Tuesday, February 23, 2010

Couple UK Tour


Ni jadual tour Couple kat UK nanti ni...moga Couple dapat memberikan yang terbaik kat sana. 

19th March – KNUKE Presents: Couple UK Tour @ Students’ Union, University Of Manchester
21st March – Dirty Water Club @ The Stag’s Head, London
23rd March – KNUKE Presents: Couple UK Tour @ The Backroom@Bumper, Liverpool
24th March – The Windmill, Brixton, London
28th March – KNUKE Presents: Couple UK Tour @ The Fiddlers, Camden, London


Friday, February 12, 2010

Lagu Free Dari Sekumpulan Orang Gila





Nak lagu free tak? Kalo nak gi kat link ni...sebenarnya ni bukannya lagu dari orang-orang gila yang kat tepi jalan tu, tapi ni memang merupakan lagu dari sebuah band yang bernama Sekumpulan Orang Gila. Mereka ni tak gila aku rasa tapi bagi aku nama band ni just sekadar gimik ja tuk bagi nampak unik sikit...hahaha. Okey, berbalik kepada lagu free band ni!!! Lagu yang band ni bagi free just 1 lagu ja iaitu lagu yang bertajuk 'Satu Melayu'(mampos r nak bagi banyak-banyak, tokey babi pun leh tutup bisnes beb)...maybe ni sebagai salah satu promo band ni coz kalo tak silap aku band ni ngah menghasilkan EP terbaru. Huhu...bijak tol!!! Apa-apa pun dengarkanlah 'Satu Melayu' dan hayati la lirik lagu ni coz ianya mempunyai 'sesuatu'...huhu.


Satu Melayu
Dahulu kau bersama hasrat yang satu
hasrat yang elok megah diperlaku
Dan kini kau selesa menjatuhkan satu
Dan satu ini jugalah darahmu

Sedarlah!!!
Ingatlah!!
Satu jugalah engkau!!

Melayu !
bangunlah dari tidur
lepaskan segala hasad dengkimu!!!

Melayu !
bangunlah dari tidur
Bebaskanlah segala hasad dengkimu!!!

Dahulu kau bersama hasrat yang satu
hasrat yang elok megah diperlaku
Dan kini kau selesa menjatuhkan satu
Dan satu ini jugalah darahmu

Sedarlah!!!
Ingatlah!!
Satu jugalah engkau!!
Sedarlah!!!
Ingatlah!!
engkaulah MELAYU!!


Melayu !
bangunlah dari tidur
lepaskan segala hasad dengkimu!!!

Melayu !
bangunlah dari tidur
Bebaskanlah segala hasad dengkimu!!!


Melayu, bangunlah dari tidur
Melayu !
bangunlah dari tidur
lepaskan segala hasad dengkimu!!!

Melayu !
bangunlah dari tidur
Bebaskanlah segala hasad dengkimu!!!


Wednesday, February 10, 2010

The Hangover Of Love As Arson

Love As Arson telah mengeluarkan sebuah EP yang bertajuk 'The Hangover'. Berdasarkan beberapa lagu preview tuk EP ni yang aku dengar kat laman Myspace band ni  aku memang enjoy lagu-lagunya...huhu. Pilihan aku lagu 'Holiday'...memang best lagu ni. Yang lain-lain tu aku tak tau la coz aku pun tak beli lagi EP ni...hahaha. Cakap banyak pun tak guna...apa kata try dapatkan EP ni dan dengarkanlah sindri, baru tau best ke tak best.



Raw Meat & Oil Sludge

Perhatian kepada semua grungee's!!!! EP terbaru maddame...yang bertajuk 'Raw Meat & Oil Sludge' telah pun keluar sekarang ni. So kepada peminat-peminat grunge di luar sana memang wajib mendapatkan EP ni coz di khabarkan bahawa EP ni mempunyai sound dan juga lagu-lagu yang berkualiti. Sebuah EP yang wajar dimiliki berbanding EP mereka sebelum ni iaitu 'Dysfunctional Music + Sour Garbage'. Aku tak leh nak bagi apa-apa komen lagi pasal EP ni coz aku pun still tak dengar lagi EP ni.  Hehe...

