan babak dalam sesuatu pertunjukan. Muzik teater terdiri daripada muzik pembuka, muzik pengiring, muzik suasana dan muzik penutup. Muzik pembuka ialah muzik diawal pertunjukan teater yang berfungsi untuk merangsang imaginasi penonton dalam memberi sedikit gambaran tentang teater yang akan disajikan. Muzik pengiring pula merupakan muzik yang digunakan untuk mengiringi pertunjukan di beberapa adegan pertunjukan teater atau perpindahan adegan. Muzik pengiring berfungsi untuk memberikan sentuhan indah dan manis agar ritma permainan seimbang dengan adegan lakonan(tidak semua adegan diberikan muzik, hanya adegan-adegan tertentu sahaja)seperti suasana, lampu dan kostum.
Muzik suasana ialah muzik yang menghidupkan irama permainan serta suasana dalam pertunjukan teater baik sedih, gembira mahupun tragis. Muzik suasana bertindak untuk memberikan roh permainan yang menarik, indah dan terlihat jelas antara klimaks dan anti-klimaksnya. Muzik penutup pula merupakan muzik terakhir sebagai penutup dalam pementasan teater. Muzik penutup berfungsi untuk memberikan kesan kepada penonton hasil dari pertunjukan teater yang disajikan baik yang bersifat buruk, gembira, sedih dan sebagainya lagi untuk pengajaran dan nilai moral kepada penonton.

Monday, April 19, 2010

Lukisan Muzik

"A painter paints pictures on canvas, but musicians paint their pictures on silence."



Monday, April 12, 2010

Muzik Datang Dan Pergi

"Musik duduk di alam 'maya'. Datang dan pergi. Wujud hanya pada satu ruang masa, kemudian lesap dan pergi entah kemana. Kita bisa memanggilnya kembali (dengan memainkan musik). Aku ingin sekali menyimpan musik (yang kugemari) dalam kantung bajuku, dibawa kemana-mana. Tapi sayang sekali itu tidak bisa... dan alangkah enaknya kalau ia boleh ditelan."







Mono Live In Singapore!!!


Ini merupakan band yang sedang di gilai oleh aku skunk ni...ari tu masa band ni turun KL aku tak sempat nak turun coz time tu duit aku ngah kering. So aku cadang nanti ni kalo ada duit lebih aku nak turun Singapore tuk tengok band ni...moga-moga ada la rezeki aku. Huhu...apa-apa pun try la cari dan layan dulu lagu-lagu band ni. Memang layan habis beb!!!!

Hairan Bin Ajaib?

Sepanjang aku mengikuti scene muzik kita ni aku cukup tak faham akan beberapa perkara yang mampu membuatkan aku menggaru kepala yang tak gatal menandakan bahawa aku sedang dilanda kehairanan. Dalam masa yang sama juga wujud beberapa perkara yang agak ajaib didalam scene muzik kita ni yang membuatkan aku bertambah tak faham dengan situasi yang berlaku. Korang faham tak apa yang cuba katakan ni? Okeylah aku pun tak nak melalut panjang-panjang , nanti takut korang pening pulak. Kat sini ada beberapa perkara atau kes yang telah membuatkan aku hairan dan beberapa perkara yang telah menimbulkan rasa tanda tanya atau ajaib kat diri aku.


Korang ingat lagi tak pasal kes seorang penyanyi ni di banned pasal membuka baju dikhalayak ramai ketika membuat persembahan dikonsert majlis ulang tahun sebuah stesen TV swasta beberapa tahun lepas. Aku cukup hairan ketika itu sebab semua pihak menyalahkan beliau seolah-olah kesalahan yang dia buat tu besar sangat. Memang la penyanyi ni telah melanggar etika peraturan persembahan di Malaysia tapi bagi aku itu cumalah gimik yang tak disengajakan atau mungkin beliau terlampau excited dengan peranan beliau sebagai duta barangan DC hingga terlupa garis panduan persembahan. Yang ajaibnya artis-artis kita yang berkemban dan menayang paha serta lurah-lurah dendam ketika melalui red carpet di majlis-majlis anugerah berprestij tak di gam la pulak. Malahan kita macam berbangga pulak dengan artis-artis yang macam ni. Tu belum kita buka lagi majalah-majalah hiburan yang bercambah kat pasaran, aku tengok dah macam majalah lucah pun ada. Kenapa tak ada pihak pun yang nak banned? Hairan! Hairan!


