Thursday, September 2, 2010

Trivia Negaraku


  • Akta Lagu Kebangsaan 1968 telah menjelaskan bahawa lagu “Negaraku” perlu dipelihara dan tidak boleh dipersendakan. Mereka yang melakukan kesalahan seperti yang termaktub dalam akta ni boleh dihukum.
  • Pada zaman 60′an, lagu “Negaraku” akan dimainkan di panggung wayang setiap kali filem tamat ditayangkan.
  • Lagu “Terang Bulan” pernah digunakan oleh Presiden Sukarno untuk memperlekehkan Malaysia ketika berlakunya Konfrantasi Indonesia-Malaysia 1962-1966.
  • Hattan dan Ning Baizura pernah dikritik hebat di Dewan Rakyat kerana dikatakan menyanyikan lagu “Negaraku” dengan sumbang dalam perlawanan bolasepak sedangkan  penonton yang berlari-lari ketika “Negaraku” berkumandang tak pulak dikata sumbang.
  • Radio Era pernah diberi amaran oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menghentikan spekulasi isu “Negaraku” tiru “Mamula Moon” pada 2005.
  • Pada 2007, seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Taiwan bernama Wee Meng Chee (atau dikenali sebagai Namewee di You Tube) telah menimbulkan kontroversi kerana lagu “Negaraku” versi rapnya yang tersiar di You Tube mengandungi lirik yang menhina negara, bangsa, agama dan kerajaan. Beliau kemudiannya dilaporkan meminta maaf kepada mereka yang rasa terhina kerana video tersebut dalam sebuah akhbar tempatan.
  • Jamaludin Alias merupakan orang pertama yang menyanyikan “Negaraku”. Selain lagu “Negaraku”, beliau turut menyanyikan lagu-lagu patriotik yang lain seperti “Perajurit Tanah Air” dan “Malaysia Berjaya”.

0 comments:

Post a Comment