Saturday, January 2, 2010

Keseronokan Yang Kian Di Lupakan


Akhirnya pengajian semester baru dibuka kembali setelah hampir 2 bulan aku bercuti. Ini menandakan penyeksaan aku telah berakhir apabila sepanjang cuti semester ni aku hampir – hampir ‘mati kebosanan’ akibat ketiadaan aktiviti – aktiviti menyeronok yang dapat dilakukan bagi mengisi masa aku yang terluang. Keadaan ini telah memaksa aku untuk menyelongkar kembali koleksi khazanah muzik aku bagi merawat kebosanan aku yang telah berada ditahap kritikal pada ketika itu. Koleksi khazanah muzik aku ini mengandungi kaset, CD dan DVD yang terdiri daripada produk -produk DIY(Do It Yourself)  seperti EP dan demo, album dan juga DVD – DVD konsert.
Dengan mendengar kembali beberapa material dari koleksi muzik aku ini maka aku merasakan kebosanan aku terubat sedikit tetapi dalam masa yang sama juga aku merasakan ada kekurangan dan sesuatu tak kena dengan koleksi muzik aku. Setelah beberapa ketika aku berfikir dan mencari sebabnya, akhirnya aku menyedari sesuatu iaitu koleksi muzik aku hanya terdiri daripada material – material lama(yang paling baru pun hanya 2 -3 material dari tahun lepas). Ini membuatkan aku teringat kembali ketika zaman sekolah dulu dimana pada ketika itu aku cukup galak dan giat mengumpul material – material muzik untuk dibuat koleksi. Aku cukup teruja dan sentiasa ternanti – nanti buah tangan atau material terbaru dari setiap band, malahan aku sanggup berlapar di sekolah semata – mata nak kumpul duit bagi memastikan aku tidak akan terlepas untuk mendapatkan setiap material muzik terbaru dipasaran. Walaupun aku terpaksa berlapar tetapi aku rasa cukup gembira dan puas hati setelah berjaya mendapatkan setiap material terbaru, tambah – tambah lagi kalau lagu – lagu kat dalam best – best semuanya…jawabnya 24 jam la aku asyik dok dengar CD yang sama je.
Tetapi kini semua keseronokan yang pernah aku rasainya dulu seakan – akan telah hilang dari diri aku. Dengan teknologi sekarang yang sentiasa berubah – ubah masyarakat kita lebih selesa untuk mendownloadnya saja di internet, ini termasuklah juga aku…hehe. Jika sebelum ni aku cukup teruja untuk mendapatkan setiap material terbaru dipasaran tetapi kini semua perasaan tu kian hilang dimamah waktu…hanya perasaan hambar je la yang ada. Yela macam mana la aku tak merasa hambar, bila kuar album atau lagu baru je aku just kena duduk depan laptop and then search tuk album or lagu yang aku nak tu. Lepas dah jumpa album or lagu yang aku nak tu aku just kena tekan ‘download’ and then tunggu la aku macam orang bodoh sampai la lagu tu abis didownload semuanya. Setelah lagu abis didownload maka boleh la aku layan lagu tu sampai lebam…senang bukan? Memang la keadaan macam ni menyenangkan tetapi dalam masa yang sama keadaan ini agak membosankan dan tak exciting langsung.
Situasi ni telah membuat aku berfikir kembali…mengapa teknologi yang menyenangkan aku ini tidak mampu membuat aku gembira? Mungkin kurangnya penglibatan diri aku dalam proses untuk mendapatkan setiap material muzik itu membuatkan ianya jadi begini. Sebelum ini aku menghabiskan banyak masa didalam proses untuk mendapatkan setiap material muzik terbaru dan mungkin ini telah membuatkan aku lebih menghargai setiap material muzik yang aku dapat tu…pasal tu la aku rasa gembira. Aku percaya ramai antara kita yang semakin melupakan budaya mengumpul material muzik untuk dibuat koleksi…bagi aku ianya merupakan suatu budaya yang menarik dan mempunyai valuenya yang tersendiri.