Media hiburan…aku tengok wartawan media hiburan kita dah jadi macam batu api atau penambah perisa terhadap gosip-gosip dan kontroversi yang kadang-kadang tu macam sengaja dibuat-buat untuk memanaskan lagi keadaan agar jualan bahan-bahan tabloid mereka meningkat. Bagi aku bahan-bahan tabloid ni tak ubah macam sampah sebab benda-benda macam ni bukannya boleh membawa perkembangan kepada industri pun malahan merosakkan lagi industri ada la. Aku tengok sesetengah gosip tu tak ada la menarik sangat tapi bila dah ditambah bahan perasa ajinamoto oleh pihak media maka menjadikan ianya sedap untuk dijamah oleh sesetengah kita. Wartawan hiburan ni kononnya ingin menjadi medium untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat tapi sebaliknya berlaku apabila fakta-fakta sebenar diputar belit. Jangan la asyik dok fikir nak cari salah dan kelemahan orang saja sedangkan diri mereka sendiri pun ada kelemahan. Yang ajaibnya aku tengok wartawan hiburan ni jarang sangat sentuh isu-isu mengenai jatuh bangun seseorang artis itu tapi apa yang selalu disentuh adalah mengenai hal-hal peribadi artis yang boleh menimbulkan kontroversi yang panas. Kalau macam ni la keadaannya maka sampai bila-bila pun muzik kita tak akan berkembang kerana tiadanya kisah-kisah kejayaan artis-artis lama yang boleh dijadikan rujukan artis-artis dan band-band generasi baru. Sebab itu la kita tengok  artis dan band kita banyak menjadikan artis dan band luar sebagai rujukan mereka sampai kita kehilangan identiti muzik kita disebabkan mereka ni tidak tahu akan akar muzik kita  sendiri.


Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang menimbulkan rasa hairan dan ajaib dibenak aku ni tapi memandangkan aku pun dah penat so aku berhenti setakat ni dulu la. Mengenai perkara-perkara yang menimbulkan rasa hairan dan ajaib didalam diri aku ni korang fikir la sendiri. Takkan la aku nak bagitau semua, korang pun kena la fikir sama. Takkan la korang tak perasan kot akan perkara-perkara ni? Atau korang sengaja buat-buat tak perasan? Siapa yang makan cili maka terasalah pedasnya!!!

