Sunday, September 25, 2011

Ulangtahun Ke-20 Album Nevermind Nirvana

Siapa yang tak kenal Nirvana? Sapa yang tak kenal trio yang di anggotai oleh Kurt Cobain, Dave Grohl dan Krist Novoselic ni baik gi mati la aku syorkan...huhu. Sempena ulangtahun ke-20 album studio kedua Nirvana, Universal Music Malaysia telah mengumumkan akan mengeluarkan 4 CD dan 1 DVD Super Deluxe Edition Nevermind Album di seluruh dunia pada 26 September ini. CD akan  mengandungi unreleased record, rarities, b-sides, penampilan di radio BBC, live recording dan DVD pula mengandungi unreleased concert. Di samping Super Deluxe Edition, Universal Music Malaysia juga akan mengeluarkan 1 CD Remastered Album Nevermind Ulangtahun Ke-20, 2 CD Deluxe Edition, Gatefold Vinyl (4-LP), DVD Live At Paramount dan juga Blu Ray. Dapatkan juga edisi terhad t-shirt ulangtahun ke-20 album Nevermind bersama-sama dengan CD Remastered Album Nevermind Ulangtahun Ke-20 (sementara stok masih ada).

Tuesday, September 20, 2011

Cinta Buatan Malaysia

Hari Malaysia ari tu agak palat bagi aku. Yela, orang lain cuti menyambut Hari Malaysia aku plak nak kena keja. Tak ke palat namanya tu...huhu? So aku pun korek la koleksi muzik yang aku ada tu bawak keluar balik...memandangkan ari tu Hari Malaysia, jadi aku pun cari la bahan-bahan yang ada kena mengena ngan Malaysia gak. Last-last skali jumpa album ni...aku layan sampai ke petang. Abis keja ja, aku terus balik rumah cam tak da apa-apa kepalatan berlaku kat aku...walhal paginya tu aku memaki hamun berbakul-bakul. Hehe...