Friday, January 1, 2010

Kekecelaruan Identiti

Slalunya bila kita ke sesebuah majlis perkahwinan kat Malaysia ni kita akan  mendengar lagu-lagu Melayu 60'an berkumandang atau sekurang-kurangnya lagu-lagu tradisional Melayu. Tapi skunk ni aku perhatikan majlis perkahwinan dah tak macam dulu lagi dah...majlis perkahwinan skunk ni tiada lagi kedengaran irama-irama Melayu tapi digantikan pula dengan lagu-lagu luar seperti lagu-lagu Hindustan dan lagu-lagu Siam. Apa ni? Dah tak da sangat dah ka lagu Melayu sampai terpaksa pasang lagu Hindustan di majlis perkahwinan orang Melayu? Tak rasa pelik ke bila kita pi ke majlis perkahwinan orang Melayu yang sepatutnya kaya dengan pelbagai adat kemelayuan yang unik tiba-tiba dicelah-celahnya kedengaran lagu Hindustan? Kalo cam ni aku rasa lebih baik adat kemelayuan didalam majlis perkahwinan seperti persembahan silat digantikan ja dengan pertunjukan silambam. Baru r sesuai beb!!! Kalo cam ni la gaya kuatnya pengaruh lagu luar ke atas orang Melayu, apa la nasib yang bakal menimpa pada lagu-lagu Melayu dan adat Melayu pada masa akan datang ni? Hmmm...tepuk otak dan tanya akal. Huhu...


Tuesday, December 1, 2009

Citarasa Pendengar Muzik Malaysia

Bagaikan baru semalam kita menyambut kedatangan tahun 2009, tanpa kita sedari bahawa kita sebenarnya telah pun melalui tahun 2009 selama 3 bulan dengan meninggalkan tahun 2008 bersama-sama 1001 kisah suka dan duka dalam sejarah peribadi hidup kita. Demikian juga halnya dengan industri muzik kita apabila pada tahun 2008 pelbagai kisah jatuh bangun industri turut tercatat bagi mewarnai lagi industri muzik kita. Antaranya kisah pemergian Loloq iaitu seorang penulis lirik yang sentiasa tampil dengan bait-bait kata puitis di dalam karyanya dan juga pemergian Samad Lefthanded, seorang gitaris lagenda yang menjadi rujukan kebanyakkan gitaris masa kini. AL-FATIHAH buat mereka dan juga kepada pejuang-pejuang muzik yang telah pergi meninggalkan kita, semoga roh mereka dicucuri Rahmat…AMIN. Tahun 2008 memperlihatkan satu fenomena bunyian baru muzik Malaysia telah terhasil iaitu bunyian muzik bawaan pemuzik-pemuzik indie di arus perdana. Sejarah muzik di negara kita telah membuktikan bahawa citarasa  pendengar muzik kita sentiasa berubah-ubah. Mari kita soroti beberapa perubahan citarasa pendengar muzik kita dari era 50′an hingga kini.

Era 50′an pendengar muzik kita telah ditawan dan dibuai dengan irama-irama indah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenar beliau Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Umum telah mengetahui bahawa beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang terkenal di Malaysia dan juga Singapura. Beliau bermula dengan bermain ukulele (sejenis alat muzik dari Hawaii) dan kemudiannya beralih kepada gitar serta biola di bawah tunjuk ajar Encik Kamaruddin iaitu seorang pemimpin brass band di Penang Free School. Pada tahun 1946 beliau telah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan pada tahun yang sama juga beliau kemudiannya menyertai Sinaran Bintang Sore. Pada tahun 1947 beliau telah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Di dalam pertandingan itu beliau telah menggunakan huruf ‘P’ sebagai pengganti bagi Puteh di awal nama dan nama P.Ramlee itu kekal sehingga akhir hayatnya. Sepanjang hayat beliau sebagai seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik, beliau telah menghasilkan lebih kurang 390 buah lagu dan antara lagu beliau yang popular adalah seperti ‘Azizah’, ‘Bunyi Gitar’, ‘Dendang Perantau’ dan ‘Getaran Jiwa’. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah muzik dari dalam dan juga luar negara. Antaranya anugerah Best Music di 3rd Asian Film Festival di Hong Kong dan juga anugerah Lagu Paling Popular dari Radio Malaya.



Era 60′an pula memperlihatkan irama pop yeh-yeh telah menguasai dunia muzik kita. Semasa 1960′an berlaku perubahan yang mendadak didalam scene muzik kita apabila Singapura dipisahkan dari negara kita. Perubahan scene muzik kita yang mendadak ini juga berpunca daripada pengaruh Barat yang mana telah mempengaruhi budaya hidup kita terutama sekali mereka yang berada di bandar. Pada penghujung era 60′an, jeans dan skirts mula menjadi kegilaan para remaja, bukan sahaja di bandar-bandar besar bahkan di pekan-pekan kecil juga. Muzik dan fesyen dari The Beatles dan juga band-band rock ‘n’ roll British merupakan pengaruh yang kuat terhadap pembentukan irama pop yeh-yeh dan secara tidak langsung telah mempengaruhi scene muzik Melayu pada ketika itu. Malahan istilah ‘pop yeh-yeh’ itu sendiri telah diambil dari salah satu lagu popular The Beatles iaitu ‘She Loves You’ di mana salah satu baris lirik lagu ini berbunyi, ‘She Loves You, Yeah-Yeah-Yeah’. Lagu pop yeh-yeh yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1964 iaitu lagu ‘Suzanna’ dendangan M.Osman. Selain M.Osman antara penyanyi yang turut mencipta nama melalui irama pop yeh-yeh adalah seperti A.Ramlie, S.Jibeng, Jeffrydin dan Ahmad Jais, manakala band yang popular pula adalah seperti The Rhythm Boys, The Hook, The Jayhawkers dan The Siglap Five. Ciri-ciri bunyian irama pop yeh-yeh yang mempunyai vokal yang mendayu-dayu, permainan drum yang simple, riff gitar yang mudah dan rancak serta permainan bass yang berbunga menyebabkan ianya mudah untuk diterima umum.




Pada awal era 1970′an, muzik kita telah dibentuk oleh beberapa gaya muzik. Era ini merupakan era dimana kita membuat kembali penelitian, penemuan dan perkembangan semula terhadap scene muzik kita. Masalah antara kaum yang tidak dapat dikawal diantara tahun 1969 hingga 1970 telah membawa kepada darurat dan sekaligus membantutkan perkembangan industri muzik dalam negara. Setelah keadaan didalam negara pulih seperti sedia kala, industri muzik turut mengalami proses pemulihan dan penyesuaian semula. Ianya merupakan zaman yang sukar bagi industri muzik kita kerana kehidupan yang tidak selesa dan ditambah pula dengan hasil atau pulangan yang tidak seberapa, namun begitu pada masa yang sama teknologi rakaman telah meningkat,peningkatan kepelbagaian instrument muzik dipasaran dan memperlihatkan lebih ramai masyarakat yang meminati muzik. DJ Dave, Hail Amir dan Uji Rashid merupakan antara individu-individu yang mampu survive pada ketika itu kerana memperkenalkan pengaruh muzik Hindustan di dalam lagu-lagu mereka. Pada lewat 1970′an industri muzik kita banyak dipengaruhi muzik-muzik dari ABBA, Boney M, Madonna dan sebagainya. Pengaruh-pengaruh muzik seperti ini telah di bawa oleh syarikat-syarikat rakaman besar seperti EMI(UK) dan juga Sony(Jepun). Kumunculan syarikat-syarikat rakaman besar ini telah menyokong perkembangan muzik pop kita yang seakan-akan sama muzik Barat(kebanyakkan pemuzik dan penyanyi ketika itu bernaung dibawah syarikat-syarikat rakaman besar ini). Walaupun muzik pop kita seakan sama dengan muzik Barat tetapi ianya masih mempunyai karektornya yang tersendiri, antaranya mempunyai irama yang bercirikan ketimuran, lirik yang berbentuk puisi atau sajak serta lirik yang mendalam maksudnya.



