Showing posts with label My Opinions. Show all posts
Showing posts with label My Opinions. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

SPONSORED VIDEO : GENIUS MUSIC + SUPERB TECHNOLOGY = INTELLIGENT SOUNDS



Apabila Uda dan Dara bertemu maka wujudlah satu kisah cinta sejati yang diingati sehingga ke hari ini. Tetapi apabila ‘Genius Music’ yang dihasilkan oleh Flume dan ‘Superb Technology’ yang diilhamkan oleh Intel bertemu maka wujudlah satu filem pendek yang dikenali sebagai ‘Intelligent Sounds’. Aku percaya, seperti juga kisah cinta Uda dan Dara yang menjadi perintis kepada kisah-kisah cinta agung yang lain, ‘Intelligent Sounds’ juga akan menjadi pioneer didalam bidangnya secara tersendiri.

Sesuai dengan tujuan asal kolaborasi ini iaitu untuk membuktikan keupayaan tablet beroperasi dengan menggunakan cip pemprosesan yang dihasilkan oleh Intel. Ramai yang mengetahui keupayaan cip pemprosessan Intel di komputer tetapi tidak ramai yang mengetahui akan keupayaan cip pemprosesan Intel ini di dalam tablet. Jadi kempen ini  dilancarkan bagi memastikan mesej ini sampai kepada masyarakat dan maka terbentuklah kerjasama yang hebat ini.

Flume atau dikenali juga sebagai Harley Streten berasal dari Sydney, Australia. Beliau mula berminat menghasilkan muzik sekitar umur 13 tahun lagi. Karier muzik beliau bermula pada tahun 2011 apabila dilamar oleh label Future Classic. Album sulung beliau yang dikeluarkan pada tahun 2012 meraih kejayaan yang mengagumkan di negaranya dan diatas kejayaan itu album tersebut dipasarkan pula di negara luar. Album ini secara tak langsung membawa pelbagai pengiktirafan dan pencapaian kepada beliau.

Intel Corporation adalah sebuah syarikat multinational Amerika yang menghasilkan cip semikonduktor yang berpengkalan di Santa Clara, California. Nama Intel adalah singkatan dari Intregrated Electronics. Selain dari cip semikonduktor Intel juga mengeluarkan peralatan komunikasi dan komputer yang lain seperti motherboard dan cip grafik. Berdasarkan keuntungan, Intel merupakan pengeluar cip semikonduktor yang terbesar dan bernilai tinggi di dunia.

Projek ini mengambil masa selama 12 minggu dengan lebih 60 buah tablet digunakan dalam pelbagai cara dan fungsi untuk membentuk sebuah ‘live performance’. Ianya terdiri daripada ‘Felix The Robot Conductor”, rakan-rakan bandnya iaitu tablet yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel dan bersama instrument masing-masing dengan mempersembahkan lagu dari Flume. Ini digabungkan pula dengan sudut pengcahayaan yang mengagumkan seakan-akan sebuah konsert menjadikan ianya lebih berjiwa dan hidup.


Mengulas mengenai projek ini, Flume berkata,”I love the challenge of writing music for a particular project and a defined theme. I find working within these boundaries inspires, rather than limits, creativity. This project was a great opportunity to showcase what can be achieved when technology, innovation and creativity come together.” Untuk menghayati ‘Intelligent Sounds’ yang mengagumkan ini ada boleh lihat di atas sana.


“POST SPONSORED BY INTEL”

Sunday, September 22, 2013

Di Mana Letakknya Attitude Music Speaks Louder Than Words (MSLTW)?

Banyak betol komen dan mesej yang gua trima dalam emel, WeChat, WhatsApp, Facebook, Twitter dan banyak lagi bertanyakan tentang dimana letaknya attitude MSLTW di dalam blog ini? Ada yang kata blog gua ni dah mati, sell out, syok sindri, tak best, poyo dan 1001 kata lagi yang sewaktu dengannya. Tak apa, gua abaikan aja kata-kata sampah itu!!!  Kalo nak puaskan hati semua pihak memang payah…jadi gua buat aja ikut cara gua!!! Lagipun ni blog gua, jadi terpulang la pada gua nak corakkannya macam mana…buat apa gua nak peduli ngan kata-kata yang nak menjatuhkan tu ye tak? Huhu…

Berbalik kepada dimana letaknya attitude MSLTW tadi ni…pertama skali gua nak suma orang tau yang  gua mula berblogging ni dalam tahun 2008, kalo tak silap gua la. Ketika tu gua ngah blaja kat UiTM Arau Perlis dalam bidang marketing, gua diperkenalkan dengan duniya blogging ni oleh seorang member sekuliah. Memandangkan bidang yang kami amik ni ada kena mengena ngan bidang bisnes gak maka member gua ni mencadangkan supaya gua buat blog dan pilih satu produk atau perkhidmatan tuk dijual melalui blog tersebut bagi mencari duit poket tuk menampung perbelanjaan blaja gua…tapi gua tak ada idea nak jual apa? Jadi member gua bagi cadangan lain plak, dia suruh gua buat blog dan menulis didalamnya mengenai sesuatu yang gua minat atau sesuatu bidang yang gua pakar.

Terus gua kata gua minat muzik, tapi gua tak da la pakar atau arif sangat dalam bidang ni. Dia kata tak apa, dia suruh gua teruskan ja…dia bagi gua semangat dan dorongan tuk teruskan. Dua tiga minggu lepas tu gua perah otak mencari konsep, domain name dan nama tuk blog gua tu. Gua mintak tolong kat member gua suruh belikan domain name tuk blog gua tu sebab gua still lagi baru dalam dalam bidang ni…tak tau nak uruskan cam na. Akhirnya gua menggunakan domain name indieact.net dan nama blog gua adalah Music Can Be A Catalyst For The Changes…ianya diambil dari kulit album Plague Of Happiness yang berjudul Kawan. Maka bermula la hidup gua sebagai seorang blogger…

Tujuan utama gua buat blog pada ketika itu adalah hanya sekadar suka-suka tuk kongsi ilmu dan pendapat gua tentang muzik. Gua tengok pada ketika itu still lagi ada golongan yang kolot pemikirannya…mereka ni terdiri dari tiga golongan. Golongan pertama adalah golongan yang pikir muzik ni hanya membawa unsur-unsur negatif saja, golongan kedua adalah golongan yang hanya ikut sesuatu muzik itu tanpa mengetahui apa-apa pun tentang muzik tu dan golongan ketiga adalah golongan yang terlalu fanatik ngan sesuatu muzik tu sampai tak boleh trima muzik lain. Jadi gua rasa gua perlu perbetulkan keadaan ini…apa yang gua cuba sampaikan di sini adalah muzik sepatutnya menjadi medium kepada perubahan yang baik dan bukannya perubahan yang sebaliknya.



Tapi indieact.net atau Music Can Be A Catalyst For The Changes hanya bertahan selama setahun saja…selepas itu ianya berkubur begitu sahaja. Setelah setahun gua cuba analisis keberkesanan indieact.net dan gua dapati ianya hanyalah satu projek blog yang gagal!!! Sebabnya gua dapati gua gagal ubah apa yang gua cuba ubah iaitu tiga golongan tadi ni. Antara sebab kegagalannya adalah gua jarang update blog tu dan gua manjadikan blog tu sebagai bahan eksperimen atau latihan kepada gua tuk mengenali lebih mendalam lagi tentang selok belok duniya blogging ini. Maksudnya disini blog Music Can Be A Catalyst For The Changes hanyalah batu loncatan kepada gua tuk belajar mengenali duniya blogging secara detail.

Pada penghujung tahun2009 gua memulakan projek blog muzik terbaru gua iaitu makantidurmuzik.blogspot.com yang kekal sehingga hari ini. Walaupun pernah menghadapi kegagalan sebelom ini, tapi semangat gua still lagi tak luntur untuk terus memperjuangkan niat gua bagi menjadikan muzik pemangkin kepada perubahan yang baik. Jadi gua cuba memberi nafas dan menggunakan kaedah yang baru bagi menarik minat tiga golongan sasar tadi. Gua rasakan dengan cara penulisan atau dengan menggunakan perkataan saja tidak mampu untuk memecah tembok pemikiran mereka ini. Jadi gua rasa gua perlu mengetengahkan muzik itu sendiri kepada mereka supaya mereka dapat menilai dan mengkajinya sendiri.

Seperti juga kita belajar di sekolah, jika selalu sangat disuap dan didodoikan tanpa perlu kita berusaha akan membuatkan kita menjadi malas dan tak produktif. Kita mungkin akan dapat apa yang disampaikan, tapi adakah kita akan dapat 100% apa yang di sampaikan? Sudah tentu tidak bukan? Untuk dapat 100% apa yang disampaikan kita perlu berusaha sendiri misalnya dengan membuat latihan dan mencari buku rujukan tambahan. Jika kita tidak dapat 100% pun tapi cuma dapat 75% sahaja itu sudah memadai bagi gua kerna ianya lebih baik dari kita dapat 35% sahaja tanpa berusaha apa-apa.

