Bersempena Festival Putrajaya LIFT (Literacy In Financial Technology) 2019 Sebuah Festival Bermatlamatkan Pemerkasaan Celik Kewangan Yang Bakal Diadakan Di Presint 2, Putrajaya Pada 28 Dan 29 Disember Ini, Sebuah Konsert Percuma Yang Dinamakan INDIEVAGANZA Telah Dirancang Sebagai Tarikan Utama. Festival Ini Yang Pertama Kali Dianjurkan Akan Mempamerkan Literasi Teknologi Kewangan Pada Masa Kini Dan Hadapan Sejajar Dengan Hasrat Kerajaan Untuk Membina Masyarakat Digital Dan Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Ekonomi Baharu Dan Era Digital.
Konsert INDIEVAGANZA Akan Menampilkan Sembilan Penghibur Dan Band Rock Indie Terbaik Malaysia Untuk Memberi Platform Kepada Kugiran Serta Artis-Artis Popular Tempatan Untuk Membuat Persembahan Sepanjang Dua Malam Yang Bakal Menarik Perhatian Peminat Muzik Rock Dan Indie Terutamanya Golongan Muda. Dengan Kombinasi Barisan Kumpulan Rock Dan Indie Terbaik Negara Seperti Oh Chentaku, Gerhana Skacinta, Kyoto Protocol, Pastel Lite, The Times Dan Toko Kilat Digabungkan Bersama Nama-Nama Paling Gah Di Dalam Industri Muzik Tanahair Seperti Aizat Amdan, Noh Salleh Dan Ratu Rock Negara, Ella, Konsert INDIEVAGANZA Ini Pasti Menghangatkan Suasana Malam Di Putrajaya Lebih-Lebih Lagi Sebagai Pra-Sambutan Ambang Tahun Baru 2020.
Apa Yang Menarik, Konsert INDIEVAGANZA Ini Akan Menyaksikan Pertembungan Toko Kilat Dan Ella Dalam Satu Persembahan Khas Buat Peminat-Peminat Kedua-Dua Penghibur Ini Yang Amat Terkenal Dengan Pertunjukan Mereka Yang Penuh Bertenaga. “Kami Amat Berbangga Kerana Dapat Bekerjasama Dengan Legenda Muzik Rock Negara, Ella, Untuk Persembahan Kami Di Konsert INDIEVAGANZA Nanti. Setelah Beberapa Kali Mengadakan ‘Rehearsal’ Bersama, Ternyata Gabungan Ini Amat Serasi Serta Unik Dan Bakal Melakar Sejarah Buat Kami Sebagai Penutup Tahun 2019. Kepada Semua Peminat-Peminat, Datanglah Beramai-Ramai Ke Putrajaya Dan Saksikan Persembahan Istimewa Kami Bersama Ella Di INDIEVAGANZA”, Kata Edwin Raja Selaku Vokalis Dan Pemain Gitar Kumpulan Toko Kilat.
Festival Putrajaya LIFT Merupakan Kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia Dengan Bank Negara Malaysia Dan Industri Kewangan Malaysia. Ia Terbahagi Kepada Beberapa Komponen Seperti Pavilion Kewangan Digital (Pameran Utama) Atau The Pavilion Yang Menyediakan Seminar, Bengkel, Ceramah Dan Pameran Menarik Daripada Institusi Kewangan Dan Syarikat Teknologi Kewangan (Fintech) Dan The Showcase Yang Merupakan Pameran Awam Mengenai Aspek Kehidupan Masa Hadapan Dinamakan Future Pods. The Market Pula Merupakan Tempat Membeli Belah Khas Untuk Para Pengunjung Menampilkan Jenama Kreatif Terkemuka Malaysia Menjurus Kepada Gaya Hidup, Fesyen Dan Kecantikan Seperti Pasar Glam, Pasar Seni, Pasar Botani Dan Pasar Tradisi. Pengunjung Juga Dapat Menikmati Pelbagai Pilihan Makanan Dan Minuman Yang Akan Melengkapkan Keunikan Festival Ini Di Medan Makan. Konsert INDIEVAGANZA Termasuk Di Dalam Komponen The Fringe Iaitu Sebuah Ruang Hiburan Yang Menampilkan Persembahan Kesenian Teknologi Tinggi, Aksi-Aksi Jalanan Dan Persembahan Hiburan Lain.
Festival Putrajaya LIFT Dan konsert INDIEVAGANZA Adalah Percuma . Sila Layari www.putrajayalift.com Untuk Maklumat Lanjut. Juga Boleh Dapatkan Perkembangan Terbaru Tentang Festival Putrajaya LIFT Dan Konsert INDIEVAGANZA Di Media Sosial Melalui Instagram @putrajayalift2019 Dan Facebook Putrajaya LIFT Festival.
No comments:
Post a Comment