Wednesday, March 3, 2010

Bunyian Seattle


Cuma dalam masa 3 tahun industri muzik memperlihatkan kegemilangan dan kejatuhan satu genre muzik yang baru dimana ianya telah meninggalkan satu legasi melewati zaman. Muzik grunge bermula di Seattle,USA dimana muzik ini berakar umbikan muzik hardcore punk, heavy metal, alternative rock dan juga indie rock. Lirik yang melambangkan penindasan/tekanan dan kemarahan, aktiviti merosakkan instrument selepas persembahan dan juga anti media/anti populariti merupakan sebahagian daripada trademark grunge.
Walaupun bunyian ‘garage recorded’ muzik grunge masih asing pada tahun-tahun 80’an, namun ianya menjadi kegilaan dunia diantara tahun 1991-1994 dengan kemunculan 2 buah band grunge yang cukup hebat iaitu Nirvana dan juga Pearl Jam. Era kegemilangan grunge bermula apabila Nirvana melancarkan album Nevermind pada tahun 1991 dibawah label SubPop, sebuah record label independent yang telah banyak menaungi band-band grunge yang berjaya. Kejayaan album Nevermind telah melonjakkan nama Nirvana diarena muzik mainstream dan telah menyebabkan frontman Nirvana iaitu Kurt Cobain menjadi idola dunia. Situasi ini kekal sehingga ke hari kini manakala ‘the killer song’ Nirvana iaitu ‘Smells Like Teen Spirit’ the diundi sebagai salah satu lagu terhebat sepanjang zaman.
Pada masa yang sama Pearl Jam turut mencatatkan kejayaan melalui lagu-lagu mereka seperti Jeremy,Alive dan juga Once. Seperti Nirvana, Pearl Jam juga turut berhadapan dengan keghairahan pihak media untuk mendapatkan berita –berita sensasi mereka tetapi berjaya ditangani melalui komen/interview yang jarang-jarang dibuat dan juga melalui pendekatan bermain muzik di konsert-konsert yang kecil. Dengan lain perkataan, Pearl Jam meneruskan karier muzik mereka dengan cara dan pendekatan mereka sendiri. Para remaja di Amerika dan juga UK sering memperkatakan mengenai budaya grunge melalui lirik-lirik lagu mereka dan cuba memahami dan menyesuaikannya kedalam pemikiran mereka. Keadaan ini menyebabkan pihak media dikedua-dua negara telah menganugerahkan Kurt Cobain bersama-sama dengan Eddie Vedder dengan gelaran ‘Spokespeople Of Generation X’.
Selain daripada Nirvana dan Pearl Jam, band seperti Tad, Mudhoney dan Soundgarden turut banyak memberi sumbangan bermakna didalam perkembangan muzik grunge. Muzik grunge merupakan genre muzik yang banyak di dominasi oleh kaum lelaki, namun band Hole yang diterajui oleh isteri Kurt Cobain iaitu Courtney Love membuktikan bahawa wanita juga suka memberontak dan mampu menimbulkan kekecohan dengan merosakkan instruments muzik sendiri setanding dengan band-band grunge lelaki yang ada. Ini menunjukkan bahawa grunge bukan hanya untuk golongan lelaki sahaja malahan golongan wanita juga kerana grunge bukan hanya sekadar muzik tetapi lebih kepada budaya berpakaian. Ini bermakna grunge tidak membawa sebarang erti tanpa uniformnya. Sebagai penentang kepada cara berpakaian golongan profesional di Seattle, ’Grungers’ akan muncul dijalanan dengan seluar jeans yang koyak, berkasut Converse dan dengan rambut panjang yang tidak terurus.
Kejatuhan grunge secara tiba-tiba adalah sesuatu yang mengejutkan dunia. Dikala itu Nirvana berada dipuncak kejayaan dengan penjualan album Nevermind sebanyak 10juta salinan di US sahaja. Namun kejayaan tersebut tidak membawa kegembiraan kepada Kurt Cobain sebaliknya membawa tekanan kepada beliau diatas kemasyhuran yang diterima dan pada tanggal 8 April 1994 penyanyi ini telah membunuh diri. Ini telah membawa kepada kejatuhan dan penamat kepada generasi grunge. Pada hari ini band-band seperti Puddle Of Mudd cuba mengembalikan era kegemilangan grunge namun tidak berjaya kerana mereka lebih terarah kepada band rock dimana mereka lebih mudah mendampingi pihak media. Begitu juga dengan bekas drummer Nirvana iaitu Dave Grohl dimana beliau telah membentuk band Foo Fighters dan telah mencapai kejayaan dibawah naungan muzik rock.
Bagi sebuah pergerakan yang bermula di sebuah pekan yang kecil, grunge merupakan sesuatu yang besar dan menakjubkan. Ianya meledak di arena muzik secara tiba-tiba dan kemudiannya hilang secara mengejut dengan cepat. Adalah sukar untuk mempercayai bahawa grunge merupakan salah satu muzik yang menyeronokkan dan juga popular suatu ketika dahulu.

Tuesday, February 23, 2010

Couple UK Tour


Ni jadual tour Couple kat UK nanti ni...moga Couple dapat memberikan yang terbaik kat sana. 

19th March – KNUKE Presents: Couple UK Tour @ Students’ Union, University Of Manchester
21st March – Dirty Water Club @ The Stag’s Head, London
23rd March – KNUKE Presents: Couple UK Tour @ The Backroom@Bumper, Liverpool
24th March – The Windmill, Brixton, London
28th March – KNUKE Presents: Couple UK Tour @ The Fiddlers, Camden, London


Friday, February 12, 2010

Lagu Free Dari Sekumpulan Orang Gila





Nak lagu free tak? Kalo nak gi kat link ni...sebenarnya ni bukannya lagu dari orang-orang gila yang kat tepi jalan tu, tapi ni memang merupakan lagu dari sebuah band yang bernama Sekumpulan Orang Gila. Mereka ni tak gila aku rasa tapi bagi aku nama band ni just sekadar gimik ja tuk bagi nampak unik sikit...hahaha. Okey, berbalik kepada lagu free band ni!!! Lagu yang band ni bagi free just 1 lagu ja iaitu lagu yang bertajuk 'Satu Melayu'(mampos r nak bagi banyak-banyak, tokey babi pun leh tutup bisnes beb)...maybe ni sebagai salah satu promo band ni coz kalo tak silap aku band ni ngah menghasilkan EP terbaru. Huhu...bijak tol!!! Apa-apa pun dengarkanlah 'Satu Melayu' dan hayati la lirik lagu ni coz ianya mempunyai 'sesuatu'...huhu.


