Akhirnya pengajian semester baru dibuka kembali setelah hampir 2 bulan aku bercuti. Ini menandakan penyeksaan aku telah berakhir apabila sepanjang cuti semester ni aku hampir – hampir ‘mati kebosanan’ akibat ketiadaan aktiviti – aktiviti menyeronok yang dapat dilakukan bagi mengisi masa aku yang terluang. Keadaan ini telah memaksa aku untuk menyelongkar kembali koleksi khazanah muzik aku bagi merawat kebosanan aku yang telah berada ditahap kritikal pada ketika itu. Koleksi khazanah muzik aku ini mengandungi kaset, CD dan DVD yang terdiri daripada produk -produk DIY(Do It Yourself) seperti EP dan demo, album dan juga DVD – DVD konsert.
Dengan mendengar kembali beberapa material dari koleksi muzik aku ini maka aku merasakan kebosanan aku terubat sedikit tetapi dalam masa yang sama juga aku merasakan ada kekurangan dan sesuatu tak kena dengan koleksi muzik aku. Setelah beberapa ketika aku berfikir dan mencari sebabnya, akhirnya aku menyedari sesuatu iaitu koleksi muzik aku hanya terdiri daripada material – material lama(yang paling baru pun hanya 2 -3 material dari tahun lepas). Ini membuatkan aku teringat kembali ketika zaman sekolah dulu dimana pada ketika itu aku cukup galak dan giat mengumpul material – material muzik untuk dibuat koleksi. Aku cukup teruja dan sentiasa ternanti – nanti buah tangan atau material terbaru dari setiap band, malahan aku sanggup berlapar di sekolah semata – mata nak kumpul duit bagi memastikan aku tidak akan terlepas untuk mendapatkan setiap material muzik terbaru dipasaran. Walaupun aku terpaksa berlapar tetapi aku rasa cukup gembira dan puas hati setelah berjaya mendapatkan setiap material terbaru, tambah – tambah lagi kalau lagu – lagu kat dalam best – best semuanya…jawabnya 24 jam la aku asyik dok dengar CD yang sama je.
Tetapi kini semua keseronokan yang pernah aku rasainya dulu seakan – akan telah hilang dari diri aku. Dengan teknologi sekarang yang sentiasa berubah – ubah masyarakat kita lebih selesa untuk mendownloadnya saja di internet, ini termasuklah juga aku…hehe. Jika sebelum ni aku cukup teruja untuk mendapatkan setiap material terbaru dipasaran tetapi kini semua perasaan tu kian hilang dimamah waktu…hanya perasaan hambar je la yang ada. Yela macam mana la aku tak merasa hambar, bila kuar album atau lagu baru je aku just kena duduk depan laptop and then search tuk album or lagu yang aku nak tu. Lepas dah jumpa album or lagu yang aku nak tu aku just kena tekan ‘download’ and then tunggu la aku macam orang bodoh sampai la lagu tu abis didownload semuanya. Setelah lagu abis didownload maka boleh la aku layan lagu tu sampai lebam…senang bukan? Memang la keadaan macam ni menyenangkan tetapi dalam masa yang sama keadaan ini agak membosankan dan tak exciting langsung.
Situasi ni telah membuat aku berfikir kembali…mengapa teknologi yang menyenangkan aku ini tidak mampu membuat aku gembira? Mungkin kurangnya penglibatan diri aku dalam proses untuk mendapatkan setiap material muzik itu membuatkan ianya jadi begini. Sebelum ini aku menghabiskan banyak masa didalam proses untuk mendapatkan setiap material muzik terbaru dan mungkin ini telah membuatkan aku lebih menghargai setiap material muzik yang aku dapat tu…pasal tu la aku rasa gembira. Aku percaya ramai antara kita yang semakin melupakan budaya mengumpul material muzik untuk dibuat koleksi…bagi aku ianya merupakan suatu budaya yang menarik dan mempunyai valuenya yang tersendiri.
0 comments:
Post a Comment