AHLI :
• Ibrahim (Dram)
• Hasrizal (Gitar)
• Alkamil (Bass)
• Idham (Gitar)
GENRE :
• Post-Rock / Instrumental Rock
PENERBIT :
• JUNKNOISE RECORD
JURUTERA BUNYIAN :
• MIM
JURUADUN BUNYIAN :
• MIM
PEREKA SENI KULIT DEPAN :
• Nadia Ghazali
TAHUN DIKELUARKAN :
• 2019
FORMAT :
• CD Dan Digital
ASAL :
• Lembah Klang
LAGU :
1. When You’re Tired Of Fighting With The Demon, Dance With Him Instead
2. The Exequy Of A Luminary Under The Obscure Evening Sky
3. Everyday You Wake Up Is Another Day Of Yesterday
TEMPAHAN DAN PEMBELIAN :
1. Hubungi : -
• 011-21944767 (Miss Dia - Pengurus)
2. Pembelian Secara Digital (Untuk Link Sila Rujuk Bahagian Media Sosial Di Bawah) : -
• Bandcamp
DISKOGRAFI :
• S//S Single (2018)
• Demo Puteh (2019)
Rilisan Lain :
• Terdapat single demo mereka di Youtube (Remedy) dan beberapa live video daripada persembahan mereka sebelum ini. Hanya search kugiran MIM.
SEJARAH PENUBUHAN :
• Pada awalnya mereka bermula sebagai sebuah kumpulan yang memainkan lagu-lagu cover dan jamming secara santai saja. Namun setelah beberapa percubaan gagal untuk mencari vokalis, mereka masih mahu meneruskan juga band ini diatas keserasian yang dah sedia ada. Jadi mereka bersepakat membuat keputusan untuk bermain instrumental/eksperimental/post-rock sebagai cara untuk terus ekspresikan diri mereka.
• Nama band MIM, diambil dari salah satu karakter tulisan jawi. Pertamanya supaya mudah untuk diingati. Secara terperinci, ia diinspirasi daripada konsep tajwid, di mana huruf mim mewajibkan untuk kita menghentikan bacaan. Mereka ambil konsep tersebut dalam muzik mereka, dimana biasanya orang yang layan muzik sebegini akan duduk dan dengar saja.
PERKEMBANGAN DAN PERANCANGAN :
• Buat masa sekarang, mereka masih lagi dalam proses penulisan lagu untuk rilisan seterusnya. Ianya satu proses yang agak sukar dan panjang kerana lagu yang tanpa vokal sebenarnya susah untuk disusun. Jadi segala susun atur perlu diletakkan secara teliti supaya orang tidak cepat bosan dan tepu.
• Show mereka yang akan datang adalah MIM Secret Session (6 Julai 2019) dan Serumpun Gig di Teko Studio Shah Alam (7 Julai 2019).
• Sebagai sebuah entiti yang bergerak sendiri, mereka amat menyedari akan sakitnya jatuh bangun di dalam arena ini. Jadi apa yang mereka buat cuma teruskan apa yang mereka minat dan jadikan ini sebagai hobi yang serius.
• Cita-cita besar mereka semestinya untuk sebarkan muzik mereka diluar Malaysia kerana postrock/instrumental rock tiada halangan bahasa. Semua orang ada cara tersendiri dalam menghayati muzik.
MEDIA SOSIAL :
• Facebook
• Twitter
• Youtube
• Bandcamp
• Spotify
0 comments:
Post a Comment