Dan itulah apa yang gua cuba buat atau ketengahkan didalam blog ini…gua cuba menolong kawan-kawan band suma ngan cuba mempromosikan muzik mereka kepada umum dengan harapan muzik mereka ini dapat merubah golongan sasar tadi ni. Gua juga berharap apabila golongan sasar ini mendengar sesuatu muzik yang gua tolong promotekan, mereka akan mencari inisiatif sindri untuk mengkaji muzik yang mereka dengar itu. Gua dah tak larat nak suap…bukan sebab gua dah berputus asa, tapi di sebabkan oleh kekangan masa. Gua uruskan blog ni sorang-sorang saja, jadi masa gua agak terhad tuk menulis di sini…dan disebabkan itu gua menamakan blog gua ini MSLTW.

Akhir kata ini adalah attitude MSLTW cara gua…kalo lu all tak boleh trima dan ikut ngan cara gua tak apa lu all ikut ja cara lu all. Tapi jangan dipersoalkan lagi cara gua…kita perjuangkan ikut cara masing-masing demi nama muzik. Kepada yang boleh trima cara gua teruskan menyokong…gua tak mintak pun dipuji, diberi penghargaan atau pun di taja. Apa yang gua mintak hanya sokongan dan dorongan!!! Kita gaduh-gaduh dan berbalah sesama kita pun tak guna!!! Jangan banyak sangat bercakap, takut-takut nanti orang naik meluat…skali skala cuba bertindak sama. Ni cakap ja banyak tapi apa sumbangan lu tuk menolong kawan-kawan band kita suma? Huhu…

Wednesday, August 11, 2010

Lagu Bertemakan Ketuhanan

Masyarakat di duniya menggunakan muzik sebagai salah satu medium untuk pentaskan budaya masing-masing di samping menyampaikan ideologi-ideologi berteraskan kepercayaan ,apa yang tersirat dan pemahaman antara mereka. Contohnya di Jepun, popular ngan muzik J-popnya...di Jamaica dengan muzik reggae mereka, itu pilihan masing-masing. Di Malaysia pula masyarakat kita lebih memandang muzik tu sebagai sesuatu yang negatif...terutama skali genre muzik keras seperti muzik metal. Tak terkecuali gak jadi mangsa adalah muzik-muzik dari genre lain seperti grunge, dangdut, punk, rock dan pop...genre muzik yang positif di mata masyarakat kita hanya satu iaitu genre muzik nasyid.

Apabila kita menyebut tentang muzik nasyid, ianya akan lebih dikaitkan tentang lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan. Betol tak? Kita lupa bahawa genre-genre muzik lain seperti hip-hop dan punk ni gak ada yang membawakan lagu-lagu yang bertemakan ketuhanan. Misalnya kumpulan Too Phat dengan lagu 'Alhamdulillah' mereka, mereka ni bukanlah dalam kategori nasyid kerana mereka membawakan genre muzik hip-hop. Contoh lain adalah seperti kumpulan pop Indonesia Ungu, mereka membawakan lagu berteraskan ketuhanan melalui lagu 'Andaiku Tahu'.

So anda rasa bagaimana? Wajarkah genre-genre muzik selain dari nasyid ni terus dipandang sepi? Aku rasa tak kot...yela lagu-lagu nasyid ni pun bukannya suma berteraskan ketuhanan, ada gak lagu-lagu nasyid yang berteraskan cinta kan? Begitu gak la dengan genre-genre muzik lain ni...tak sumanya bersifat negatif. Jangan la kerna nila setitik, rosak abis susu sebelanga...tak patut sangat kan? Lagipun tuk mencipta lagu-lagu ketuhanan ni ianya memerlukan keikhlasan yang tinggi dari penciptan lagunya...kreativiti takkan terbatas disebabkan sesuatu genre muzik yang dibawakan oleh sesorang pemuzik tu. Yang penting niat tuk menyampaikan mesej ketuhanan tu kena la lahir dari hati...