Satu Melayu
Dahulu kau bersama hasrat yang satu
hasrat yang elok megah diperlaku
Dan kini kau selesa menjatuhkan satu
Dan satu ini jugalah darahmu

Sedarlah!!!
Ingatlah!!
Satu jugalah engkau!!

Melayu !
bangunlah dari tidur
lepaskan segala hasad dengkimu!!!

Melayu !
bangunlah dari tidur
Bebaskanlah segala hasad dengkimu!!!

Dahulu kau bersama hasrat yang satu
hasrat yang elok megah diperlaku
Dan kini kau selesa menjatuhkan satu
Dan satu ini jugalah darahmu

Sedarlah!!!
Ingatlah!!
Satu jugalah engkau!!
Sedarlah!!!
Ingatlah!!
engkaulah MELAYU!!


Melayu !
bangunlah dari tidur
lepaskan segala hasad dengkimu!!!

Melayu !
bangunlah dari tidur
Bebaskanlah segala hasad dengkimu!!!


Melayu, bangunlah dari tidur
Melayu !
bangunlah dari tidur
lepaskan segala hasad dengkimu!!!

Melayu !
bangunlah dari tidur
Bebaskanlah segala hasad dengkimu!!!


Wednesday, February 10, 2010

The Hangover Of Love As Arson

Love As Arson telah mengeluarkan sebuah EP yang bertajuk 'The Hangover'. Berdasarkan beberapa lagu preview tuk EP ni yang aku dengar kat laman Myspace band ni  aku memang enjoy lagu-lagunya...huhu. Pilihan aku lagu 'Holiday'...memang best lagu ni. Yang lain-lain tu aku tak tau la coz aku pun tak beli lagi EP ni...hahaha. Cakap banyak pun tak guna...apa kata try dapatkan EP ni dan dengarkanlah sindri, baru tau best ke tak best.



Raw Meat & Oil Sludge

Perhatian kepada semua grungee's!!!! EP terbaru maddame...yang bertajuk 'Raw Meat & Oil Sludge' telah pun keluar sekarang ni. So kepada peminat-peminat grunge di luar sana memang wajib mendapatkan EP ni coz di khabarkan bahawa EP ni mempunyai sound dan juga lagu-lagu yang berkualiti. Sebuah EP yang wajar dimiliki berbanding EP mereka sebelum ni iaitu 'Dysfunctional Music + Sour Garbage'. Aku tak leh nak bagi apa-apa komen lagi pasal EP ni coz aku pun still tak dengar lagi EP ni.  Hehe...

