Monday, April 5, 2010

Mono Live In Singapore!!!


Ini merupakan band yang sedang di gilai oleh aku skunk ni...ari tu masa band ni turun KL aku tak sempat nak turun coz time tu duit aku ngah kering. So aku cadang nanti ni kalo ada duit lebih aku nak turun Singapore tuk tengok band ni...moga-moga ada la rezeki aku. Huhu...apa-apa pun try la cari dan layan dulu lagu-lagu band ni. Memang layan habis beb!!!!

Caliban Live In KL!!!!!

Bane Live In Kuala Lumpur!!!!

Saturday, April 3, 2010

Youth Music Scene Part 2 2010

Hairan Bin Ajaib?

Sepanjang aku mengikuti scene muzik kita ni aku cukup tak faham akan beberapa perkara yang mampu membuatkan aku menggaru kepala yang tak gatal menandakan bahawa aku sedang dilanda kehairanan. Dalam masa yang sama juga wujud beberapa perkara yang agak ajaib didalam scene muzik kita ni yang membuatkan aku bertambah tak faham dengan situasi yang berlaku. Korang faham tak apa yang cuba katakan ni? Okeylah aku pun tak nak melalut panjang-panjang , nanti takut korang pening pulak. Kat sini ada beberapa perkara atau kes yang telah membuatkan aku hairan dan beberapa perkara yang telah menimbulkan rasa tanda tanya atau ajaib kat diri aku.


Korang ingat lagi tak pasal kes seorang penyanyi ni di banned pasal membuka baju dikhalayak ramai ketika membuat persembahan dikonsert majlis ulang tahun sebuah stesen TV swasta beberapa tahun lepas. Aku cukup hairan ketika itu sebab semua pihak menyalahkan beliau seolah-olah kesalahan yang dia buat tu besar sangat. Memang la penyanyi ni telah melanggar etika peraturan persembahan di Malaysia tapi bagi aku itu cumalah gimik yang tak disengajakan atau mungkin beliau terlampau excited dengan peranan beliau sebagai duta barangan DC hingga terlupa garis panduan persembahan. Yang ajaibnya artis-artis kita yang berkemban dan menayang paha serta lurah-lurah dendam ketika melalui red carpet di majlis-majlis anugerah berprestij tak di gam la pulak. Malahan kita macam berbangga pulak dengan artis-artis yang macam ni. Tu belum kita buka lagi majalah-majalah hiburan yang bercambah kat pasaran, aku tengok dah macam majalah lucah pun ada. Kenapa tak ada pihak pun yang nak banned? Hairan! Hairan!


Media hiburan…aku tengok wartawan media hiburan kita dah jadi macam batu api atau penambah perisa terhadap gosip-gosip dan kontroversi yang kadang-kadang tu macam sengaja dibuat-buat untuk memanaskan lagi keadaan agar jualan bahan-bahan tabloid mereka meningkat. Bagi aku bahan-bahan tabloid ni tak ubah macam sampah sebab benda-benda macam ni bukannya boleh membawa perkembangan kepada industri pun malahan merosakkan lagi industri ada la. Aku tengok sesetengah gosip tu tak ada la menarik sangat tapi bila dah ditambah bahan perasa ajinamoto oleh pihak media maka menjadikan ianya sedap untuk dijamah oleh sesetengah kita. Wartawan hiburan ni kononnya ingin menjadi medium untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat tapi sebaliknya berlaku apabila fakta-fakta sebenar diputar belit. Jangan la asyik dok fikir nak cari salah dan kelemahan orang saja sedangkan diri mereka sendiri pun ada kelemahan. Yang ajaibnya aku tengok wartawan hiburan ni jarang sangat sentuh isu-isu mengenai jatuh bangun seseorang artis itu tapi apa yang selalu disentuh adalah mengenai hal-hal peribadi artis yang boleh menimbulkan kontroversi yang panas. Kalau macam ni la keadaannya maka sampai bila-bila pun muzik kita tak akan berkembang kerana tiadanya kisah-kisah kejayaan artis-artis lama yang boleh dijadikan rujukan artis-artis dan band-band generasi baru. Sebab itu la kita tengok  artis dan band kita banyak menjadikan artis dan band luar sebagai rujukan mereka sampai kita kehilangan identiti muzik kita disebabkan mereka ni tidak tahu akan akar muzik kita  sendiri.


Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang menimbulkan rasa hairan dan ajaib dibenak aku ni tapi memandangkan aku pun dah penat so aku berhenti setakat ni dulu la. Mengenai perkara-perkara yang menimbulkan rasa hairan dan ajaib didalam diri aku ni korang fikir la sendiri. Takkan la aku nak bagitau semua, korang pun kena la fikir sama. Takkan la korang tak perasan kot akan perkara-perkara ni? Atau korang sengaja buat-buat tak perasan? Siapa yang makan cili maka terasalah pedasnya!!!

