Banyak betol komen dan mesej yang gua trima dalam emel,
WeChat, WhatsApp, Facebook, Twitter dan banyak lagi bertanyakan tentang dimana
letaknya attitude MSLTW di dalam blog ini? Ada yang kata blog gua ni dah mati,
sell out, syok sindri, tak best, poyo dan 1001 kata lagi yang sewaktu
dengannya. Tak apa, gua abaikan aja kata-kata sampah itu!!! Kalo nak puaskan hati semua pihak memang
payah…jadi gua buat aja ikut cara gua!!! Lagipun ni blog gua, jadi terpulang la
pada gua nak corakkannya macam mana…buat apa gua nak peduli ngan kata-kata yang
nak menjatuhkan tu ye tak? Huhu…
Berbalik kepada dimana letaknya attitude MSLTW tadi
ni…pertama skali gua nak suma orang tau yang
gua mula berblogging ni dalam tahun 2008, kalo tak silap gua la. Ketika
tu gua ngah blaja kat UiTM Arau Perlis dalam bidang marketing, gua
diperkenalkan dengan duniya blogging ni oleh seorang member sekuliah. Memandangkan
bidang yang kami amik ni ada kena mengena ngan bidang bisnes gak maka member
gua ni mencadangkan supaya gua buat blog dan pilih satu produk atau
perkhidmatan tuk dijual melalui blog tersebut bagi mencari duit poket tuk
menampung perbelanjaan blaja gua…tapi gua tak ada idea nak jual apa? Jadi
member gua bagi cadangan lain plak, dia suruh gua buat blog dan menulis
didalamnya mengenai sesuatu yang gua minat atau sesuatu bidang yang gua pakar.
Terus gua kata gua minat muzik, tapi gua tak da la pakar
atau arif sangat dalam bidang ni. Dia kata tak apa, dia suruh gua teruskan
ja…dia bagi gua semangat dan dorongan tuk teruskan. Dua tiga minggu lepas tu
gua perah otak mencari konsep, domain name dan nama tuk blog gua tu. Gua mintak
tolong kat member gua suruh belikan domain name tuk blog gua tu sebab gua still
lagi baru dalam dalam bidang ni…tak tau nak uruskan cam na. Akhirnya gua
menggunakan domain name indieact.net dan nama blog gua adalah Music Can Be A
Catalyst For The Changes…ianya diambil dari kulit album Plague Of Happiness
yang berjudul Kawan. Maka bermula la hidup gua sebagai seorang blogger…
Tujuan utama gua buat blog pada ketika itu adalah hanya
sekadar suka-suka tuk kongsi ilmu dan pendapat gua tentang muzik. Gua tengok
pada ketika itu still lagi ada golongan yang kolot pemikirannya…mereka ni
terdiri dari tiga golongan. Golongan pertama adalah golongan yang pikir muzik
ni hanya membawa unsur-unsur negatif saja, golongan kedua adalah golongan yang
hanya ikut sesuatu muzik itu tanpa mengetahui apa-apa pun tentang muzik tu dan
golongan ketiga adalah golongan yang terlalu fanatik ngan sesuatu muzik tu sampai
tak boleh trima muzik lain. Jadi gua rasa gua perlu perbetulkan keadaan ini…apa
yang gua cuba sampaikan di sini adalah muzik sepatutnya menjadi medium kepada
perubahan yang baik dan bukannya perubahan yang sebaliknya.
Tapi indieact.net atau Music Can Be A Catalyst For The
Changes hanya bertahan selama setahun saja…selepas itu ianya berkubur begitu
sahaja. Setelah setahun gua cuba analisis keberkesanan indieact.net dan gua
dapati ianya hanyalah satu projek blog yang gagal!!! Sebabnya gua dapati gua gagal
ubah apa yang gua cuba ubah iaitu tiga golongan tadi ni. Antara sebab
kegagalannya adalah gua jarang update blog tu dan gua manjadikan blog tu
sebagai bahan eksperimen atau latihan kepada gua tuk mengenali lebih mendalam
lagi tentang selok belok duniya blogging ini. Maksudnya disini blog Music Can
Be A Catalyst For The Changes hanyalah batu loncatan kepada gua tuk belajar
mengenali duniya blogging secara detail.
Pada penghujung tahun2009 gua memulakan projek blog muzik
terbaru gua iaitu makantidurmuzik.blogspot.com yang kekal sehingga hari ini.
Walaupun pernah menghadapi kegagalan sebelom ini, tapi semangat gua still lagi
tak luntur untuk terus memperjuangkan niat gua bagi menjadikan muzik pemangkin
kepada perubahan yang baik. Jadi gua cuba memberi nafas dan menggunakan kaedah
yang baru bagi menarik minat tiga golongan sasar tadi. Gua rasakan dengan cara
penulisan atau dengan menggunakan perkataan saja tidak mampu untuk memecah
tembok pemikiran mereka ini. Jadi gua rasa gua perlu mengetengahkan muzik itu
sendiri kepada mereka supaya mereka dapat menilai dan mengkajinya sendiri.
Seperti juga kita belajar di sekolah, jika selalu sangat
disuap dan didodoikan tanpa perlu kita berusaha akan membuatkan kita menjadi
malas dan tak produktif. Kita mungkin akan dapat apa yang disampaikan, tapi
adakah kita akan dapat 100% apa yang di sampaikan? Sudah tentu tidak bukan?
Untuk dapat 100% apa yang disampaikan kita perlu berusaha sendiri misalnya
dengan membuat latihan dan mencari buku rujukan tambahan. Jika kita tidak dapat
100% pun tapi cuma dapat 75% sahaja itu sudah memadai bagi gua kerna ianya
lebih baik dari kita dapat 35% sahaja tanpa berusaha apa-apa.
Dan itulah apa yang gua cuba buat atau ketengahkan didalam
blog ini…gua cuba menolong kawan-kawan band suma ngan cuba mempromosikan muzik
mereka kepada umum dengan harapan muzik mereka ini dapat merubah golongan sasar
tadi ni. Gua juga berharap apabila golongan sasar ini mendengar sesuatu muzik yang
gua tolong promotekan, mereka akan mencari inisiatif sindri untuk mengkaji
muzik yang mereka dengar itu. Gua dah tak larat nak suap…bukan sebab gua dah
berputus asa, tapi di sebabkan oleh kekangan masa. Gua uruskan blog ni
sorang-sorang saja, jadi masa gua agak terhad tuk menulis di sini…dan
disebabkan itu gua menamakan blog gua ini MSLTW.
3 comments:
to be yourself is always you can do BRO. Keep it up. Kak yong sokong. Selalu.
thank...ni yg bertambah smangat ni.haha...
TERUSKAN PERJUANGAN LU BRO DGN CARA LU.. APA YANG LU BUAT NI CUKUP BAIK DALAM MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA GERAKAN MUZIK UNDERGROUND KITA. PEDULIKAN KATA-KATA MEREKA YANG MEMPERSOALKAN KERJA LU SBB MEREKA BUKANNYA MEMBERIKAN SUMBANGAN TETAPI HANYA TAU MENGELUARKAN KATA-KATA SUMBANG. EKSTRIM TELAH LAMA MELETAKKAN MSLTW DLM LINK (BLOG 'N' ROLL) MALAH SENTIASA MERUJUK KEPADA MSLTW UTK MDPTKAN MAKLUMAT GIG2 TERBAHARU. TOTAL RESPECT TO MSLTW..
Post a Comment