Sunday, April 3, 2011

Kata - Kata Bob Marley

"My music fights against the system that teaches to live and die"-Bob Marley.



Wednesday, October 6, 2010

Apakah Itu Demo, Single, EP Dan LP?


Aku percaya ramai antara kita yang masih tak dapat bezakan antara demo, single, EP dan juga LP dan tak kurang juga yang tak tahu langsung apakah itu demo, single, EP dan LP. Okey kat sini aku akan berkongsi sedikit pengetahuan aku dengan korang pasal benda – benda ni. Actually aku sendiri pun tak dapat nak bezakan antara demo, single, EP dan juga LP. So aku buat la sedikit research and then ni la conclusion yang aku dapat:
Demo – Demo adalah singkatan dari perkataan “demonstration”. Selalunya band akan rekod demo untuk rujukan mereka. Contohnya, sebelum diorang masuk studio untuk rakamkan sesuatu lagu untuk single, EP ataupun album, diorang akan rekod demo untuk mereka dengar dan mungkin perbaiki lagu yang akan dirakamkan tu.
Single – Single selalunya mengandungi satu lagu utama dan dua atau tiga lagu yang orang selalu panggil B-side atau dengan lain perkataan lagu-lagu yang tak ada dalam album. Single ni selalunya akan release sebelum album dikeluarkan sebagai teaser. Lepas album dah keluar, single masih boleh dikeluarkan dan selalunya akan mengandungi lagu yang band nak putarkan di radio. Selalunya run-time untuk sebuah single tidak akan lebih dari 10 minit.
EP(Extended Play) – EP ni singkatan dari perkataan Extended Play dan selalunya mengandungi lebih banyak lagu, selalunya dalam tiga ke empat lagu dengan run-time sepanjang 10-28 minit.
LP @ Album – Album selalunya akan mengandungi 10 atau lebih lagu dengan run-time antara 30 ke 80 minit.

Saturday, September 4, 2010

Masalah - Demo Is Out

Ahli : Farhan(vokal), Palie(vocal/2nd guitar), Am Momo(guitar/keyboard/vokal), E(bass) dan Lano(drum)
Konsep : Powerpop/Pop Punk/Alternatif Grunge
Lagu : 1. Terbang Melayang
          2. Konflik 4 Jiwa
          3. Love Is Life
          4. Besday For Me
          5. Akatsuki Berdansa Syahdu
          6. Global Fantasi
          7. Be Blessed
          8. Boikot
          9. Give Me A Flower
Harga : RM10
Tempahan : http://www.myspace.com/masalahband

Friday, September 3, 2010

The Times - Ballad Of Jimi Acid Limited Edition E.P


Ahli : Naza(vokal,guitar), Mono(vokal,bass), Anwar(guitar) dan Azeezul(drum)
Konsep : Alternative/Rock/Pop/Psychedelic
Lagu : 1. Spektakular
          2. Wanita
          3. Ballad Of Jimi Acid
          4. Bonus Tracks
Harga : RM20(termasuk kos penghantaran)
Tempahan : Mr. Jimi (016-8932001)

Thursday, September 2, 2010

Trivia Negaraku


  • Akta Lagu Kebangsaan 1968 telah menjelaskan bahawa lagu “Negaraku” perlu dipelihara dan tidak boleh dipersendakan. Mereka yang melakukan kesalahan seperti yang termaktub dalam akta ni boleh dihukum.
  • Pada zaman 60′an, lagu “Negaraku” akan dimainkan di panggung wayang setiap kali filem tamat ditayangkan.
  • Lagu “Terang Bulan” pernah digunakan oleh Presiden Sukarno untuk memperlekehkan Malaysia ketika berlakunya Konfrantasi Indonesia-Malaysia 1962-1966.
  • Hattan dan Ning Baizura pernah dikritik hebat di Dewan Rakyat kerana dikatakan menyanyikan lagu “Negaraku” dengan sumbang dalam perlawanan bolasepak sedangkan  penonton yang berlari-lari ketika “Negaraku” berkumandang tak pulak dikata sumbang.
  • Radio Era pernah diberi amaran oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menghentikan spekulasi isu “Negaraku” tiru “Mamula Moon” pada 2005.
  • Pada 2007, seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Taiwan bernama Wee Meng Chee (atau dikenali sebagai Namewee di You Tube) telah menimbulkan kontroversi kerana lagu “Negaraku” versi rapnya yang tersiar di You Tube mengandungi lirik yang menhina negara, bangsa, agama dan kerajaan. Beliau kemudiannya dilaporkan meminta maaf kepada mereka yang rasa terhina kerana video tersebut dalam sebuah akhbar tempatan.
  • Jamaludin Alias merupakan orang pertama yang menyanyikan “Negaraku”. Selain lagu “Negaraku”, beliau turut menyanyikan lagu-lagu patriotik yang lain seperti “Perajurit Tanah Air” dan “Malaysia Berjaya”.

