Sunday, December 29, 2019

Loko - Mata Kaca (Album)


AHLI :
• Aiman Amin (Bass)
• Nik Aqil (Drum)
• Ashraff (Vokal)
• Aliff (Gitar)

GENRE :
• Alternative Rock

PENERBIT :
• Kamar Seni Publishing

JURUTERA BUNYIAN :
• JD Wong (21:05 Studio)
• Huzai (Kamar Seni)

JURUADUN BUNYIAN :
• Afiq PB
• Ully (Orkes A Hizadin)

PEREKA SENI KULIT DEPAN :
• Nabu Art

TAHUN DIKELUARKAN :
• 2019

FORMAT :
• Cakera Padat 
• Digital (Online Streaming)

ASAL :
• Shah Alam

LAGU :
1. Pujaan Hati
2. Untuk Dia
3. Harus Kau Pergi
4. Gundah Gulana
5. Khalisha
6. Benci

DURASI :
• 22 Minit

TEMPAHAN DAN PEMBELIAN :
• Tempah Melalui WhatsApp Dengan Menghubungi 0133544107 (Acap) Atau Beli Di Kedai-Kedai CD Deperti Teenage Head Record Dan Sputnitz Record.

DISKOGRAFI :
• Mata Kaca (Album) - 2019

RILISAN LAIN :
• Video Muzik Pujaan Hati (2018)
• Video Muzik Untuk Dia (2019)
• Video Muzik Gundah Gulana (2019)

SEJARAH PENUBUHAN :
• Loko Pada Asalnya Bernama Lokomotive Dan Setelah Lama Menggunakan Nama Tersebut, Mereka Memendekkan Nama Ke Loko Sahaja Supaya Lebih Senang Disebut Serta Mempunyai Nilai Untuk Dikenali.
• Penubuhan Band Ini Bermula Secara Suka-Suka Sahaja Pada Awalnya Sekitar Tahun 2015 Di Mana Nik (Drum) Dan Aiman (Bass) Selalu Jamming Bersama Sekadar Mengisi Masa Lapang Di Zaman Persekolahan. Kemudiannya, Aliff (Gitar) Menyertai Kumpulan Ini Dan Mereka Bertiga Meneruskan Rutin Jamming Bersama Sehinggalah Tahun 2016, Baru Acap (Vokal) Sertai Mereka Bagi Mengisi Kekosongan Peranan Vokalis.
• Tahun 2017 Adalah Tahun Serius Mereka Bermula Sebagai Band, Di Mana Mereka Mula Bermain Di Gig-Gig Kecil Sebagai Permulaan Dan 2018 Adalah Tahun Bermulanya Episod Baru Kepada Mereka Apabila Orang Mula Mengenali Mereka Melalui Single Pujaan Hati Yang Menjadi Punca Nama Loko Itu Dikenali Sehingga Sekarang. Pujaan Hati Juga Merupakan Ciptaan Bassist Loko Sendiri Iaitu Aiman Yang Juga Lagu Terawal Mereka Dalam Penubuhan Lokomotive. Lagu-Lagu Di Dalam Album Mata Kaca Juga Ditulis Oleh Nik Aqil Dan Aliff. 

PERKEMBANGAN DAN PERANCANGAN :
• Mereka Baru Sahaja Menamatkan Tour Tuhan Selamatkan Rock And Roll Yang Dikelola Oleh Loque Dari Butterfingers Dan Juga Monoloque. Tour Ini Berlangsung Di Dua Tempat Iaitu Di Johor Dan Ipoh Yang Mana Turut Juga Disertai Band Daripada Label Luncai Emas Iaitu Margasatwa Dan Iqbal M.
• Perancangan Mereka Untuk Masa Hadapan Adalah Untuk Teruskan Bermain Show Yang Diundang Dan Merancang Untuk Mengadakan Tour Seluruh Malaysia Sempena Album Pertama Mereka Pada Tahun 2020.
• Jika Tiada Aral Melintang, Mereka Juga Akan Mulakan Proses Penghasilan Material Baru Untuk Album Mereka Yang Akan Datang Yang Mungkin Mengambil Sedikit Masa Yang Lama Kerana Ingin Mencari Bunyi Dan Juga Identiti Loko. Mereka Ingin Mencari Idea-Idea Yang Lebih Segar Untuk Menjadikan Karya Mereka Yang Seterusnya Bertambah Baik Dan Penuh Isi Dari Karya-Karya Terawal Mereka.

MEDIA SOSIAL :
Twitter


Nota Kaki : Sila ke MAKANTIDURMUZIK TV untuk mendengar serta melihat video promo ALBUM KACA MATA dan jangan lupa untuk terus menyokong kami dengan subscribe channel Youtube kami. 

0 comments:

Post a Comment