Saturday, January 2, 2010

Keseronokan Yang Kian Di Lupakan


Akhirnya pengajian semester baru dibuka kembali setelah hampir 2 bulan aku bercuti. Ini menandakan penyeksaan aku telah berakhir apabila sepanjang cuti semester ni aku hampir – hampir ‘mati kebosanan’ akibat ketiadaan aktiviti – aktiviti menyeronok yang dapat dilakukan bagi mengisi masa aku yang terluang. Keadaan ini telah memaksa aku untuk menyelongkar kembali koleksi khazanah muzik aku bagi merawat kebosanan aku yang telah berada ditahap kritikal pada ketika itu. Koleksi khazanah muzik aku ini mengandungi kaset, CD dan DVD yang terdiri daripada produk -produk DIY(Do It Yourself)  seperti EP dan demo, album dan juga DVD – DVD konsert.
Dengan mendengar kembali beberapa material dari koleksi muzik aku ini maka aku merasakan kebosanan aku terubat sedikit tetapi dalam masa yang sama juga aku merasakan ada kekurangan dan sesuatu tak kena dengan koleksi muzik aku. Setelah beberapa ketika aku berfikir dan mencari sebabnya, akhirnya aku menyedari sesuatu iaitu koleksi muzik aku hanya terdiri daripada material – material lama(yang paling baru pun hanya 2 -3 material dari tahun lepas). Ini membuatkan aku teringat kembali ketika zaman sekolah dulu dimana pada ketika itu aku cukup galak dan giat mengumpul material – material muzik untuk dibuat koleksi. Aku cukup teruja dan sentiasa ternanti – nanti buah tangan atau material terbaru dari setiap band, malahan aku sanggup berlapar di sekolah semata – mata nak kumpul duit bagi memastikan aku tidak akan terlepas untuk mendapatkan setiap material muzik terbaru dipasaran. Walaupun aku terpaksa berlapar tetapi aku rasa cukup gembira dan puas hati setelah berjaya mendapatkan setiap material terbaru, tambah – tambah lagi kalau lagu – lagu kat dalam best – best semuanya…jawabnya 24 jam la aku asyik dok dengar CD yang sama je.
Tetapi kini semua keseronokan yang pernah aku rasainya dulu seakan – akan telah hilang dari diri aku. Dengan teknologi sekarang yang sentiasa berubah – ubah masyarakat kita lebih selesa untuk mendownloadnya saja di internet, ini termasuklah juga aku…hehe. Jika sebelum ni aku cukup teruja untuk mendapatkan setiap material terbaru dipasaran tetapi kini semua perasaan tu kian hilang dimamah waktu…hanya perasaan hambar je la yang ada. Yela macam mana la aku tak merasa hambar, bila kuar album atau lagu baru je aku just kena duduk depan laptop and then search tuk album or lagu yang aku nak tu. Lepas dah jumpa album or lagu yang aku nak tu aku just kena tekan ‘download’ and then tunggu la aku macam orang bodoh sampai la lagu tu abis didownload semuanya. Setelah lagu abis didownload maka boleh la aku layan lagu tu sampai lebam…senang bukan? Memang la keadaan macam ni menyenangkan tetapi dalam masa yang sama keadaan ini agak membosankan dan tak exciting langsung.
Situasi ni telah membuat aku berfikir kembali…mengapa teknologi yang menyenangkan aku ini tidak mampu membuat aku gembira? Mungkin kurangnya penglibatan diri aku dalam proses untuk mendapatkan setiap material muzik itu membuatkan ianya jadi begini. Sebelum ini aku menghabiskan banyak masa didalam proses untuk mendapatkan setiap material muzik terbaru dan mungkin ini telah membuatkan aku lebih menghargai setiap material muzik yang aku dapat tu…pasal tu la aku rasa gembira. Aku percaya ramai antara kita yang semakin melupakan budaya mengumpul material muzik untuk dibuat koleksi…bagi aku ianya merupakan suatu budaya yang menarik dan mempunyai valuenya yang tersendiri.


Friday, January 1, 2010

Kekecelaruan Identiti

Slalunya bila kita ke sesebuah majlis perkahwinan kat Malaysia ni kita akan  mendengar lagu-lagu Melayu 60'an berkumandang atau sekurang-kurangnya lagu-lagu tradisional Melayu. Tapi skunk ni aku perhatikan majlis perkahwinan dah tak macam dulu lagi dah...majlis perkahwinan skunk ni tiada lagi kedengaran irama-irama Melayu tapi digantikan pula dengan lagu-lagu luar seperti lagu-lagu Hindustan dan lagu-lagu Siam. Apa ni? Dah tak da sangat dah ka lagu Melayu sampai terpaksa pasang lagu Hindustan di majlis perkahwinan orang Melayu? Tak rasa pelik ke bila kita pi ke majlis perkahwinan orang Melayu yang sepatutnya kaya dengan pelbagai adat kemelayuan yang unik tiba-tiba dicelah-celahnya kedengaran lagu Hindustan? Kalo cam ni aku rasa lebih baik adat kemelayuan didalam majlis perkahwinan seperti persembahan silat digantikan ja dengan pertunjukan silambam. Baru r sesuai beb!!! Kalo cam ni la gaya kuatnya pengaruh lagu luar ke atas orang Melayu, apa la nasib yang bakal menimpa pada lagu-lagu Melayu dan adat Melayu pada masa akan datang ni? Hmmm...tepuk otak dan tanya akal. Huhu...