Saturday, May 1, 2010

Muzik Dalam Teater Malaysia


Menurut Prof. Dr. Mohamed Ghouse Nasuruddin, bangsawan sudah mula menapak di Pulau Pinang pada lewat tahun 1870-an lagi. Bangsawan dibawa masuk oleh para pedagang India The East India Company. Kemunculan bangsawan dipercayai hasil daripada pengaruh wayang Parsi atau Mendu. Kehadiran bangsawan juga membawa bersama jenis muzik popular Malaysia apabila pemuzik bangsawan menjadi perintis dalam mempopularkan muzik gabungan elemen-elemen tradisi Malaysia.
Krishen Jit seorang guru, ikon dan aktivis dalam teater kontemporari di Malaysia selama ini pun berpendapat bahawa drama/teater purbawara dan bangsawan sudah pasti wujud pada zaman lama sebelum merdeka lagi dan merupakan teater yang pertama sekali wujud di Malaysia. Drama dan teater sebegini menceritakan kehebatan Kerajaan Melayu dan orang serta watak-watak kenamaan dalam sejarah Melayu. Muzik iringan dimainkan secara langsung untuk mengiringi lagu-lagu bangsawan dan juga sebagai muzik latar. Maka muzik dalam teater bangsawan adalah satu komponen utama dalam teater disamping para pemuzik dapat mencari rezeki sebagai pemuzik profesional ketika itu.
Institusi Malayan Arts Theatre Group (MATG) ditubuhkan pada tahun 1950-an oleh kaum orang putih dan kemudiannya bertukar tangan kepada orang Malaysia. Institusi ini ditutup pada tahun 1978. Teater dan drama Cina, India dan Melayu pun wujud dalam konteks bahasa masing-masing disamping teater Barat. Bagaimanapun, kebanyakan pemuzik yang melibatkan diri dalam kumpulan teater atau drama seperti ini pada zaman selepas zaman bangsawan tidak boleh dianggap sebagai pemuzik profesional kerana punca rezeki mereka tidaklah hanya daripada teater. Penglibatan mereka adalah lebih kerana minat disebabkan mereka mempunyai kerja atau karier lain.
Muzik teater ialah muzik yang mendukung pementasan dalam petunjukan teater baik yang bersifat instrumen mahupun lagu yang menghidupkan suasana di beberapa adegan dan babak dalam sesuatu pertunjukan. Muzik teater terdiri daripada muzik pembuka, muzik pengiring, muzik suasana dan muzik penutup. Muzik pembuka ialah muzik diawal pertunjukan teater yang berfungsi untuk merangsang imaginasi penonton dalam memberi sedikit gambaran tentang teater yang akan disajikan. Muzik pengiring pula merupakan muzik yang digunakan untuk mengiringi pertunjukan di beberapa adegan pertunjukan teater atau perpindahan adegan. Muzik pengiring berfungsi untuk memberikan sentuhan indah dan manis agar ritma permainan seimbang dengan adegan lakonan(tidak semua adegan diberikan muzik, hanya adegan-adegan tertentu sahaja)seperti suasana, lampu dan kostum.
Muzik suasana ialah muzik yang menghidupkan irama permainan serta suasana dalam pertunjukan teater baik sedih, gembira mahupun tragis. Muzik suasana bertindak untuk memberikan roh permainan yang menarik, indah dan terlihat jelas antara klimaks dan anti-klimaksnya. Muzik penutup pula merupakan muzik terakhir sebagai penutup dalam pementasan teater. Muzik penutup berfungsi untuk memberikan kesan kepada penonton hasil dari pertunjukan teater yang disajikan baik yang bersifat buruk, gembira, sedih dan sebagainya lagi untuk pengajaran dan nilai moral kepada penonton.

Saturday, April 3, 2010

Hairan Bin Ajaib?

Sepanjang aku mengikuti scene muzik kita ni aku cukup tak faham akan beberapa perkara yang mampu membuatkan aku menggaru kepala yang tak gatal menandakan bahawa aku sedang dilanda kehairanan. Dalam masa yang sama juga wujud beberapa perkara yang agak ajaib didalam scene muzik kita ni yang membuatkan aku bertambah tak faham dengan situasi yang berlaku. Korang faham tak apa yang cuba katakan ni? Okeylah aku pun tak nak melalut panjang-panjang , nanti takut korang pening pulak. Kat sini ada beberapa perkara atau kes yang telah membuatkan aku hairan dan beberapa perkara yang telah menimbulkan rasa tanda tanya atau ajaib kat diri aku.


Korang ingat lagi tak pasal kes seorang penyanyi ni di banned pasal membuka baju dikhalayak ramai ketika membuat persembahan dikonsert majlis ulang tahun sebuah stesen TV swasta beberapa tahun lepas. Aku cukup hairan ketika itu sebab semua pihak menyalahkan beliau seolah-olah kesalahan yang dia buat tu besar sangat. Memang la penyanyi ni telah melanggar etika peraturan persembahan di Malaysia tapi bagi aku itu cumalah gimik yang tak disengajakan atau mungkin beliau terlampau excited dengan peranan beliau sebagai duta barangan DC hingga terlupa garis panduan persembahan. Yang ajaibnya artis-artis kita yang berkemban dan menayang paha serta lurah-lurah dendam ketika melalui red carpet di majlis-majlis anugerah berprestij tak di gam la pulak. Malahan kita macam berbangga pulak dengan artis-artis yang macam ni. Tu belum kita buka lagi majalah-majalah hiburan yang bercambah kat pasaran, aku tengok dah macam majalah lucah pun ada. Kenapa tak ada pihak pun yang nak banned? Hairan! Hairan!


