Wednesday, March 24, 2010

Slam Season Fest Vol. 2

Wednesday, March 3, 2010

Bunyian Seattle


Cuma dalam masa 3 tahun industri muzik memperlihatkan kegemilangan dan kejatuhan satu genre muzik yang baru dimana ianya telah meninggalkan satu legasi melewati zaman. Muzik grunge bermula di Seattle,USA dimana muzik ini berakar umbikan muzik hardcore punk, heavy metal, alternative rock dan juga indie rock. Lirik yang melambangkan penindasan/tekanan dan kemarahan, aktiviti merosakkan instrument selepas persembahan dan juga anti media/anti populariti merupakan sebahagian daripada trademark grunge.
Walaupun bunyian ‘garage recorded’ muzik grunge masih asing pada tahun-tahun 80’an, namun ianya menjadi kegilaan dunia diantara tahun 1991-1994 dengan kemunculan 2 buah band grunge yang cukup hebat iaitu Nirvana dan juga Pearl Jam. Era kegemilangan grunge bermula apabila Nirvana melancarkan album Nevermind pada tahun 1991 dibawah label SubPop, sebuah record label independent yang telah banyak menaungi band-band grunge yang berjaya. Kejayaan album Nevermind telah melonjakkan nama Nirvana diarena muzik mainstream dan telah menyebabkan frontman Nirvana iaitu Kurt Cobain menjadi idola dunia. Situasi ini kekal sehingga ke hari kini manakala ‘the killer song’ Nirvana iaitu ‘Smells Like Teen Spirit’ the diundi sebagai salah satu lagu terhebat sepanjang zaman.
Pada masa yang sama Pearl Jam turut mencatatkan kejayaan melalui lagu-lagu mereka seperti Jeremy,Alive dan juga Once. Seperti Nirvana, Pearl Jam juga turut berhadapan dengan keghairahan pihak media untuk mendapatkan berita –berita sensasi mereka tetapi berjaya ditangani melalui komen/interview yang jarang-jarang dibuat dan juga melalui pendekatan bermain muzik di konsert-konsert yang kecil. Dengan lain perkataan, Pearl Jam meneruskan karier muzik mereka dengan cara dan pendekatan mereka sendiri. Para remaja di Amerika dan juga UK sering memperkatakan mengenai budaya grunge melalui lirik-lirik lagu mereka dan cuba memahami dan menyesuaikannya kedalam pemikiran mereka. Keadaan ini menyebabkan pihak media dikedua-dua negara telah menganugerahkan Kurt Cobain bersama-sama dengan Eddie Vedder dengan gelaran ‘Spokespeople Of Generation X’.
Selain daripada Nirvana dan Pearl Jam, band seperti Tad, Mudhoney dan Soundgarden turut banyak memberi sumbangan bermakna didalam perkembangan muzik grunge. Muzik grunge merupakan genre muzik yang banyak di dominasi oleh kaum lelaki, namun band Hole yang diterajui oleh isteri Kurt Cobain iaitu Courtney Love membuktikan bahawa wanita juga suka memberontak dan mampu menimbulkan kekecohan dengan merosakkan instruments muzik sendiri setanding dengan band-band grunge lelaki yang ada. Ini menunjukkan bahawa grunge bukan hanya untuk golongan lelaki sahaja malahan golongan wanita juga kerana grunge bukan hanya sekadar muzik tetapi lebih kepada budaya berpakaian. Ini bermakna grunge tidak membawa sebarang erti tanpa uniformnya. Sebagai penentang kepada cara berpakaian golongan profesional di Seattle, ’Grungers’ akan muncul dijalanan dengan seluar jeans yang koyak, berkasut Converse dan dengan rambut panjang yang tidak terurus.
Kejatuhan grunge secara tiba-tiba adalah sesuatu yang mengejutkan dunia. Dikala itu Nirvana berada dipuncak kejayaan dengan penjualan album Nevermind sebanyak 10juta salinan di US sahaja. Namun kejayaan tersebut tidak membawa kegembiraan kepada Kurt Cobain sebaliknya membawa tekanan kepada beliau diatas kemasyhuran yang diterima dan pada tanggal 8 April 1994 penyanyi ini telah membunuh diri. Ini telah membawa kepada kejatuhan dan penamat kepada generasi grunge. Pada hari ini band-band seperti Puddle Of Mudd cuba mengembalikan era kegemilangan grunge namun tidak berjaya kerana mereka lebih terarah kepada band rock dimana mereka lebih mudah mendampingi pihak media. Begitu juga dengan bekas drummer Nirvana iaitu Dave Grohl dimana beliau telah membentuk band Foo Fighters dan telah mencapai kejayaan dibawah naungan muzik rock.
Bagi sebuah pergerakan yang bermula di sebuah pekan yang kecil, grunge merupakan sesuatu yang besar dan menakjubkan. Ianya meledak di arena muzik secara tiba-tiba dan kemudiannya hilang secara mengejut dengan cepat. Adalah sukar untuk mempercayai bahawa grunge merupakan salah satu muzik yang menyeronokkan dan juga popular suatu ketika dahulu.