Tuesday, December 31, 2019

Legion Live Over Ipoh 2020


Playlist Volume 1


City Roars Festival 2020



Originals Only Open Mic #18


Arise Punk Volume 3


Lempaq Belakang Volume 2


Monday, December 30, 2019

Manic Mondo 2.0



Mari Ikut Bernyanyi



Volatile Live At Merdekarya


Hardcore Pollution Volume 4


Jiro Presents Countdown To 2020


Publika 2020 Countdown


Sunday, December 29, 2019

Poolside Open Mic #122


New Year 2020 Concert Live At Tempurung Seaside Lodge Kuala Penyu


New Year's Eve At Ril's Bangsar


Wahwahsan 2020


Bluez Bugs Live At Laughing Lizards Cafe


New Year's Eve Party At Escobar Kuching


Loko - Mata Kaca (Album)


AHLI :
• Aiman Amin (Bass)
• Nik Aqil (Drum)
• Ashraff (Vokal)
• Aliff (Gitar)

GENRE :
• Alternative Rock

PENERBIT :
• Kamar Seni Publishing

JURUTERA BUNYIAN :
• JD Wong (21:05 Studio)
• Huzai (Kamar Seni)

JURUADUN BUNYIAN :
• Afiq PB
• Ully (Orkes A Hizadin)

PEREKA SENI KULIT DEPAN :
• Nabu Art

TAHUN DIKELUARKAN :
• 2019

FORMAT :
• Cakera Padat 
• Digital (Online Streaming)

ASAL :
• Shah Alam

LAGU :
1. Pujaan Hati
2. Untuk Dia
3. Harus Kau Pergi
4. Gundah Gulana
5. Khalisha
6. Benci

DURASI :
• 22 Minit

TEMPAHAN DAN PEMBELIAN :
• Tempah Melalui WhatsApp Dengan Menghubungi 0133544107 (Acap) Atau Beli Di Kedai-Kedai CD Deperti Teenage Head Record Dan Sputnitz Record.

DISKOGRAFI :
• Mata Kaca (Album) - 2019

RILISAN LAIN :
• Video Muzik Pujaan Hati (2018)
• Video Muzik Untuk Dia (2019)
• Video Muzik Gundah Gulana (2019)

SEJARAH PENUBUHAN :
• Loko Pada Asalnya Bernama Lokomotive Dan Setelah Lama Menggunakan Nama Tersebut, Mereka Memendekkan Nama Ke Loko Sahaja Supaya Lebih Senang Disebut Serta Mempunyai Nilai Untuk Dikenali.
• Penubuhan Band Ini Bermula Secara Suka-Suka Sahaja Pada Awalnya Sekitar Tahun 2015 Di Mana Nik (Drum) Dan Aiman (Bass) Selalu Jamming Bersama Sekadar Mengisi Masa Lapang Di Zaman Persekolahan. Kemudiannya, Aliff (Gitar) Menyertai Kumpulan Ini Dan Mereka Bertiga Meneruskan Rutin Jamming Bersama Sehinggalah Tahun 2016, Baru Acap (Vokal) Sertai Mereka Bagi Mengisi Kekosongan Peranan Vokalis.
• Tahun 2017 Adalah Tahun Serius Mereka Bermula Sebagai Band, Di Mana Mereka Mula Bermain Di Gig-Gig Kecil Sebagai Permulaan Dan 2018 Adalah Tahun Bermulanya Episod Baru Kepada Mereka Apabila Orang Mula Mengenali Mereka Melalui Single Pujaan Hati Yang Menjadi Punca Nama Loko Itu Dikenali Sehingga Sekarang. Pujaan Hati Juga Merupakan Ciptaan Bassist Loko Sendiri Iaitu Aiman Yang Juga Lagu Terawal Mereka Dalam Penubuhan Lokomotive. Lagu-Lagu Di Dalam Album Mata Kaca Juga Ditulis Oleh Nik Aqil Dan Aliff. 

PERKEMBANGAN DAN PERANCANGAN :
• Mereka Baru Sahaja Menamatkan Tour Tuhan Selamatkan Rock And Roll Yang Dikelola Oleh Loque Dari Butterfingers Dan Juga Monoloque. Tour Ini Berlangsung Di Dua Tempat Iaitu Di Johor Dan Ipoh Yang Mana Turut Juga Disertai Band Daripada Label Luncai Emas Iaitu Margasatwa Dan Iqbal M.
• Perancangan Mereka Untuk Masa Hadapan Adalah Untuk Teruskan Bermain Show Yang Diundang Dan Merancang Untuk Mengadakan Tour Seluruh Malaysia Sempena Album Pertama Mereka Pada Tahun 2020.
• Jika Tiada Aral Melintang, Mereka Juga Akan Mulakan Proses Penghasilan Material Baru Untuk Album Mereka Yang Akan Datang Yang Mungkin Mengambil Sedikit Masa Yang Lama Kerana Ingin Mencari Bunyi Dan Juga Identiti Loko. Mereka Ingin Mencari Idea-Idea Yang Lebih Segar Untuk Menjadikan Karya Mereka Yang Seterusnya Bertambah Baik Dan Penuh Isi Dari Karya-Karya Terawal Mereka.

MEDIA SOSIAL :
Twitter


Nota Kaki : Sila ke MAKANTIDURMUZIK TV untuk mendengar serta melihat video promo ALBUM KACA MATA dan jangan lupa untuk terus menyokong kami dengan subscribe channel Youtube kami. 