Media hiburan…aku tengok wartawan media hiburan kita dah jadi macam batu api atau penambah perisa terhadap gosip-gosip dan kontroversi yang kadang-kadang tu macam sengaja dibuat-buat untuk memanaskan lagi keadaan agar jualan bahan-bahan tabloid mereka meningkat. Bagi aku bahan-bahan tabloid ni tak ubah macam sampah sebab benda-benda macam ni bukannya boleh membawa perkembangan kepada industri pun malahan merosakkan lagi industri ada la. Aku tengok sesetengah gosip tu tak ada la menarik sangat tapi bila dah ditambah bahan perasa ajinamoto oleh pihak media maka menjadikan ianya sedap untuk dijamah oleh sesetengah kita. Wartawan hiburan ni kononnya ingin menjadi medium untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat tapi sebaliknya berlaku apabila fakta-fakta sebenar diputar belit. Jangan la asyik dok fikir nak cari salah dan kelemahan orang saja sedangkan diri mereka sendiri pun ada kelemahan. Yang ajaibnya aku tengok wartawan hiburan ni jarang sangat sentuh isu-isu mengenai jatuh bangun seseorang artis itu tapi apa yang selalu disentuh adalah mengenai hal-hal peribadi artis yang boleh menimbulkan kontroversi yang panas. Kalau macam ni la keadaannya maka sampai bila-bila pun muzik kita tak akan berkembang kerana tiadanya kisah-kisah kejayaan artis-artis lama yang boleh dijadikan rujukan artis-artis dan band-band generasi baru. Sebab itu la kita tengok  artis dan band kita banyak menjadikan artis dan band luar sebagai rujukan mereka sampai kita kehilangan identiti muzik kita disebabkan mereka ni tidak tahu akan akar muzik kita  sendiri.


Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang menimbulkan rasa hairan dan ajaib dibenak aku ni tapi memandangkan aku pun dah penat so aku berhenti setakat ni dulu la. Mengenai perkara-perkara yang menimbulkan rasa hairan dan ajaib didalam diri aku ni korang fikir la sendiri. Takkan la aku nak bagitau semua, korang pun kena la fikir sama. Takkan la korang tak perasan kot akan perkara-perkara ni? Atau korang sengaja buat-buat tak perasan? Siapa yang makan cili maka terasalah pedasnya!!!

Saturday, January 2, 2010

Keseronokan Yang Kian Di Lupakan


Akhirnya pengajian semester baru dibuka kembali setelah hampir 2 bulan aku bercuti. Ini menandakan penyeksaan aku telah berakhir apabila sepanjang cuti semester ni aku hampir – hampir ‘mati kebosanan’ akibat ketiadaan aktiviti – aktiviti menyeronok yang dapat dilakukan bagi mengisi masa aku yang terluang. Keadaan ini telah memaksa aku untuk menyelongkar kembali koleksi khazanah muzik aku bagi merawat kebosanan aku yang telah berada ditahap kritikal pada ketika itu. Koleksi khazanah muzik aku ini mengandungi kaset, CD dan DVD yang terdiri daripada produk -produk DIY(Do It Yourself)  seperti EP dan demo, album dan juga DVD – DVD konsert.
Dengan mendengar kembali beberapa material dari koleksi muzik aku ini maka aku merasakan kebosanan aku terubat sedikit tetapi dalam masa yang sama juga aku merasakan ada kekurangan dan sesuatu tak kena dengan koleksi muzik aku. Setelah beberapa ketika aku berfikir dan mencari sebabnya, akhirnya aku menyedari sesuatu iaitu koleksi muzik aku hanya terdiri daripada material – material lama(yang paling baru pun hanya 2 -3 material dari tahun lepas). Ini membuatkan aku teringat kembali ketika zaman sekolah dulu dimana pada ketika itu aku cukup galak dan giat mengumpul material – material muzik untuk dibuat koleksi. Aku cukup teruja dan sentiasa ternanti – nanti buah tangan atau material terbaru dari setiap band, malahan aku sanggup berlapar di sekolah semata – mata nak kumpul duit bagi memastikan aku tidak akan terlepas untuk mendapatkan setiap material muzik terbaru dipasaran. Walaupun aku terpaksa berlapar tetapi aku rasa cukup gembira dan puas hati setelah berjaya mendapatkan setiap material terbaru, tambah – tambah lagi kalau lagu – lagu kat dalam best – best semuanya…jawabnya 24 jam la aku asyik dok dengar CD yang sama je.
Tetapi kini semua keseronokan yang pernah aku rasainya dulu seakan – akan telah hilang dari diri aku. Dengan teknologi sekarang yang sentiasa berubah – ubah masyarakat kita lebih selesa untuk mendownloadnya saja di internet, ini termasuklah juga aku…hehe. Jika sebelum ni aku cukup teruja untuk mendapatkan setiap material terbaru dipasaran tetapi kini semua perasaan tu kian hilang dimamah waktu…hanya perasaan hambar je la yang ada. Yela macam mana la aku tak merasa hambar, bila kuar album atau lagu baru je aku just kena duduk depan laptop and then search tuk album or lagu yang aku nak tu. Lepas dah jumpa album or lagu yang aku nak tu aku just kena tekan ‘download’ and then tunggu la aku macam orang bodoh sampai la lagu tu abis didownload semuanya. Setelah lagu abis didownload maka boleh la aku layan lagu tu sampai lebam…senang bukan? Memang la keadaan macam ni menyenangkan tetapi dalam masa yang sama keadaan ini agak membosankan dan tak exciting langsung.
Situasi ni telah membuat aku berfikir kembali…mengapa teknologi yang menyenangkan aku ini tidak mampu membuat aku gembira? Mungkin kurangnya penglibatan diri aku dalam proses untuk mendapatkan setiap material muzik itu membuatkan ianya jadi begini. Sebelum ini aku menghabiskan banyak masa didalam proses untuk mendapatkan setiap material muzik terbaru dan mungkin ini telah membuatkan aku lebih menghargai setiap material muzik yang aku dapat tu…pasal tu la aku rasa gembira. Aku percaya ramai antara kita yang semakin melupakan budaya mengumpul material muzik untuk dibuat koleksi…bagi aku ianya merupakan suatu budaya yang menarik dan mempunyai valuenya yang tersendiri.


