Wednesday, August 11, 2010

Lagu Bertemakan Ketuhanan

Masyarakat di duniya menggunakan muzik sebagai salah satu medium untuk pentaskan budaya masing-masing di samping menyampaikan ideologi-ideologi berteraskan kepercayaan ,apa yang tersirat dan pemahaman antara mereka. Contohnya di Jepun, popular ngan muzik J-popnya...di Jamaica dengan muzik reggae mereka, itu pilihan masing-masing. Di Malaysia pula masyarakat kita lebih memandang muzik tu sebagai sesuatu yang negatif...terutama skali genre muzik keras seperti muzik metal. Tak terkecuali gak jadi mangsa adalah muzik-muzik dari genre lain seperti grunge, dangdut, punk, rock dan pop...genre muzik yang positif di mata masyarakat kita hanya satu iaitu genre muzik nasyid.

Apabila kita menyebut tentang muzik nasyid, ianya akan lebih dikaitkan tentang lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan. Betol tak? Kita lupa bahawa genre-genre muzik lain seperti hip-hop dan punk ni gak ada yang membawakan lagu-lagu yang bertemakan ketuhanan. Misalnya kumpulan Too Phat dengan lagu 'Alhamdulillah' mereka, mereka ni bukanlah dalam kategori nasyid kerana mereka membawakan genre muzik hip-hop. Contoh lain adalah seperti kumpulan pop Indonesia Ungu, mereka membawakan lagu berteraskan ketuhanan melalui lagu 'Andaiku Tahu'.

So anda rasa bagaimana? Wajarkah genre-genre muzik selain dari nasyid ni terus dipandang sepi? Aku rasa tak kot...yela lagu-lagu nasyid ni pun bukannya suma berteraskan ketuhanan, ada gak lagu-lagu nasyid yang berteraskan cinta kan? Begitu gak la dengan genre-genre muzik lain ni...tak sumanya bersifat negatif. Jangan la kerna nila setitik, rosak abis susu sebelanga...tak patut sangat kan? Lagipun tuk mencipta lagu-lagu ketuhanan ni ianya memerlukan keikhlasan yang tinggi dari penciptan lagunya...kreativiti takkan terbatas disebabkan sesuatu genre muzik yang dibawakan oleh sesorang pemuzik tu. Yang penting niat tuk menyampaikan mesej ketuhanan tu kena la lahir dari hati...

7 comments:

Soldadu merah said...

wali band pun bawa mesej ketuhanan kan...kat malaysia..geng nasyid jer...

azmiramin said...

yup...kat malaysia lagu2 ketuhanan lbh didominasi oleh nasyid.sebenarnya bnyk gak pemuzik2 kita yg bkn dari genre nasyid ni membawakan lagu2 ketuhanan...misalnya cam ramli sarip,m.nasir,siti nurhaliza,sharifah aini dan bnyk lg.malah band2 legend rock kapak kita pn ada...cam wings,search dan lefthanded.

Kimie Hashim said...

Kimie Hashim-aku tak suka kalau nak buat lagu pasal ketuhanan tapi penyanyinya macam sial..tapi skang ni ramai pulak band rock wat pasal ketuhanan kan..
ko slalu on blog yg mana?

azmiramin said...

haha...skunk ni zaman org wat duit.org tak brapa kisah sngat mesej2 yg ingin disampaikan dlm lagu2 ketuhanan ni.psl tu la kdg2 tu penyanyi ntah apa2...anyway aku slalu update http://budakcelaru.blogspot.com/, yg ni jarang2...tak sempat nk cari bahan.yela ni blog info psl muzik kn...base on fact.xleh pakai tulis je...

EAUCARAH said...
This comment has been removed by the author.
EAUCARAH said...

sebanarnye, lagu2 ketuhanan yg ade music rock, hiphop, balads, and sebagainye itu la yg tarik jiwa budak2 muda.

Peter Imranovich said...

hm.. saya rasa lagu ketuhanan ni bole disampaikan dengan cara apa sekalipun.. tapi kalo niat kita betul2 ikhlas, InsyaAllah boleh menusuk jiwa dan kalbu. contohnye, kumpulan raihan. memang diorg originally grup nasyid, tapi lagu-lagu yang diorg hasilkan tak sama dengan grup nasyid lain. seriously, lagu diorg sangat memberi kesan..

Post a Comment