Era 80′an merupakan zaman kegemilangan rock kangkang atau lebih dikenali sebagai rock kapak dimana penghujung 80′an merupakan zaman emas rock kapak. Rock kapak terhasil dari pengaruh budaya  muzik rock Barat yang mendorong kemunculan band-band rock tempatan. Band-band rock Barat seperti Scorpions, Led Zeppelin dan Deep Purple merupakan antara entiti yang menjadi rujukan band-band rock tempatan pada ketika itu. Perkembangan rock kapak juga turut dibantu oleh penganjuran pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands. Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan adalah pertandingan Juara Rock 1983 yang mana telah dimenangi oleh D’Febians dan The Lefthanded. Pada tahun berikutnya iaitu di Juara Rock 1984, The Burnmarks telah meraih tempat pertama, Hurricane ditempat ke-2 dan tempat ke-3 telah di menangi oleh kumpulan Gersang. Juara Rock merupakan perintis kepada wujudnya pertandingan-pertandingan rock yang lain selepas itu. Zaman itu merupakan zaman yang meriah dengan imej glamnya, seluar ketat, lipstik dan rambut karennya.



Selepas era rock kapak semakin malap, tahun 90′an muncul pula era rock moden kata orang. Band seperti Spring dan Ukay’s merupakan antara band yang menjadi kegilaan ketika itu dengan lagu-lagu hangat mereka seperti ‘Butakah Cinta’ dan ‘Disana Menanti, Disini Menunggu’.Uih, rock ke? Jiwang sangat daa…Dalam tahun 2000 pasaran kita disogokkan pula dengan irama poprock. Spin, Scoin dan Sting merupakan antara band-band yang menguasai pasaran poprock ketika itu(ini pun jiwang juga ni, tak rock langsung). Selepas itu scene muzik kita menjadi agak suram dengan lambakan muzik seperti nasyid, hip-hop, rancangan realiti TV dan muzik-muzik dari Indonesia. Namun begitu scene muzik kita seakan bernyawa kembali pada tahun 2007 apabila para pendengar mula menerima muzik-muzik garapan band-band indie. Muzik yang dibawa secara indie ini nyata lebih kreatif, penuh mesej, lebih telus dan jujur dalam berkarya.



Pendengar muzik kita bolehlah dikatakan pendengar yang tegar kerana mereka boleh menerima pelbagai jenis genre muzik untuk santapan halwa telinga mereka. Ironinya pendengar kita masih lagi menanti dan mencari sesuatu yang baru dan segar untuk didengar. Oleh itu, para pemuzik perlu berani melakukan perubahan agar muzik kita tidak tersekat disatu sudut penjuru pemikiran dalam bermuzik. Kita tewas dari segi mentaliti dan usaha sedangkan pemuzik luar aktif mencari pembaharuan dalam karya muzik mereka agar dapat diterima umum. Industri kita pula hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan meriah dengan gosip-gosip dan publisiti-publisiti yang tidak membawa kepada perkembangan industri. So apa yang akan jadi kita punya muzik 10 atau 20 tahun lagi? Mampukah muzik indie ini membawa perubahan kepada industri?


Nota:Ini merupakan hasil penulisan aku yang ke-2 tuk blog lama aku yang mana aku cuba mengupas isu citarasa pendengar muzik kita yang sentiasa berubah-ubah.