Sunday, September 29, 2019

Penunggu - Fables Of Reality (EP)


AHLI : 
• Ary Hussin (Vokal)
• Wan Tido (Gitar)
• Haizeel (Gitar)
• Richi (Drum)
• Haireey (Bass)

GENRE : 
• Heavy Metal

PENERBIT : 
• Penunggu


JURUTERA BUNYIAN :
• Gitar, Bass Dan Vokal Di Rekod Di Home Studio Mereka Sendiri Di Bawah Kendalian Haizeel
• Rakaman Drum Track Pula Di Lakukan Di 3 Tempat Berbeza : -
1. Apan & Panjang : Penvia Studio, PJ (Budak Rangka, Fratricide)
2. Nafis : Shaz Studio (21st Century Spellcaster, Talian Ayah Bonda)
3. Faiz & Ahmad : Dream On Studio (Live Record - The Spirits Carries On)

JURUADUN BUNYIAN :
• Ah Peng

PEREKA SENI KULIT DEPAN :
• Haizeel

TAHUN DIKELUARKAN : 
• 2019

FORMAT :
• Cakera Padat
• Digital (Bakal Menyusul)

ASAL : 
• Selangor

LAGU : 
1. [Intro]
2. Budak Rangka
3. 21st Century Spellcaster
4. Talian Ayah Bonda
5. Fratricide
6. The Spirit Carries On (Dream Theatre Live Cover - Bonus Track)


TEMPAHAN DAN PEMBELIAN : 
• Hubungi / PM Mereka Melalui Media Sosial Di (Untuk Link Sila Rujuk Bahagian Media Sosial) : -
1. Facebook
2. Instagram
• Boleh Juga Whatsapp Terus Ke 0192144303 (Haizeel)

DISKOGRAFI :
• Pawana Melanda (Kompilasi) - 2016
• Iron Conquest (Kompilasi) - 2017
• Fables Of Reality (EP) - 2019

RILISAN LAIN : 

SEJARAH PENUBUHAN : 
• Band Ini Ditubuhkan Pada Lewat 2013 Oleh Adik-Beradik Kembar (Haireey & Haizeel) Bersama Drummer Richi Kerana Ketika Itu Mereka Kerap Jamming Bersama-Sama Dan Timbulnya Keserasian Antara Mereka Untuk Membawa Satu Muzik Berat Yang Mereka Minati.
• Kemudiannya Mereka Mula Membuat Pencarian Untuk Posisi Vokal Dan Gitar Utama Yang Akhirnya Membawa Mereka Untuk Merekrut Wan Tido (Gitar Utama) Yang Dikenali Mereka Melalui Group Facebook Gitaris Nusantara Manakala Fiz Pula Masuk Sebagai Vokalis (2013-2017).
• Setelah Adanya Kekangan Komitmen, Fiz Meninggalkan Penunggu Dan Setelah 5 Bulan Mencari Pengganti, Ary Menyertai Penunggu Selaku Frontman Dan Vokalis Terbaru Penunggu Pada 2017.
• Nama Penunggu Di Inspirasikan Dari Lagu Sweet Charity Yang Berjudul 'Penunggu', Selain Dari Muziknya Yang Berat Dan Bermelodik, Nama Ini Juga Dipilih Kerana Bersesuaian Dengan Hala Tuju Band Yang Ingin Mengetengahkan Isu-Isu Semasa Sebagai Satu Entiti Pemerhati Kerana Mereka Merasakan Perkataan Penunggu Selalunya Merujuk Kepada Satu Entiti Yang Menjaga Suatu Kawasan, Dan Bukan Seperti Satu Makhluk Yang Hanya Ingin Merosakkan/Mengganggu Orang. Selain Dari Itu, Nama Tersebut Mudah Untuk Diingat.

PERKEMBANGAN DAN PERANCANGAN : 
• Menurut Haizeel, Fokus Mereka Adalah Untuk Membawa Muzik Heavy Metal Yang 'Exciting' Serta Bertenaga Dan Bukan Hanya Tertumpu Untuk Menjadikan Muzik Ini Terlalu 'Dark' Seperti Kebanyakkan Muzik Berat Yang Lain.
• Untuk Konsep Lirik Pula Mereka Akan Lebih Banyak Meneroka Serta Menyentuh Tentang Isu Sosial Dan Masyarakat Yang Diceritakan Secara Metaforik Dan Kiasan Kepada Kisah-Kisah Yang Lebih Bertemakan Fantasi Dan Sci-Fi Agar Ianya Lebih Encrypting Dan Dapat Diinterpratasikan Oleh Tiap Individu Itu Sendiri.
• Bagi Persembahan Pentas Yang Akan Datang Pula Mereka Akan Beraksi Di : -
1. 5/10/2019 - Penunggu X Sunburn Showcase Di Sunburn Studio Rawang
2. 20/10/2019 - Borak Kopitiam - TBC
3. 30/11/2019 - Penunggu Fables Of Reality EP Launch Di Live Fact

MEDIA SOSIAL : 
Facebook 
Instagram 
Youtube


0 comments:

Post a Comment