Saturday, October 26, 2013

Grunge Instake Yang Berisiko

Berikut adalah temubual MSLTW bersama vokalis merangkap gitaris Instake iaitu saudara Khairil. Hayatilah perjalanan muzik mereka...


Sejarah Instake
Instake ditubuhkan di Seremban pada tahun 2001, sebenarnya band ni tak serius pun pada mulanya…cuma untuk mengisi masa lapang. Sebelum Instake, aku dan adik aku Nazri selalu jamming disekitar Seremban. Masa tu belom ada lagi line-up tetap, cuma aku dan Nazri ja. Masa pertengahan tahun 2001 aku berkenalan dengan Syukht di kolej…hujung tahun tu pula kolej kami nak buat annual dinner dan mencari band dikalangan student untuk perform. Jadi Instake pun ditubuhkan dengan aku diposisi vocal dan gitar, Syukht diposisi bass dan Nazri diposisi drum. Line-up yang sekarang ni plak masih aku diposisi vocal dan gitar, Nazri pula dah beralih ke posisi gitar kedua, Kabin sebagai bassist dan Razlan pula mengambil alih posisi Nazri sebagai drummer.

Rahsia Disebalik Nama Instake
Aku dapat nama Instake ni sebelom Instake ditubuhkan lagi…nama Instake itu diambil dari gabungan dua perkataan iaitu ‘IN’ dan ‘STAKE’. ‘IN’ itu berada dalam sesuatu…’STAKE’ pula membawa banyak maksud tapi pada Instake perkataan ‘STAKE’ itu mewakili pertaruhan risiko. Jadi nama Instake bermaksud berada dalam pertaruhan atau risiko. Semua orang sentiasa berada dalam risiko…setiap hari dan setiap perkara yang kita lakukan ada risikonya yang tersembunyi.


Genre Muzik Dan Rujukan
Genre kami lebih ke arah alternative rock…rujukan muzik tu banyak sebenarnya, kami dengar semua jenis muzik. Line-up Instake pun ada minat dan band kegemaran masing-masing. Misalnya aku, aku lebih kepada Black Sabbath, AC/DC, stoner rock, rock ‘n’ roll dan blues. Nazri pula banyak dengar Foo Fighters, Arch Enemy dan campuran dari alternative hingga ke metal. Kabin lebih kearah punk manakala Razlan adalah universal, tapi band kegemaran dia adalah Lamb Of God. Jadi kesimpulannya kami dengar semua jenis muzik. There’s no limitation or restriction to our musical references.

Penglibatan Dalam Band Lain
Sebelum ni ada la juga…banyak projek band la. Bassist kami Kabin main dengan Subculture, yang lain-lain ada la projek suka-suka ja.

Material Dan Merchandise
Selain dari ‘Sanekit’, kami pernah keluarkan demo ‘Smile - After Fever Demo’ pada 2001 dan juga single ‘Indecisive’ pada tahun 2009. Instake juga ada release t - shirt dan sticker. Semua item boleh refer kat website kami.


Penghasilan Lagu
Lagu kami semua berkisar tentang pengalaman yang pernah kami lalui. Tapi ada juga lagu yang dapat ilham dari movie dan buku. Setakat ini semua lagu yang kami ada aku yang tulis.

Hala Tuju Dan Harapan
Hala tuju? Ke mana muzik membawa kami pergi, kami akan ikut. Harapan kami semoga semua pendengar muzik Malaysia boleh support band dengan membeli merchandise, material dan datang gig yang ada…sekarang scene agak hambar sedikit bila kita pergi gig - gig yang ada jualan tiket. Nasihat untuk band-band baru, teruskan berkarya dan cuba evolve stail anda. Idea ada di mana - mana, kita kena pandai carilah. Hehe…

Interaksi Dua Hala
Semua updates kami akan post di Facebook atau boleh check kat website kami untuk updates lain. Kami juga ada Twitter dan Instagram. Youtube pun ada dan juga Soundcloud







0 comments:

Post a Comment