Friday, January 1, 2010

Kekecelaruan Identiti

Slalunya bila kita ke sesebuah majlis perkahwinan kat Malaysia ni kita akan  mendengar lagu-lagu Melayu 60'an berkumandang atau sekurang-kurangnya lagu-lagu tradisional Melayu. Tapi skunk ni aku perhatikan majlis perkahwinan dah tak macam dulu lagi dah...majlis perkahwinan skunk ni tiada lagi kedengaran irama-irama Melayu tapi digantikan pula dengan lagu-lagu luar seperti lagu-lagu Hindustan dan lagu-lagu Siam. Apa ni? Dah tak da sangat dah ka lagu Melayu sampai terpaksa pasang lagu Hindustan di majlis perkahwinan orang Melayu? Tak rasa pelik ke bila kita pi ke majlis perkahwinan orang Melayu yang sepatutnya kaya dengan pelbagai adat kemelayuan yang unik tiba-tiba dicelah-celahnya kedengaran lagu Hindustan? Kalo cam ni aku rasa lebih baik adat kemelayuan didalam majlis perkahwinan seperti persembahan silat digantikan ja dengan pertunjukan silambam. Baru r sesuai beb!!! Kalo cam ni la gaya kuatnya pengaruh lagu luar ke atas orang Melayu, apa la nasib yang bakal menimpa pada lagu-lagu Melayu dan adat Melayu pada masa akan datang ni? Hmmm...tepuk otak dan tanya akal. Huhu...


Tuesday, December 1, 2009

Citarasa Pendengar Muzik Malaysia

Bagaikan baru semalam kita menyambut kedatangan tahun 2009, tanpa kita sedari bahawa kita sebenarnya telah pun melalui tahun 2009 selama 3 bulan dengan meninggalkan tahun 2008 bersama-sama 1001 kisah suka dan duka dalam sejarah peribadi hidup kita. Demikian juga halnya dengan industri muzik kita apabila pada tahun 2008 pelbagai kisah jatuh bangun industri turut tercatat bagi mewarnai lagi industri muzik kita. Antaranya kisah pemergian Loloq iaitu seorang penulis lirik yang sentiasa tampil dengan bait-bait kata puitis di dalam karyanya dan juga pemergian Samad Lefthanded, seorang gitaris lagenda yang menjadi rujukan kebanyakkan gitaris masa kini. AL-FATIHAH buat mereka dan juga kepada pejuang-pejuang muzik yang telah pergi meninggalkan kita, semoga roh mereka dicucuri Rahmat…AMIN. Tahun 2008 memperlihatkan satu fenomena bunyian baru muzik Malaysia telah terhasil iaitu bunyian muzik bawaan pemuzik-pemuzik indie di arus perdana. Sejarah muzik di negara kita telah membuktikan bahawa citarasa  pendengar muzik kita sentiasa berubah-ubah. Mari kita soroti beberapa perubahan citarasa pendengar muzik kita dari era 50′an hingga kini.

Era 50′an pendengar muzik kita telah ditawan dan dibuai dengan irama-irama indah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenar beliau Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Umum telah mengetahui bahawa beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang terkenal di Malaysia dan juga Singapura. Beliau bermula dengan bermain ukulele (sejenis alat muzik dari Hawaii) dan kemudiannya beralih kepada gitar serta biola di bawah tunjuk ajar Encik Kamaruddin iaitu seorang pemimpin brass band di Penang Free School. Pada tahun 1946 beliau telah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan pada tahun yang sama juga beliau kemudiannya menyertai Sinaran Bintang Sore. Pada tahun 1947 beliau telah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Di dalam pertandingan itu beliau telah menggunakan huruf ‘P’ sebagai pengganti bagi Puteh di awal nama dan nama P.Ramlee itu kekal sehingga akhir hayatnya. Sepanjang hayat beliau sebagai seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik, beliau telah menghasilkan lebih kurang 390 buah lagu dan antara lagu beliau yang popular adalah seperti ‘Azizah’, ‘Bunyi Gitar’, ‘Dendang Perantau’ dan ‘Getaran Jiwa’. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah muzik dari dalam dan juga luar negara. Antaranya anugerah Best Music di 3rd Asian Film Festival di Hong Kong dan juga anugerah Lagu Paling Popular dari Radio Malaya.



Era 60′an pula memperlihatkan irama pop yeh-yeh telah menguasai dunia muzik kita. Semasa 1960′an berlaku perubahan yang mendadak didalam scene muzik kita apabila Singapura dipisahkan dari negara kita. Perubahan scene muzik kita yang mendadak ini juga berpunca daripada pengaruh Barat yang mana telah mempengaruhi budaya hidup kita terutama sekali mereka yang berada di bandar. Pada penghujung era 60′an, jeans dan skirts mula menjadi kegilaan para remaja, bukan sahaja di bandar-bandar besar bahkan di pekan-pekan kecil juga. Muzik dan fesyen dari The Beatles dan juga band-band rock ‘n’ roll British merupakan pengaruh yang kuat terhadap pembentukan irama pop yeh-yeh dan secara tidak langsung telah mempengaruhi scene muzik Melayu pada ketika itu. Malahan istilah ‘pop yeh-yeh’ itu sendiri telah diambil dari salah satu lagu popular The Beatles iaitu ‘She Loves You’ di mana salah satu baris lirik lagu ini berbunyi, ‘She Loves You, Yeah-Yeah-Yeah’. Lagu pop yeh-yeh yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1964 iaitu lagu ‘Suzanna’ dendangan M.Osman. Selain M.Osman antara penyanyi yang turut mencipta nama melalui irama pop yeh-yeh adalah seperti A.Ramlie, S.Jibeng, Jeffrydin dan Ahmad Jais, manakala band yang popular pula adalah seperti The Rhythm Boys, The Hook, The Jayhawkers dan The Siglap Five. Ciri-ciri bunyian irama pop yeh-yeh yang mempunyai vokal yang mendayu-dayu, permainan drum yang simple, riff gitar yang mudah dan rancak serta permainan bass yang berbunga menyebabkan ianya mudah untuk diterima umum.




Pada awal era 1970′an, muzik kita telah dibentuk oleh beberapa gaya muzik. Era ini merupakan era dimana kita membuat kembali penelitian, penemuan dan perkembangan semula terhadap scene muzik kita. Masalah antara kaum yang tidak dapat dikawal diantara tahun 1969 hingga 1970 telah membawa kepada darurat dan sekaligus membantutkan perkembangan industri muzik dalam negara. Setelah keadaan didalam negara pulih seperti sedia kala, industri muzik turut mengalami proses pemulihan dan penyesuaian semula. Ianya merupakan zaman yang sukar bagi industri muzik kita kerana kehidupan yang tidak selesa dan ditambah pula dengan hasil atau pulangan yang tidak seberapa, namun begitu pada masa yang sama teknologi rakaman telah meningkat,peningkatan kepelbagaian instrument muzik dipasaran dan memperlihatkan lebih ramai masyarakat yang meminati muzik. DJ Dave, Hail Amir dan Uji Rashid merupakan antara individu-individu yang mampu survive pada ketika itu kerana memperkenalkan pengaruh muzik Hindustan di dalam lagu-lagu mereka. Pada lewat 1970′an industri muzik kita banyak dipengaruhi muzik-muzik dari ABBA, Boney M, Madonna dan sebagainya. Pengaruh-pengaruh muzik seperti ini telah di bawa oleh syarikat-syarikat rakaman besar seperti EMI(UK) dan juga Sony(Jepun). Kumunculan syarikat-syarikat rakaman besar ini telah menyokong perkembangan muzik pop kita yang seakan-akan sama muzik Barat(kebanyakkan pemuzik dan penyanyi ketika itu bernaung dibawah syarikat-syarikat rakaman besar ini). Walaupun muzik pop kita seakan sama dengan muzik Barat tetapi ianya masih mempunyai karektornya yang tersendiri, antaranya mempunyai irama yang bercirikan ketimuran, lirik yang berbentuk puisi atau sajak serta lirik yang mendalam maksudnya.



Era 80′an merupakan zaman kegemilangan rock kangkang atau lebih dikenali sebagai rock kapak dimana penghujung 80′an merupakan zaman emas rock kapak. Rock kapak terhasil dari pengaruh budaya  muzik rock Barat yang mendorong kemunculan band-band rock tempatan. Band-band rock Barat seperti Scorpions, Led Zeppelin dan Deep Purple merupakan antara entiti yang menjadi rujukan band-band rock tempatan pada ketika itu. Perkembangan rock kapak juga turut dibantu oleh penganjuran pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands. Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan adalah pertandingan Juara Rock 1983 yang mana telah dimenangi oleh D’Febians dan The Lefthanded. Pada tahun berikutnya iaitu di Juara Rock 1984, The Burnmarks telah meraih tempat pertama, Hurricane ditempat ke-2 dan tempat ke-3 telah di menangi oleh kumpulan Gersang. Juara Rock merupakan perintis kepada wujudnya pertandingan-pertandingan rock yang lain selepas itu. Zaman itu merupakan zaman yang meriah dengan imej glamnya, seluar ketat, lipstik dan rambut karennya.



Selepas era rock kapak semakin malap, tahun 90′an muncul pula era rock moden kata orang. Band seperti Spring dan Ukay’s merupakan antara band yang menjadi kegilaan ketika itu dengan lagu-lagu hangat mereka seperti ‘Butakah Cinta’ dan ‘Disana Menanti, Disini Menunggu’.Uih, rock ke? Jiwang sangat daa…Dalam tahun 2000 pasaran kita disogokkan pula dengan irama poprock. Spin, Scoin dan Sting merupakan antara band-band yang menguasai pasaran poprock ketika itu(ini pun jiwang juga ni, tak rock langsung). Selepas itu scene muzik kita menjadi agak suram dengan lambakan muzik seperti nasyid, hip-hop, rancangan realiti TV dan muzik-muzik dari Indonesia. Namun begitu scene muzik kita seakan bernyawa kembali pada tahun 2007 apabila para pendengar mula menerima muzik-muzik garapan band-band indie. Muzik yang dibawa secara indie ini nyata lebih kreatif, penuh mesej, lebih telus dan jujur dalam berkarya.



Pendengar muzik kita bolehlah dikatakan pendengar yang tegar kerana mereka boleh menerima pelbagai jenis genre muzik untuk santapan halwa telinga mereka. Ironinya pendengar kita masih lagi menanti dan mencari sesuatu yang baru dan segar untuk didengar. Oleh itu, para pemuzik perlu berani melakukan perubahan agar muzik kita tidak tersekat disatu sudut penjuru pemikiran dalam bermuzik. Kita tewas dari segi mentaliti dan usaha sedangkan pemuzik luar aktif mencari pembaharuan dalam karya muzik mereka agar dapat diterima umum. Industri kita pula hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan meriah dengan gosip-gosip dan publisiti-publisiti yang tidak membawa kepada perkembangan industri. So apa yang akan jadi kita punya muzik 10 atau 20 tahun lagi? Mampukah muzik indie ini membawa perubahan kepada industri?


Nota:Ini merupakan hasil penulisan aku yang ke-2 tuk blog lama aku yang mana aku cuba mengupas isu citarasa pendengar muzik kita yang sentiasa berubah-ubah.

Saturday, November 14, 2009

Etika Bermuzik


Apakah nilai yang menjadikan sesebuah atau sesuatu karya muzik indie itu menarik? Adakah persembahannya ataupun isinya? Satu persoalan yang cukup subjektif untuk dijawab tetapi bagi aku nilai universal yang sepatutnya ada pada setiap karya muzik indie itu mampu menarik dan menyentuh pendengar dan peminat muzik. Aku percaya bahawa nilai universal yang ada pada setiap karya muzik itu memerlukan nilai etika bermuzik yang tinggi. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan etika bermuzik itu? Etika merupakan nilai-nilai yang menjadi pegangan setiap individu mahupun sesebuah kumpulan, jadi etika bermuzik ialah nilai yang menjadi pegangan para pemuzik kita dimana ianya akan menjadi kayu pengukur tahap profesionalisme pemuzik kita. Profesionalkah pemuzik kita? Profesionalkah scene muzik kita? Adakah gig yang sepatutnya dijadualkan bermula pada pukul 2 tetapi dalam pukul 4 baru nak mula itu dikatakan profesional?