Thursday, December 26, 2019

KONSERT INDIEVAGANZA SEMPENA FESTIVAL PUTRAJAYA LIFT 2019


Bersempena Festival Putrajaya LIFT (Literacy In Financial Technology) 2019 Sebuah Festival Bermatlamatkan Pemerkasaan Celik Kewangan Yang Bakal Diadakan Di Presint 2, Putrajaya Pada 28 Dan 29 Disember Ini, Sebuah Konsert Percuma Yang Dinamakan INDIEVAGANZA Telah Dirancang Sebagai Tarikan Utama. Festival Ini Yang Pertama Kali Dianjurkan Akan Mempamerkan Literasi Teknologi Kewangan Pada Masa Kini Dan Hadapan Sejajar Dengan Hasrat Kerajaan Untuk Membina Masyarakat Digital Dan Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Ekonomi Baharu Dan Era Digital. 



Konsert INDIEVAGANZA Akan Menampilkan Sembilan Penghibur Dan Band Rock Indie Terbaik Malaysia Untuk Memberi Platform Kepada Kugiran Serta Artis-Artis Popular Tempatan Untuk Membuat Persembahan Sepanjang Dua Malam Yang Bakal Menarik Perhatian Peminat Muzik Rock Dan Indie Terutamanya Golongan Muda. Dengan Kombinasi Barisan Kumpulan Rock Dan Indie Terbaik Negara Seperti Oh Chentaku, Gerhana Skacinta, Kyoto Protocol, Pastel Lite, The Times Dan Toko Kilat Digabungkan Bersama Nama-Nama Paling Gah Di Dalam Industri Muzik Tanahair Seperti Aizat Amdan, Noh Salleh Dan Ratu Rock Negara, Ella, Konsert INDIEVAGANZA Ini Pasti Menghangatkan Suasana Malam Di Putrajaya Lebih-Lebih Lagi Sebagai Pra-Sambutan Ambang Tahun Baru 2020.



Apa Yang Menarik, Konsert INDIEVAGANZA Ini Akan Menyaksikan Pertembungan Toko Kilat Dan Ella Dalam Satu Persembahan Khas Buat Peminat-Peminat Kedua-Dua Penghibur Ini Yang Amat Terkenal Dengan Pertunjukan Mereka Yang Penuh Bertenaga. “Kami Amat Berbangga Kerana Dapat Bekerjasama Dengan Legenda Muzik Rock Negara, Ella, Untuk Persembahan Kami Di Konsert INDIEVAGANZA Nanti. Setelah Beberapa Kali Mengadakan ‘Rehearsal’ Bersama, Ternyata Gabungan Ini Amat Serasi Serta Unik Dan Bakal Melakar Sejarah Buat Kami Sebagai Penutup Tahun 2019. Kepada Semua Peminat-Peminat, Datanglah Beramai-Ramai Ke Putrajaya Dan Saksikan Persembahan Istimewa Kami Bersama Ella Di INDIEVAGANZA”, Kata Edwin Raja Selaku Vokalis Dan Pemain Gitar Kumpulan Toko Kilat. 



Festival Putrajaya LIFT Merupakan Kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia Dengan Bank Negara Malaysia Dan Industri Kewangan Malaysia. Ia Terbahagi Kepada Beberapa Komponen Seperti Pavilion Kewangan Digital (Pameran Utama) Atau The Pavilion Yang Menyediakan Seminar, Bengkel, Ceramah Dan Pameran Menarik Daripada Institusi Kewangan Dan Syarikat Teknologi Kewangan (Fintech) Dan The Showcase Yang Merupakan Pameran Awam Mengenai Aspek Kehidupan Masa Hadapan Dinamakan Future Pods. The Market Pula Merupakan Tempat Membeli Belah Khas Untuk Para Pengunjung Menampilkan Jenama Kreatif Terkemuka Malaysia Menjurus Kepada Gaya Hidup, Fesyen Dan Kecantikan Seperti Pasar Glam, Pasar Seni, Pasar Botani Dan Pasar Tradisi. Pengunjung Juga Dapat Menikmati Pelbagai  Pilihan Makanan Dan Minuman Yang Akan Melengkapkan Keunikan Festival Ini Di Medan Makan. Konsert INDIEVAGANZA Termasuk Di Dalam Komponen The Fringe Iaitu Sebuah Ruang Hiburan Yang Menampilkan Persembahan Kesenian Teknologi Tinggi, Aksi-Aksi Jalanan Dan Persembahan Hiburan Lain.



Festival Putrajaya LIFT Dan konsert INDIEVAGANZA Adalah Percuma . Sila Layari www.putrajayalift.com Untuk Maklumat Lanjut. Juga Boleh Dapatkan Perkembangan Terbaru Tentang Festival Putrajaya LIFT Dan Konsert INDIEVAGANZA Di Media Sosial Melalui Instagram @putrajayalift2019 Dan Facebook Putrajaya LIFT Festival.

Underground Music Festival 2020


Atmosfera 2020 New Year's Eve Countdown



PLOY Open Mic #125


Konsert Inspirasi Taming Sari


Kulim Vintage Festival Glory Divers


Visit Johor 2020 : Harbour Celebration



Wednesday, December 25, 2019

Horahorey Kolektif


Terjun Gig 3


Pesta Karya Lumut 2019


Live Lokasi Session 39


Saribu Satu


96th Jazz Ampang Cum 20th Jazz Ampang 103


Beronggeng!! 2020


Khabar Baik Unifi Tour 2019 : Kota Damansara