Monday, August 26, 2013

Heavy Metal Is Not An Evil!!! Who is Pieremiddle???

Music Speaks Louder Than Words (MSLTW) mempersembahkan Pieremiddle. Berikut adalah petikan temubual MSLTW di alam maya bersama Mohd Nurazimullah Abu Bakar a.k.a Jim iaitu vokalis Pieremiddle sendiri.



Sejarah Penubuhan Pieremiddle
Kami sepakat nak main band bersama-sama pada 28 Ogos 2008…masa tu hanya ada 4 orang ja bersama dalam band. Saya Jim (vocal dan lead gitar), Hans (second gitar), Fais (bass) dan Lue (drum). Oleh kerana scene indie ketika itu tengah kuat, maka kami memainkan muzik ala-ala rock ‘n’ roll sikit. Beberapa bulan kemudian saya dapat tawaran interview dari sebuah syarikat Lancaster UK…jadi saya pun pergi. Masa tu saya sedih tak dapat bersama band…kami berhubung pakai YM dengan Myspace. Tak lama kemudian Rudy (drum) dari Perak baru tamat sekolah, dia nak main band bersama-sama dengan saya…jadi dia cari duit sedikit untuk datang Shah Alam, tapi saya pula di UK. Saya mintak Rudy contact Achik (gitar) untuk tolong jagakan Rudy sebab dia dah datang Shah Alam. Nak dijadikan cerita visa saya tak dapat sambung, mahu tak mahu saya kena pulang juga ke Malaysia. Jadi kami meeting…saya, Fais, Rudy dan Achik bersepakat nak main band, masa tu dah tahun 2009. Alhamdulillah kami sign bawah satu label ‘runut bunyi’, mereka ni banyak bagi kami pendedahan tentang muzik dan juga seni persembahan. Setahun kontrak kami bersama label ni, kami sempat merakamkan satu album kompilasi iaitu ‘Satu Untuk Semua’. Masa tu Daiyan Trisha baru lagi dalam bidang seni, dia jadi model semasa kami buat persembahan di Urbanatic. Kami juga ada bekerjasama dengan RTM untuk muzik video single kami iaitu ‘Missing Someone’, setelah itu kami tinggalkan syarikat untuk bergerak sendiri. Sebenarnya kami punya attitude tak la bagus, selalu tolak show…mungkin sekarang kami terima padahnya, kena bersaing dengan band-band baru. Pada tahun 2011 saya ada tulis sebuah lagu yang berjudul ‘Mungkin Sudah’, mengisahkan tentang band saya yang sering mengalah. Maksud saya, kami selalu tak kuat untuk berjuang…jadi saya buat lagu ni untuk memberi semangat pada band saya dan juga orang ramai. Lagu ni saya beri perhatian semasa menulisnya dan sesuaikan dengan melodi lagu ni. Masa ni juga saya bercinta dengan seorang gadis Indonesia, jadi dia perkenalkan saya dengan ramai producer dari Jakarta dan saya bekerjasama dengan Danang Ari…dia ni buat sound engineer untuk kumpulan ST 12. Dia bersetuju untuk mix dan master lagu ‘Mungkin Sudah’ dan saya terkejut juga, sebenarnya kami tak ready untuk di expose lagi. Tapi peluang dah ada, lagu kami dah berkumandang di radio dan masa tu juga wartawan dari magazine datang untuk interview kami. Dalam tahun 2011 juga kami ada main satu show, pada masa tu kami just nak mantapkan permainan kami walaupun ianya hanyalah free show…saya dah tak main gitar sebab nak fokus pada nyanyian. Jadi saya ambil gitaris baru iaitu Megat, dia ni bagus ada 150 biji gitar…semua yang ori, biasa la anak Dato’. Haha…kami juga praktis kat studio Megat dan show kami mendapat sambutan ramai. Boleh kata penuh la tempat tu di Section 13…skate park malam tu kami main dalam 7-8 lagu. Lumrah bermain band, biasanya akan ada konflik di dalam band…sebenarnya Achik ni dia berdisiplin sikit sebab dia tak suka orang yang malas praktis. Jadi dia bagi pilihan pada semua orang termasuk saya, “Jika tak mau praktis jangan main band, kita bukan rockstar”. Selama kami main band kami mendapat perhatian dari seorang gitaris dari ASWARA iaitu Saiful Faizal. Dia datang jumpa saya dengan Achik dan dia kata, “Band kau ada potensi, Cuma kena ada arrangement muzik yang lebih ketat”. Sampai sekarang saya tak faham apa maksud dia…hahaha. Tanpa membuang masa kami menyerap masuk Saiful sebagai lead gitar sementara Achik sebagai second gitar dan kami sedar selepas kehadiran Saiful kami seolah-olah menjadi lebih yakin dengan band. Waktu itu kami main macam-macam show, gig dan battle…semua kami bedal, menang kalah jatuh nombor 2, janji main!!! Kemudian tiba waktu kami nak rekod lagu seterusnya yang berjudul ‘Maryam’, Fais pula menghilangkan diri. Selepas itu kawan-kawan di studio banyak bantu kami, sehinggalah saya jumpa seorang bassist yang tinggal di Seri Kembangan. Saya ajak dia main try dulu jamming dengan Pieremiddle…kemudian dia nak teruskan main secara tetap. Bassist yang dimaksudkan itu adalah Shah a.k.a Barapawaka, sampai sekarang kami masih bermain bersama dan saya harap projek-projek seterusnya berjalan dengan lancar.

Genre Muzik
Kami develope skill dari masa ke semasa, kami akui awal-awal masa main muzik tak ada la pandai sangat…kalau nak ikutkan kami dah main muzik metalcore ni pada tahun 2006-2007 lagi secara individu. Tapi sebagai band kami pilih muzik rock ‘n’ roll sebab nak bagi sesuai dengan masyarakat, lagipun saya minat The Darkness, The Stroke dan Arctic Monkeys. Tu untuk rock ‘n’ roll la, tapi kami sama-sama gemar muzik post-hardcore macam Silverstain, Finch, Saosin dan lain-lain…cuma dari segi sound ja kami kasi berat sikit. Dan bila dah sign bawah label kami still ada emo punya style, itu saja yang dibenarkan pada waktu itu. Kami sepakat memilih genre alternative rock untuk Pieremiddle, bagi kami alternative rock ni boleh kasi kami main pelbagai jenis elemen muzik. Contohnya dalam lagu ‘Mungkin Sudah’ itu sendiri terkandung dengan pelbagai jenis genre muzik…ada J-rock, ska, riff metal dan post-hardcore. Jadi kami bentukkan ia menjadi alternative rock…lagu-lagu seterusnya pun kami sumbat pelbagai jenis elemen muzik supaya kami akan jadi Pieremiddle. Kalau boleh kami tak nak la sama dengan band-band yang dah ada kat Malaysia ni…biasanya jika kami cover lagu untuk jamming, kami suka cover lagu-lagu metal seperti Bullet For My Valentine, Atreyu dan kami ni peminat tegar Avenged Sevenfold. So pengaruh agak kuat dalam band tapi kami cuba untuk tetap dengan muzik yang kami pilih iaitu alternative rock.


Penglibatan Ahli Pieremiddle Bersama Band Lain
Saya terlibat dengan band Light Of Wasteland…’LOW’ ni adalah gabungan projek dari 4 band berlainan iaitu melibatkan Ballad For Layla, Insanediary, Summer Of September dan Pieremiddle. Achik dan Rudy pula terlibat dalam band Basarad dimana band ini diketuai sendiri oleh Achik. Pencapaian yang mereka peroleh dalam band projek ni adalah telah menjuarai Battle Of The Band di Uptown Shah Alam. Saiful Faizal pula tidak terlibat dalam mana-mana projek band tapi dia bermain untuk showcase UiTM dalam fakulti muzik. Contohnya jika student mahu menghadiri exam, Saiful Faizal akan bermain bersama-sama untuk melengkapi exam tersebut.


Material

Selain album kompilasi ‘Satu Untuk Semua’ kami hanya terbitkan single memandangkan kos untuk membuat album tu agak besar. Nantikan single terbaru dari kami yang berjudul ‘Cahaya’…sekarang ni dah 80% siap, tunggu nak masuk vocal saja. Selain tu kami sekarang dah start shooting muzik video untuk lagu ‘Maryam’.




Pembikinan Lagu
Dalam Pieremiddle susunan muzik hanya dibuat oleh Achik dan saya sebagai penulis lirik utama. Contohnya dalam lagu ‘Mungkin Sudah’ saya siapkan melodi dan chord lagu, Achik akan add on gitar work dan bass line pun dia yang buat. Lagu ‘Maryam’ pula saya sebagai penulis lirik dan melodi manakala susunan muzik semua direka oleh Achik. Dalam lagu ‘Cahaya’ Saiful Faizal bertanggungjawab sepenuhnya dari segi lirik dan susunan muzik keseluruhannya. Drum robot Rudy pula akan tengok score dan praktis serta bermain seperti apa yang ditulis didalam MIDI.


Harapan Dan Hala Tuju
Kami sentiasa rancang hala tuju kami, kami harap kami akan pergi ke tahap antarabangsa dan pergi ke peringkat mainstream. Kami harap selama perjuangan kami ini berbaloi.





Berhubung Dengan Pieremiddle
Pada rakan-rakan baru yang ingin mengenali atau mengikuti aktiviti kami boleh like di Facebook dan Youtube channel Pieremiddle atau follow saja kami di Twitter.

No comments:

Post a Comment