AHLI :
• Adib Azfar (Gitar & Vokal)
• Faiq Aizad (Gitar)
• Shariman Shuhaime (Bass)
• Aiman Mufti (Drum)
GENRE :
• Hard Rock / Fuzz Rock
PENERBIT :
• The Fatalis
JURUTERA BUNYIAN :
• Shahfeeq Jibin (Muzik)
• Mokhtarizal (Vokal)
JURUADUN BUNYIAN :
• Shahfeeq Jibin
TAHUN DIKELUARKAN :
• 2019
FORMAT :
• Cakera Padat
ASAL :
• Lembah Kelang
LAGU :
1. Ledakan Paradigma
2. Amanat Setan
3. Tersesat Ke Neraka
4. Intermisitipudaya
5. Apa Cerita
6. Demi Sesungguhnya
7. Percaya
8. Taknak Standard
DURASI :
• 37 Minit 4 Saat
TEMPAHAN DAN PEMBELIAN :
• DM Di Sosial Media Mereka (Untuk Link Sila Rujuk Bahagian Media Sosial Di Bawah) Atau Dapatkan Terus Di Show-Show Mereka
DISKOGRAFI :
• Gagalis Optimis (EP) - 2017
• Ledakan Paradigma (Album) - 2019
RILISAN LAIN :
• Why Cows Eat Grass (Compilation)
• Record Store Day 2018
• Taknak Standard (Muzik Video) 2017
• Gagalis Optimis (Muzik Video) 2017
• The Fatalis Jakarta Showcase (Webisodes) 2018
• Amanat Setan (Lirik Video) 2019
SEJARAH PENUBUHAN :
• The Fatalis Secara Rasmi Dengan Barisan Muktamadnya Ditubuhkan Pada Pertengahan Disember 2016. The Fatalis Adalah Sebuah Band Hard Rock Atau Fuzz Rock Revival Dan Disuntik Sedikit Dengan Elemen-Elemen Hardcore Punk Yang Menjadi Asas Teras Para Pemuzik Yang Membarisi Struktur Kumpulan Ini.
• Proses Penubuhan Band Ini Mengambil Masa Selama 2 Tahun Untuk Dibentuk Dari Segi Mencari Genre, Persetujuan Hala Tuju Dan Juga Barisan Pemuzik Di Dalamnya. Dalam Tempoh Penubuhan The Fatalis, Mereka Mendapat Banyak Bantuan Dan Sokongan Dari Rakan-Rakan Antaranya Malik (Nista), Ery Hilmin (Helluva), Meng (Decades) dan Shakir. Akhirnya Pada Pertengahan Disember 2016, Barisan Tetap Anggota The Fatalis Pun Telah Disepakati Dan Diumumkan.
• Dianggotai Oleh Aiman Mufti Di Posisi Drum (Ex Sphere), Nadzmi Musa (Sessionist Untuk The84, Extrotoyz) Mengisi Ruang Bass, Faiq Aizad (Ex Project Alice) Di Posisi Gitar Utama Dan Adib Azfar (Ex A New Fall, Oh Chentaku) Sebagai Pemain Gitar Kedua Dan Vokal. Pada Mac 2018, Setelah Lebih Kurang Setahun Lebih Bersama, Nadzmi Musa Telah Memutuskan Untuk Meninggalkan Band Atas Sebab-Sebab Kesihatan Yang Tidak Mengizinkan. Beliau Digantikan Dengan Shariman Shuhaime Yang Sebelum Ini Merupakan Jurutera Bunyi Untuk The Fatalis Sendiri.
PERKEMBANGAN DAN PERANCANGAN :
• Untuk Tahun 2020, The Fatalis Akan Terus Memeriahkan Scene Muzik Indie Tempatan Dengan Meneruskan Kempen Memperluaskan Halwa Telinga Manusia Dengan Album Ledakan Paradigma Mereka. Terkini, The Fatalis Bakal Berkongsi Pentas Dengan Band Dari Seberang Iaitu .Feast Yang Meningkat Naik Di Hati Peminat Muzik Indie Negara Mereka Dan Tanahair Pada Bulan Mac Ini Yang Dianjurkan Oleh Mendamrasso.
• The Fatalis Juga Bakal Meneruskan Perancangan Untuk Menggantikan Beberapa Tour Luar Negara Yang Terkandas Atas Hal-Hal Peribadi Anggota Band Yang Tidak Dapat Dielakkan. Kalau Tiada Aral, Mereka Mungkin Hadir Dengan Rilisan Baru Dalam Tahun Ini Juga. Mereka Juga Berharap Dapat Terus Berkolaborasi Dengan Bakat-Bakat Tempatan Dan Juga Jenama-Jenama Lokal Bagi Menghasilkan Karya Yang Kekal Berkualiti.
MEDIA SOSIAL :
• Facebook
• YouTube
• Email
0 comments:
Post a Comment