Sunday, June 13, 2021

Suntikan 'Vaccine' Maverick

2021 merupakan tahun MAVERICK membuat kemunculan bersama semula setelah hampir 6 tahun berehat dari cuti yang panjang. Bersama barisan pemain asal iaitu Fazli (gitar), Nas (drum), Shah (gitar), dan anggota baru iaitu Ikram sebagai pemain bass. Kini MAVERICK, mengeluarkan sebuah single tentang keadaan semasa.

Lagu “Vaccine” ini tercipta dari ilham pemain gitar mereka iaitu Fazli berkenaan keadaan isu-isu semasa yang terjadi di seluruh pelusuk dunia. Mengambil masa dalam satu tahun untuk melengkapkan lagu ini, menurut Fazli, “Idea untuk membuat lagu Vaccine ni tercetus bukan hanya untuk menekankan perlunya penyembuhan terhadap wabak sekarang, tetapi secara kiasan juga menekankan desakan untuk mengikis hipokrasi dan ketoksikan dalam masyarakat kita yang berselindung disebalik organisasi dan media sosial dengan menyebarkan niat dan kata-kata berunsur kebencian”.

Sesi rakaman lagu Vaccine dibuat di Studio Pekanmaya Records. MAVERICK menggunakan khidmat Ojoe (bekas pemain bass Couple) selaku engineer rakaman, mixing dan mastering. Single Vaccine ini telah dilancarkan di platform digital mulai 06 Jun 2021 yang lalu dan akan diikuti dengan video muzik yang akan dimuat naik sekitar awal Ogos 2021. MAVERICK juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Msyafiqikhwan selaku jururakam video muzik dan juga Futurosak selaku tukang kreatif dalam membuat artwork cover.

MAVERICK adalah sebuah kumpulan muzik dari ibukota Malaysia, Kuala Lumpur. Mula ditubuhkan sebagai sebuah kumpulan bermula tahun 2012, MAVERICK pernah merakamkan 2 trek berjudul “Villain dan “Get Away” pada tahun 2014 bersama 2 bekas anggota lama iaitu Tajrin (vokal) dan Shiz (bass). Kini MAVERICK tampil dengan wajah baru sebagai quartet instrumental rock. Mungkin untuk pendengar muzik nama kumpulan ini tidak ramai yang tahu. Diharapkan dengan lahirnya single ini dapat membuka ruang dan pintu untuk MAVERICK melebarkan sayap mereka dikalangan pendengar muzik tanahair.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang berita-berita baru mengenai MAVERICK boleh lawati:
• Instagram.com/mvrckmy
• Facebook.com/mvrckmy
• Twitter.com/mvrckmy
• linktr.ee/mvrckmusic



 

0 comments:

Post a Comment