Sepanjang aku mengikuti scene muzik kita ni aku cukup tak faham akan beberapa perkara yang mampu membuatkan aku menggaru kepala yang tak gatal menandakan bahawa aku sedang dilanda kehairanan. Dalam masa yang sama juga wujud beberapa perkara yang agak ajaib didalam scene muzik kita ni yang membuatkan aku bertambah tak faham dengan situasi yang berlaku. Korang faham tak apa yang cuba katakan ni? Okeylah aku pun tak nak melalut panjang-panjang , nanti takut korang pening pulak. Kat sini ada beberapa perkara atau kes yang telah membuatkan aku hairan dan beberapa perkara yang telah menimbulkan rasa tanda tanya atau ajaib kat diri aku.
Korang ingat lagi tak pasal kes seorang penyanyi ni di banned pasal membuka baju dikhalayak ramai ketika membuat persembahan dikonsert majlis ulang tahun sebuah stesen TV swasta beberapa tahun lepas. Aku cukup hairan ketika itu sebab semua pihak menyalahkan beliau seolah-olah kesalahan yang dia buat tu besar sangat. Memang la penyanyi ni telah melanggar etika peraturan persembahan di Malaysia tapi bagi aku itu cumalah gimik yang tak disengajakan atau mungkin beliau terlampau excited dengan peranan beliau sebagai duta barangan DC hingga terlupa garis panduan persembahan. Yang ajaibnya artis-artis kita yang berkemban dan menayang paha serta lurah-lurah dendam ketika melalui red carpet di majlis-majlis anugerah berprestij tak di gam la pulak. Malahan kita macam berbangga pulak dengan artis-artis yang macam ni. Tu belum kita buka lagi majalah-majalah hiburan yang bercambah kat pasaran, aku tengok dah macam majalah lucah pun ada. Kenapa tak ada pihak pun yang nak banned? Hairan! Hairan!
Media hiburan…aku tengok wartawan media hiburan kita dah jadi macam batu api atau penambah perisa terhadap gosip-gosip dan kontroversi yang kadang-kadang tu macam sengaja dibuat-buat untuk memanaskan lagi keadaan agar jualan bahan-bahan tabloid mereka meningkat. Bagi aku bahan-bahan tabloid ni tak ubah macam sampah sebab benda-benda macam ni bukannya boleh membawa perkembangan kepada industri pun malahan merosakkan lagi industri ada la. Aku tengok sesetengah gosip tu tak ada la menarik sangat tapi bila dah ditambah bahan perasa ajinamoto oleh pihak media maka menjadikan ianya sedap untuk dijamah oleh sesetengah kita. Wartawan hiburan ni kononnya ingin menjadi medium untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat tapi sebaliknya berlaku apabila fakta-fakta sebenar diputar belit. Jangan la asyik dok fikir nak cari salah dan kelemahan orang saja sedangkan diri mereka sendiri pun ada kelemahan. Yang ajaibnya aku tengok wartawan hiburan ni jarang sangat sentuh isu-isu mengenai jatuh bangun seseorang artis itu tapi apa yang selalu disentuh adalah mengenai hal-hal peribadi artis yang boleh menimbulkan kontroversi yang panas. Kalau macam ni la keadaannya maka sampai bila-bila pun muzik kita tak akan berkembang kerana tiadanya kisah-kisah kejayaan artis-artis lama yang boleh dijadikan rujukan artis-artis dan band-band generasi baru. Sebab itu la kita tengok artis dan band kita banyak menjadikan artis dan band luar sebagai rujukan mereka sampai kita kehilangan identiti muzik kita disebabkan mereka ni tidak tahu akan akar muzik kita sendiri.
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang menimbulkan rasa hairan dan ajaib dibenak aku ni tapi memandangkan aku pun dah penat so aku berhenti setakat ni dulu la. Mengenai perkara-perkara yang menimbulkan rasa hairan dan ajaib didalam diri aku ni korang fikir la sendiri. Takkan la aku nak bagitau semua, korang pun kena la fikir sama. Takkan la korang tak perasan kot akan perkara-perkara ni? Atau korang sengaja buat-buat tak perasan? Siapa yang makan cili maka terasalah pedasnya!!!
Saturday, April 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment