Sunday, September 25, 2011

Ulangtahun Ke-20 Album Nevermind Nirvana

Siapa yang tak kenal Nirvana? Sapa yang tak kenal trio yang di anggotai oleh Kurt Cobain, Dave Grohl dan Krist Novoselic ni baik gi mati la aku syorkan...huhu. Sempena ulangtahun ke-20 album studio kedua Nirvana, Universal Music Malaysia telah mengumumkan akan mengeluarkan 4 CD dan 1 DVD Super Deluxe Edition Nevermind Album di seluruh dunia pada 26 September ini. CD akan  mengandungi unreleased record, rarities, b-sides, penampilan di radio BBC, live recording dan DVD pula mengandungi unreleased concert. Di samping Super Deluxe Edition, Universal Music Malaysia juga akan mengeluarkan 1 CD Remastered Album Nevermind Ulangtahun Ke-20, 2 CD Deluxe Edition, Gatefold Vinyl (4-LP), DVD Live At Paramount dan juga Blu Ray. Dapatkan juga edisi terhad t-shirt ulangtahun ke-20 album Nevermind bersama-sama dengan CD Remastered Album Nevermind Ulangtahun Ke-20 (sementara stok masih ada).

0 comments:

Post a Comment