Saturday, May 4, 2019

Silent Ex Silent Migration?


Pada asalnya bassist dan pengasas Silent Migration iaitu Hambali atau lebih di kenali sebagai Barlee Burton telah direhatkan buat seketika waktu atas sebab-sebab peribadi dalam tempoh masa yang tak dinyatakan, sumber didapati dari ahli terkini SM sendiri iaitu Musz. Namun begitu, pada masa yang sama Syahir, Dauz dan Musz telah membuat keputusan untuk tidak lagi bersama Barlee dan SM. SM yang khabarnya bakal mengeluarkan rilisan terbaru iaitu sebuah EP berjudul TALI BARUT masih tidak diketahui siapakah ahlinya yang tetap yang akan membantu menyiapkan EP ini. Sementara itu, Syahir, Dauz dan Musz yang tidak lagi bersama SM telah menubuhkan sebuah figura baru yang dikenali sebagai SILENT dan bakal hadir dengan EP sulung mereka yang berjudul D.S.L(Dam Stim Lentok). EP mereka ini turut mendapat sentuhan oleh sahabat yang berpengalaman dan juga orang lama iaitu Jadam dari Necrotic Choas di bahagian rakaman manakala Jais Q di bahagian studio. Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di Facebook dimana disana juga ada perkembangan persembahan mereka bersama TRAUMA(Indonesia) dan SCUM(Perak) di Insider Space pada tanggal 1 November nanti sempena Teroka Minda(10th Anniversary Tour's). Harap semua dapat bersama memeriahkan lagi suasana. Akhir kata dari SILENT, 'Selamat Menjalani Bulan Ramadhan Yang Bakal Tiba'. Long live metal!!!


0 comments:

Post a Comment