Saturday, January 2, 2010

Keseronokan Yang Kian Di Lupakan


Akhirnya pengajian semester baru dibuka kembali setelah hampir 2 bulan aku bercuti. Ini menandakan penyeksaan aku telah berakhir apabila sepanjang cuti semester ni aku hampir – hampir ‘mati kebosanan’ akibat ketiadaan aktiviti – aktiviti menyeronok yang dapat dilakukan bagi mengisi masa aku yang terluang. Keadaan ini telah memaksa aku untuk menyelongkar kembali koleksi khazanah muzik aku bagi merawat kebosanan aku yang telah berada ditahap kritikal pada ketika itu. Koleksi khazanah muzik aku ini mengandungi kaset, CD dan DVD yang terdiri daripada produk -produk DIY(Do It Yourself)  seperti EP dan demo, album dan juga DVD – DVD konsert.
Dengan mendengar kembali beberapa material dari koleksi muzik aku ini maka aku merasakan kebosanan aku terubat sedikit tetapi dalam masa yang sama juga aku merasakan ada kekurangan dan sesuatu tak kena dengan koleksi muzik aku. Setelah beberapa ketika aku berfikir dan mencari sebabnya, akhirnya aku menyedari sesuatu iaitu koleksi muzik aku hanya terdiri daripada material – material lama(yang paling baru pun hanya 2 -3 material dari tahun lepas). Ini membuatkan aku teringat kembali ketika zaman sekolah dulu dimana pada ketika itu aku cukup galak dan giat mengumpul material – material muzik untuk dibuat koleksi. Aku cukup teruja dan sentiasa ternanti – nanti buah tangan atau material terbaru dari setiap band, malahan aku sanggup berlapar di sekolah semata – mata nak kumpul duit bagi memastikan aku tidak akan terlepas untuk mendapatkan setiap material muzik terbaru dipasaran. Walaupun aku terpaksa berlapar tetapi aku rasa cukup gembira dan puas hati setelah berjaya mendapatkan setiap material terbaru, tambah – tambah lagi kalau lagu – lagu kat dalam best – best semuanya…jawabnya 24 jam la aku asyik dok dengar CD yang sama je.
Tetapi kini semua keseronokan yang pernah aku rasainya dulu seakan – akan telah hilang dari diri aku. Dengan teknologi sekarang yang sentiasa berubah – ubah masyarakat kita lebih selesa untuk mendownloadnya saja di internet, ini termasuklah juga aku…hehe. Jika sebelum ni aku cukup teruja untuk mendapatkan setiap material terbaru dipasaran tetapi kini semua perasaan tu kian hilang dimamah waktu…hanya perasaan hambar je la yang ada. Yela macam mana la aku tak merasa hambar, bila kuar album atau lagu baru je aku just kena duduk depan laptop and then search tuk album or lagu yang aku nak tu. Lepas dah jumpa album or lagu yang aku nak tu aku just kena tekan ‘download’ and then tunggu la aku macam orang bodoh sampai la lagu tu abis didownload semuanya. Setelah lagu abis didownload maka boleh la aku layan lagu tu sampai lebam…senang bukan? Memang la keadaan macam ni menyenangkan tetapi dalam masa yang sama keadaan ini agak membosankan dan tak exciting langsung.
Situasi ni telah membuat aku berfikir kembali…mengapa teknologi yang menyenangkan aku ini tidak mampu membuat aku gembira? Mungkin kurangnya penglibatan diri aku dalam proses untuk mendapatkan setiap material muzik itu membuatkan ianya jadi begini. Sebelum ini aku menghabiskan banyak masa didalam proses untuk mendapatkan setiap material muzik terbaru dan mungkin ini telah membuatkan aku lebih menghargai setiap material muzik yang aku dapat tu…pasal tu la aku rasa gembira. Aku percaya ramai antara kita yang semakin melupakan budaya mengumpul material muzik untuk dibuat koleksi…bagi aku ianya merupakan suatu budaya yang menarik dan mempunyai valuenya yang tersendiri.


Friday, January 1, 2010

Kekecelaruan Identiti

Slalunya bila kita ke sesebuah majlis perkahwinan kat Malaysia ni kita akan  mendengar lagu-lagu Melayu 60'an berkumandang atau sekurang-kurangnya lagu-lagu tradisional Melayu. Tapi skunk ni aku perhatikan majlis perkahwinan dah tak macam dulu lagi dah...majlis perkahwinan skunk ni tiada lagi kedengaran irama-irama Melayu tapi digantikan pula dengan lagu-lagu luar seperti lagu-lagu Hindustan dan lagu-lagu Siam. Apa ni? Dah tak da sangat dah ka lagu Melayu sampai terpaksa pasang lagu Hindustan di majlis perkahwinan orang Melayu? Tak rasa pelik ke bila kita pi ke majlis perkahwinan orang Melayu yang sepatutnya kaya dengan pelbagai adat kemelayuan yang unik tiba-tiba dicelah-celahnya kedengaran lagu Hindustan? Kalo cam ni aku rasa lebih baik adat kemelayuan didalam majlis perkahwinan seperti persembahan silat digantikan ja dengan pertunjukan silambam. Baru r sesuai beb!!! Kalo cam ni la gaya kuatnya pengaruh lagu luar ke atas orang Melayu, apa la nasib yang bakal menimpa pada lagu-lagu Melayu dan adat Melayu pada masa akan datang ni? Hmmm...tepuk otak dan tanya akal. Huhu...