Thursday, September 26, 2013

Dirtystone - The Game Has Ready To Begin

Berikut adalah cacatan temubual MSLTW bersama saudara Mohamad Yazid iaitu Marketing Manager band Dirtystone sendiri. Ini adalah wilayah Dirtystone…



Asal Usul Dirtystone

Dirtystone adalah sebuah band rock Johor Bharu yang ditubuhkan dari serpihan band Stereo yang aktif sekitar tahun 2005 hingga 2009. Diasaskan pada tahun 2010 dengan pengaruh muzik dari The Doors, The Yardbirds, Jimmy Hendrix, AC/DC dan band rock ‘n’ roll yang lain. Ahli asal band ini terdiri daripada Aizey (vokal), arwahyarham Kafi (gitar)dan kemudiannya di sertai oleh bekas ahli band Bengshewen iaitu Wan (bass) dan merekrut abang Kafi iaitu Syaran (drum) bagi melengkapkan band ini. Pada 2011 kami telah merekodkan single tapi masih belum dikeluarkan lagi setelah pemergian Kafi ke rahmatullah pada tahun yang sama. Bagi meneruskan perjalanan muzik arwahyarham, Fizu iaitu bekas gitaris utama band Stereo menyertai kami sebagai sessionist pada tahun 2012. Projek kami yang seterusnya adalah meneruskan rakaman EP kami sebagai tribute kepada arwahyarham Kafi, ini termasuklah lagu-lagu asal arwahyarham sendiri. Dan sekarang kami membawa masuk Ahreif dari Pasir Gudang sebagai gitaris tetap kami.

Genre Muzik
Dulu kami main rock ‘n’ roll ja, bila dah tubuh Dirtystone ni kami start main blues, hard rock dan psychedelic rock. Tapi kami tetap maintain main rock ‘n’ roll lagi, cuma kami ambil risiko sikit untuk main blues. Tak semua band boleh naik dengan genre asal ni, kena la kreatif sikit kan? Jadi band yang versatile. Zaman rock ‘n’ roll dulu kami ni jahat sikit, sebab nak ikut sangat prinsip sex drugs and rock ‘n’ roll tu. Tapi sekarang kami dah ‘bersih’, semua dah baik. Hehe…

Sejarah Di Sebalik Nama Band
Coz we’re dirty!!! Bermula dari kesilapan kami yang dulu la, ambil ‘barang’…minum tu semua. Dirty adalah ‘kotor’, stone adalah ‘mabuk’…ianya bukan merujuk kepada ‘batu’. Hahaha…

Material Dan Merchandise
Material mungkin dalam bulan September akan keluar, tapi dalam bentuk EP ja…belum sampai ke tahap album lagi. EP kami ada dalam 5 lagu atau mungkin lebih, kalau nak dengar ada 2 lagu kat Youtube. Pasal merchandise tu pula belum lagi kot, belum sampai ke tahap tu lagi.



Team Yang Disokong Dalam English Premier League (EPL)
Hahaha…kalau tanya aku, aku minat Tottenham Hotspurs . Aku tak minat Manchester United!!!

Perancangan Semasa Dan Akan Datang
Selain plan nak keluarkan EP kami cuma nak cari seberapa banyak show tuk main dan fokus nak rekod lagu. Muzik video tu belum lagi kot…kami berangan nak main sampai negara luar. Kalau boleh kami nak bawa muzik kami ni setinggi yang mampu.

Berhubung Dengan Band
Kami hanya ada Twitter dan Facebook saja. Belum ada apa-apa yang lain lagi…Insya Allah kalau ada kami akan update di Facebook. Untuk yang baru nak tubuh band tu tolong buat kelainan sikit…tak perlu la nak ceburi genre yang dah banyak di Malaysia ni. Otak tu kasi kreatif sikit…kena berani ambil risiko kalau betul-betul minat. Macam Dirtystone, sememangnya muzik yang jarang kita jumpa di Malaysia.



0 comments:

Post a Comment