Wednesday, September 1, 2010

Asal Usul Lagu Negaraku


Salam kemerdekaan dan salam Ramadhan kepada semua. Diam tak diam dah 53 tahun negara kita Malaysia merdeka dan sepanjang tempoh tu bermacam-macam sejarah telah tercatat. So sempena kemerdekaan ke-53 negara kita ni aku nak cerita sikit pasal sejarah lagu kebangsaan kita iaitu “Negaraku” dengan harapan semangat patriotik korang terhadap negara semakin menebal. Aku tengok budak-budak sekarang ni dah semakin terhakis la diaorang punya semangat patriotik tu coz terlalu taksub sangat dengan budaya luar. Aku dah bosan untuk melihat dan mendengar diaorang ni mempersenda serta mempermainkan  sesuatu yang dicipta untuk menaikkan semangat cintakan negara dimana simbol-simbol yang dicipta ni menjadi sumber perpaduan dan aspirasi bangsa Malaysia. So dengan penulisan aku ni aku harap dapat menyuburkan semangat patriotik didalam diri mereka dan juga diri kita supaya perjuangan nenek moyang kita lebih dihargai.
Menurut sumber, lagu “Negaraku” di ambil dari lagu negeri Perak yang berasal dari lagu “Terang Bulan” atau “La Rosalie” yang dibawa pulang oleh Sultan Abdullah dari Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri kerana didakwa bersubahat membunuh J.W.W Birch. Lagu “La Rosalie” ni telah dicipta oleh seorang komposer dari Perancis bernama Pierre Jean de Beranger(1780-1857). Lagu “La Rosalie” ini kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan “Allah Lanjutkan Usia Sultan” seterusnya dijadikan lagu rasmi negeri Perak. Sementara itu, satu produksi bangsawan Indonesia telah memperkenalkan “La Rosalie” kepada umum ketika mereka mengadakan persembahan di Singapura. Melodi asal lagu itu telah diberi sentuhan keroncong. Tajuknya ditukar kepada “Trang Boelan” dan liriknya pula bertemakan cinta. Walaupun asas melodinya sama dengan lagu rasmi negeri Perak, “Trang Boelan” juga menjadi siulan dan dimainkan di parti-parti di Indonesia dan Malaya sekitar tahun 20-an dan 30-an.
Sejurus selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu iaitu pada tahun 1948 dan setelah terciptanya bendera asas kepada Jalur Gemilang sehinggalah 1965, tiada usaha dijalankan untuk mencipta satu lagu kebangsaan yang diterima pakai sebagai lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk memilih lagu kebangsaan. Berdasarkan cadangan beliau, pertandingan antarabangsa telah diadakan dan sebanyak 514 penyertaan diterima dari seluruh pelusuk dunia. Jawatankuasa pemilihan mendapati 4 buah penyertaan yang layak untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan iaitu lagu-lagu hasil ciptaan Benjamin Britten, Sir William Walton, Carlo Minetti dan Zubir Said.
Walaubagaimanapun penyertaan terpilih ni masih tidak dapat memenuhi kehendak ahli-ahli jawatankuasa dalam pemilihan lagu kebangsaan. Pihak jawatankuasa mengambil keputusan untuk meneliti 11 lagu-lagu rasmi negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu untuk dipilih sebagai lagu kebangsaan. Akhirnya pihak jawatankuasa membuat keputusan pada 5 Ogos 1957 dan mengambil irama rasmi negeri Perak berdasarkan ciri-ciri tradisional yang ada pada irama lagu tersebut. Lagu rasmi negeri Perak telah diubahsuai dan lirik lagu kebangsaan ditulis oleh ahli-ahli panel jawatankuasa pemilihan dan Tunku Abdul Rahman sendiri.
Itulah serba sedikit sejarah ringkas lagu “Negaraku” yang dapat aku tulis. Aku ingin meminta maaf jika penulisan aku ni tersilap beberapa fakta. Namun begitu sepanjang penulisan ini aku terfikirkan sesuatu,”Alangkah baiknya jika lagu “Negaraku” ini datang dari idea yang asal atau asli.” Hmmm…??? Korang fikir la sindiri…

Wednesday, August 18, 2010

Muzik Merubah Duniya

"Music can change the world because it can change people" - Bono,U2.