Wednesday, March 24, 2010

Slam Season Fest Vol. 2

Wednesday, March 3, 2010

Bunyian Seattle


Cuma dalam masa 3 tahun industri muzik memperlihatkan kegemilangan dan kejatuhan satu genre muzik yang baru dimana ianya telah meninggalkan satu legasi melewati zaman. Muzik grunge bermula di Seattle,USA dimana muzik ini berakar umbikan muzik hardcore punk, heavy metal, alternative rock dan juga indie rock. Lirik yang melambangkan penindasan/tekanan dan kemarahan, aktiviti merosakkan instrument selepas persembahan dan juga anti media/anti populariti merupakan sebahagian daripada trademark grunge.
Walaupun bunyian ‘garage recorded’ muzik grunge masih asing pada tahun-tahun 80’an, namun ianya menjadi kegilaan dunia diantara tahun 1991-1994 dengan kemunculan 2 buah band grunge yang cukup hebat iaitu Nirvana dan juga Pearl Jam. Era kegemilangan grunge bermula apabila Nirvana melancarkan album Nevermind pada tahun 1991 dibawah label SubPop, sebuah record label independent yang telah banyak menaungi band-band grunge yang berjaya. Kejayaan album Nevermind telah melonjakkan nama Nirvana diarena muzik mainstream dan telah menyebabkan frontman Nirvana iaitu Kurt Cobain menjadi idola dunia. Situasi ini kekal sehingga ke hari kini manakala ‘the killer song’ Nirvana iaitu ‘Smells Like Teen Spirit’ the diundi sebagai salah satu lagu terhebat sepanjang zaman.
Pada masa yang sama Pearl Jam turut mencatatkan kejayaan melalui lagu-lagu mereka seperti Jeremy,Alive dan juga Once. Seperti Nirvana, Pearl Jam juga turut berhadapan dengan keghairahan pihak media untuk mendapatkan berita –berita sensasi mereka tetapi berjaya ditangani melalui komen/interview yang jarang-jarang dibuat dan juga melalui pendekatan bermain muzik di konsert-konsert yang kecil. Dengan lain perkataan, Pearl Jam meneruskan karier muzik mereka dengan cara dan pendekatan mereka sendiri. Para remaja di Amerika dan juga UK sering memperkatakan mengenai budaya grunge melalui lirik-lirik lagu mereka dan cuba memahami dan menyesuaikannya kedalam pemikiran mereka. Keadaan ini menyebabkan pihak media dikedua-dua negara telah menganugerahkan Kurt Cobain bersama-sama dengan Eddie Vedder dengan gelaran ‘Spokespeople Of Generation X’.
Selain daripada Nirvana dan Pearl Jam, band seperti Tad, Mudhoney dan Soundgarden turut banyak memberi sumbangan bermakna didalam perkembangan muzik grunge. Muzik grunge merupakan genre muzik yang banyak di dominasi oleh kaum lelaki, namun band Hole yang diterajui oleh isteri Kurt Cobain iaitu Courtney Love membuktikan bahawa wanita juga suka memberontak dan mampu menimbulkan kekecohan dengan merosakkan instruments muzik sendiri setanding dengan band-band grunge lelaki yang ada. Ini menunjukkan bahawa grunge bukan hanya untuk golongan lelaki sahaja malahan golongan wanita juga kerana grunge bukan hanya sekadar muzik tetapi lebih kepada budaya berpakaian. Ini bermakna grunge tidak membawa sebarang erti tanpa uniformnya. Sebagai penentang kepada cara berpakaian golongan profesional di Seattle, ’Grungers’ akan muncul dijalanan dengan seluar jeans yang koyak, berkasut Converse dan dengan rambut panjang yang tidak terurus.
Kejatuhan grunge secara tiba-tiba adalah sesuatu yang mengejutkan dunia. Dikala itu Nirvana berada dipuncak kejayaan dengan penjualan album Nevermind sebanyak 10juta salinan di US sahaja. Namun kejayaan tersebut tidak membawa kegembiraan kepada Kurt Cobain sebaliknya membawa tekanan kepada beliau diatas kemasyhuran yang diterima dan pada tanggal 8 April 1994 penyanyi ini telah membunuh diri. Ini telah membawa kepada kejatuhan dan penamat kepada generasi grunge. Pada hari ini band-band seperti Puddle Of Mudd cuba mengembalikan era kegemilangan grunge namun tidak berjaya kerana mereka lebih terarah kepada band rock dimana mereka lebih mudah mendampingi pihak media. Begitu juga dengan bekas drummer Nirvana iaitu Dave Grohl dimana beliau telah membentuk band Foo Fighters dan telah mencapai kejayaan dibawah naungan muzik rock.
Bagi sebuah pergerakan yang bermula di sebuah pekan yang kecil, grunge merupakan sesuatu yang besar dan menakjubkan. Ianya meledak di arena muzik secara tiba-tiba dan kemudiannya hilang secara mengejut dengan cepat. Adalah sukar untuk mempercayai bahawa grunge merupakan salah satu muzik yang menyeronokkan dan juga popular suatu ketika dahulu.